.::biCaRa ibNu hAsaN::.

Monday, October 27, 2008

TEMAN

Sms daripada sahabat baikku yg dah lama tak kedengaran berita:

"Sesungguhnya teman itu wujud dari 1 pertemuan dgn 10 pertanyaan, 100 keyakinan dan 1000 kali pengorbanan serta berjuta2 kali perjuangandgn 1 keikhlasan mengharapkan keredhaan AllahAndai seorang teman membuat kebaikan, ukirlah di atas batu agar ia tersemat di hati dan kekal sebagai memori terindah dan seandainya seorg teman membuat kesalahan tulislah ia di atas pasir agar ia hilang ditiup angin kemaafan"

komen hudud

komen YB ttg Hudud
Selasa, Jun 12th, 2007

Orang tu mencuri, adakah kerja kita nak buat hudud potong tangan dia saja. Takpelah! dia mencuri tangan kanan, potong tangan kanan, dok esok dia mencuri lagi, potong tangan kiri, lepas tu dia mencuri lagi, nak potong apa pun tak tau, potong kaki pulak, (lepas tu) mencuri lagi, curi dengan mulut la dah takde tangan! Adakah kita nak melaksanakan hukum potong tangan tu ke ataupun kita nak bawa dia, bagi kerja kat dia? Kita bagi kat dia ruang macam mana dia boleh berniaga, bila dia sudah ada ruang-ruang kebaikan, maka dia tak mencuri la, macam tu lah…”
[Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri
(http://www.youtube. com/watch? v=SmGoTY4TB2g)]
Tak tahu aku nak kata, nak kata jahil, YB kita ni terpelajar, bekas pensyarah agama lagi… Sedangkan dlm Quran sudah jelas ayat Allah mafhumnya: "Pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka potonglah tangan kedua-dua mereka"

SPM 06 #2

SPM 06 #2
Selasa, Mac 20th, 2007

Tahun 1995 dahulu pernah muncul nama 3 org pelajar Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) di dada2 akhbar kerana mereka adalah antara 15 org pelajar SPM seluruh Malaysia yg mendapat 10 A1 (pada waktu itu belum dijalankan persijilan terbuka, para pelajar kebanyakannya mengambil 10 subjek sahaja). Setahun kemudian muncul lagi seorg pelajar MMP yg mendapat 10 A1 dalam SPM.
Tapi selepas itu, tiada lg berita ttg kecemerlangan pelajar dari sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK). Benarkah tiada lg pelajar cemerlang dari YIK selepas itu? Atau berita ttgnya sengaja tak disiarkan? Mgkn 9A1 1A2 yg diperolehi seorg kawanku di Maahad Muhammadi Lelaki (MML) pd SPM 97 bukan cukup baik, begitu juga dgn 5 org sahabat MML sebatch dgn aku pd SPM 98 yg mendapat 8A1.
Tapi aku rasa kejayaan mendapat 11A1 oleh pelajar MML 2,3 thn lps, juga 14A1 pd tahun lps boleh dikatakan amat cemerlang. Prestasi beberapa sekolah YIK juga memberangsangkan sejak beberapa tahun lps. Namun tiada sebarang berita langsung ttgnya.
Pd tahun ini, beberapa org pelajar MMP mendapat kejayaan cemerlang, seorg mendapat 17 1A, 1 2A, seorg mendapat 15 1A, 2 2A dan seorg mendapat 12 2A, 5 2A. Manakala daripada pelajar sekolah YIK lain, 3 org mencatat keputusan 15 A, seorg 14 A, dan 7 org mendapat 13 A. Keputusan sekolah MML, MMP dan Ahmadi Tanah Merah juga cukup cemerlang. Ada sebarang berita ttgnya? Aku tak pasti kalau aku terlepas pandang, tp setahu aku hanya nama Siti Fatimah (17 1A, 1 2A) sahaja yg terpampang di muka akhbar. Adakah laporannya sehebat nur amalina dulu? rasanya jauh berbeza. Kenapa? Adakah ini satu daripada langkah utk menenggelamkan kehebatan pelajar sekolah agama negeri dan sek agama rakyat? Wallahu aalam…

SPM 06

SPM 06
Selasa, Mac 20th, 2007

Tahniah kpd Siti Fatimah (17A1 1A2)dan Nadiah Amirah(14 A1) atas kejayaan cemerlang baru2 ni. Aku tak kenal pun Nadiah Amirah tu, dan Fatimah tu pun pernah tgk sekali dua je, tapi aku tahu diorg ni dua2 dari golongan bersahsiah tinggi. Aku kagum dgn kekuatan Nadiah Amirah yg bangun awal2 pagi utk solatullail dan belajar, juga cita2 Siti Fatimah yang mana di samping ingin belajar Medical yg serba mencabar, dia juga ingin memperdalami ilmu agama dan menghafaz Quran. Aku sedikit rasa cemburu akan mereka ini, berjaya dlm keduniaan dan tidak melupakan akhirat mereka.
Ada juga lepasan SPM yg cemerlang keputusannya, tapi sahsiahnya, akhlaknya, langsung tidak cemerlang. Maka beruntunglah mereka di dunia semata, itupun kalau tak diazab kat dunia lagi. Jgn keputusan yg kita terima itu adalah sbg istidraj bg kita, nau’zubillahi min zalik…

Silap Cara

silap cara…
Selasa, Mac 20th, 2007

Ada seorang sahabat tadi menghantar sms menyebut ttg hasrat Datuk Paduka Syarifah Mazlina yg ingin menanam sebuah Quran kecil di kutub utara, sbg membuktikan yg org Islam ini berkemampuan dlm byk perkara. Aku belum dapat memastikan kebenarannya. Kalau benar, mmg ini satu niat yg mgkn baik, tapi dilakukan dgn cara yg silap. Bukan silap kecil, silap besar. Namun aku rasakan ramai lagi di negara kita ni yg membuat banyak perkara yg pada sangkanya baik utk Islam, walhal ianya perkara2 mafsadah yg byk membawa keburukan…

Satu Lg Peringatan

satu lg peringatan.. Al fatihah
Khamis, Januari 25th, 2007

Rasulullah ada bersabda: "Lazimkanlah dirimu mengingati penghapus kelazatan, iaitu mati".
Melihat dan mendengar sesuatu khabar kematian memang boleh menyedarkan kembali kita yg terleka, bahawa kubur sedang memanggil kita (boleh menyedarkan seandainya hati kita tidak terlalu keras, kalau dah keras diri sendiri nak mati pun duk ingat dunia lagi). Kerana itu kita digalakkan utk sentiasa mengunjungi perkuburan, bagi memberi sedikit rasa keinsafan, walaupun di kawasan perkuburan itu tak ada satu pun kubur saudara mara terdekat kita.
Mati ini tak mengira usia. tua atau muda, yg sakit atau sihat, kalau dah sampai ajalnya, maka tiada siapa yg dapat menghalangnya. Aku telah melihat mayat manusia sejak aku berumur 2 setengah tahun lagi. Aku melihat sekujur tubuh sedang berehat di atas kerusi buruk berwarna warni di rumahku. "Ayah sedang tidur", mgkin itulah kata hatiku pd waktu itu. Pagi itu aku rasa gembira sbb ramai org datang termasuk sepupu2 aku, tanpa menyedari hari itu aku akan berpisah dgn ayah.

Semasa di USM pun banyak kali juga aku sempat bersama2 solat jenazah di masjid USM dgn jemaah yg lain, samada jenazah staf, students atau penduduk qaryah masjid. Ini termasuklah jenazah sahabat aku sedesasiswa, sahabat seexco dalam MPD Indah Kembara(MPDIK), juga satu course dgn aku, Mohd Adham @ Badang yg meninggal ogos 2004 yg lalu. Teringat lg kata2nya dulu, semasa kami dlm dewan kuliah (lecturer duk mengajar kat depan, kami sembang kat belakang, baguih duk ada): "aku belajar ni saja nak dptkan sijil je. lps grad aku nak teruskan bisnes aku dan tolong keluarga aku". Namun Allah lebih sayangkannya…
Kelmarin, aku mendapat tahu ttg satu lagi khabar yg mengejutkan. Selepas call ke sana sini, kini makin pasti bahawa seorg lg rakan seMPDIK aku, Nazuin Suria Fadzil @ Awin, telah meninggal dunia kerana penyakit Tibi. Moga2 rohnya dicucuri rahmat dari Allah.
Daripada 24 org exco, 2 org telah meninggal dunia, masing2 dlm umur yg masih muda. Bila pula masa 22 org yg lain, bila pula sampainya masa aku, hanya Allah yang lbh mengetahui. Moga2 apabila tiba saat itu aku berada dlm keadaan yg terbaik utk meninggalkan dunia ini. Bimbang juga aku kerana aku rasa kdg2 aku ni macam lagha je.

Bulan lps beberapa kali aku rasa sakit kat dada sblh kiri aku, bimbang juga kerana ayah dan abang sulungku kedua2nya meninggal dunia kerana sakit jantung mengejut, dan ibuku juga pernah koma seminggu semasa aku exam 1st year 1st sem kerana sakit jantung. kalaulah aku mati mengejut nanti, cukup ke tak amalan aku agaknya?? Wallahu aalam. Cuma kepada sahabat2 yg membaca penulisanku ini, maafkanlah segala kesalahan aku, moga aku mati dlm keadaan tak tersangkut kesalahan dgn sesiapa…

Thursday, October 09, 2008

Aku Yang Masih Berkaki

Januari 17th, 2007 · 10 Komen Uncategorized

Mmg sedih duk jauh dgn isteri tanpa dapat telefon ni, sedih sungguh… Tapi kalau nak menyedapkan hati aku,aku rasa aku masih beruntung sbb bini aku duk kat Katibas je. Ada 2 org budak lpsn KPLI baru ni, dapat posting kat tmpt yg jauh lbh pedalaman. Kalau nakpergi ke tmpt wife aku kena naik teksi, bot dan perahu, ke tmpt bebudak kpli tu kena naik bot, then 1 lg flight, kmdn kena naik pajero,then kena berjalan kaki pulak bbrp km…
Hari tu hampir2 masa aku nak kawin mak aku tiba2 sakit kaki, menyebabkan setiap kali melangkah dia hanya dapat melangkah sedikit demi sedikit,itupun dgn menahan rasa sakit kat kaki. Masa hari aku kawin tu mmg kesian aku tgk mak aku menahan sakit utk berjalan bersama2 ahli rombongan yg lain. Tapi ada sorg sahabat aku tu pula makdiabukan hanya sakit kaki, tapi menghadapi ketumbuhan di saat dia sedang sibuk merancang utk hari perkahwinannya.
Banyaklg perkara yg menimpa aku, sbnrnya tak seteruk yg menimpa ramai lg org2 yg lain. Aku dengki melihat org yg memakai kasut,hinggalah aku melihat org yg tak berkaki. Nampaknya aku perlu lbh banyak melihat org2 yg tak berkaki skrg ni, moga rasa syukur, rasa insaf, rasa kebergantungan aku kpd Allah bertambah

Sedikit ttg Ulama

Januari 24th, 2007 · 2 Komen Uncategorized

Sehari dua lps, mufti sahibus samahah termuda kita dgn best sesuka hati dia mengkritik ulama dan mufti lain, mengatakan org2 yg menimbulkan ttg isu murtad hanya nak mencari populariti, tokoh2 agama ramai taknak keluarkan pdgn ttg isu2 agama takut diserang, dan menekankan bahawa ‘masuk pers.ulama baru jd ulama’ sbg punca masalahnya…
Aku ada meeting sat lg, so aku just nak sebut ttg persatuan ulama tu je. Mmg ada sebelum ni pemimpin tertinggi negara sendiri yg menyindir Pers.Ulama Malaysia(PUM) mengatakan bahawa pers.ini seolah2 mengatakan ahli2 mrk je ulama. Setahu aku, PUM tak pernah pun mengatakan sedemikian, cuma PUM ditubuhkan adalah sbg penyokong ulama, sepertimana Pers.Doktor2 Perubatan (MAA) menjadi penyokong atau pemangkin atau pemudah urusan doktor2.
Alangkah dangkal jika kita nak katakan hanya mereka yg join MAA je yg blh diiktiraf sbg doktor, atau mrk yg menjadi ahli mll jalan belakang walaupun tak mempunyai kelayakan sbg Dr blh dipanggil Dr. Sama jg dgn pers.karyawan, pers.penulis dll…
Apabila Dr Asri kata ttg org2 yg timbulkan ttg isu murtad ni nak cari populariti, aku terfikir, siapa yg nak cari populariti sbnrnya ni? Kenapa Dr Asri sering keluarkan kata2 kontroversi? Mesti Sister In Islam(SIS) sering tertunggu2 kenyataan kontroversi Dr Asri ni utk dijadikan modal mereka. Maka bergembiralah geng Islam Liberal melihat Dr Asri melawan ulama2 yg sering menyusahkan mereka

Tuesday, October 07, 2008

nyanyuk

uban mengingatkan aku…
Sabtu, November 18th, 2006

Dlm sebulan ni dah 10 helai uban aku bebudak ni temui. Ceh, rasa macam muda bergaya lg, mcmmana blh ada sebegitu banyak uban. Tapi alhamdulillah, walaupun uban banyak, aku tak pelupa/nyanyuk mcm ms aku kecik2 dulu…
Harapnya masa aku tua nanti takdelah aku kena penyakit nyanyuk, aku takut nanti aku menyusahkan ramai org kalau dah nyanyuk. Tapi kalau melihat perkembangan dlm negara kita, rasanya mcm ramai je yg kena penyakit nyanyuk, tak kira tua tak kira muda. Dia yg menjadikan negara kita negara polis kemudian apabila dia dah tak berkuasa dia salahkan pemimpin slpsnya, dia yg buat OSA(akta rahsia rasmi), tangkap org ikut suka2 hati, then dia salahkan pemimpin slpsnya yg tak bg kebebasan bersuara, masa zaman dia berapa ramai yg dilindunginya daripada tuduhan rasuah, then dia salahkan pemimpin slpsnya ttg peningkatan kadar rasuah. Dah la tu, dulu dia jugakla yg bersungguh melindungi Iron Lady Malaysia daripada tuduhan rasuah yg dah hampir2 sangat nak dibawa ke mahkamah, then skrg dia pula memerangi Iron Lady yg dia sayangi tu berbekalkan isu AP. Dia utarakan ungkapan ‘Melayu Mudah Lupa’ tapi malangnya dia sendiri yg mudah lupa akan segalanya.
Ada pulak pemimpin muda kita ni kata, BPR tak blh nak dakwa ahli2 politik yg dituduh rasuah dlm parti sbb itu urusan parti, dan parti ni berdaftar dgn sah. Aku taklah reti sangat bab2 ni, tapi setahu aku banyak je syarikat2 yg sah berdaftar yg mana pegawai2nya kena tuduh rasuah, samada rasuah itu berkaitan urusan luar syarikat, ataupun ttg urusan dalaman syarikat. Adakah BPR bersalah jika mendakwa pegawai2 yg terlibat dgn rasuah berkaitan urusan dalaman syarikat? Adakah BPR sepatutnya menyerahkan urusan penghakiman kpd Tribunal Siasatan/Lembaga Tatatertib/Lembaga Pengarah syarikat tersebut semata2?
Ada pulak seorg pemimpin kita skrg mengutuk bekas pemimpin negara yg dahulunya bosnya, sdgkan dulu, tak blh org cuit sedikit bosnya tentu dia melenting. Dulu dialah tukang ampu, skrg dia jd tukang kutuk pulak. Macam2 ada.
Tak larat dah nak tulis banyak2 kisah org2 nyanyuk dan pelupa ni…

dari Khutbah Jumaat

Dari Khutbah Jumaat
Jumaat, Oktober 6th, 2006

Tadi kat masjid berhampiran sekolah aku khutbah jumaat yg disampaikan agak menarik. Menarik dari segi penyampaian, tapi sadis apabila difikirkan pengajarannya. Betapa kalau tak berhati2, negara kita mgkn akan menuju masalah kerosakan akhlak, malah kerosakan akidah yg semakin besar dlm sedikit masa lagi.
Malas aku nak hurai isi khutbah yg pjg lebar td pjg2. Cuma seperti apa yg khatib yg juga bapa kpd pelajar aku ni cakap, aku pun hairan mcmmana menteri2 yg bijaksana blh menolak pandangan bbrp org mufti ttg haramnya kongsi raya. Kalau dulu berkongsi raya dgn Tahun Baru Cina sudah menjadi satu kesalahan besar walaupun ia adalah perayaan budaya bukan agama, kerana keraian selepas sebulan melawan nafsu di bulan Ramadhan tidak sepatutnya disamatarafkan dgn perayaan ciptaan manusia. Inikan pula berkongsi raya dgn perayaan agama seperti Deepavali. Namun menteri2 ini menyangkakan mrk lbh pakar berbanding mufti2 ini dlm bab agama, maka perayaan DeepaRaya tetap digalakkan oleh mereka. Ini secara sedar atau tidak, telah menggembirakan golongan yg pro kpd pluralisme agama, yg mengatakan semua agama itu sama.
Khatib juga menyebutkan ttg masalah iklan dan filem dlm TV yg melanggari syariat, malah banyak yg berbaur lucah. Malah Ustaz ni mengatakan hampir setiap hari pasti ada adegan bercium di dlm tv (yg ni aku tak pasti, aku jarang tgk tv. Dlm 4,5 thn ni payah sikit aku nak terjumpa TV, kecuali apabila pulang ke K.Bharu).
Disentuh jg pelbagai adegan yg melanggari syariat, samada krn adegan lucahnya atau kerana adegan yg memaparkan ttg Islam secara tidak sepatutnya dlm filem2 malaysia seperti Gubra, Sepet dan Remp-it (tiga2 aku blm tgk, tapi apa yg disebutkan oleh khatib ni hampir sama dgn apa yg disebutkan oleh pengulas filem dan surat pembaca di dlm akhbar). Di dlm Gubra (ke sepet?) dipaparkan ttg pdgn bahawa pelacuran itu bukanlah sehina mana. Ini sesuai dgn pdgn mereka (yg antara pendokongnya Marina Mahathir) yg memperjuangkan hak golongan pelacur, supaya mereka tidak dipanggil pelacur tapi pekerja seks, yg layak mendapat kwsp, Socso dan pelbagai faedah lain spt pekerja2 biasa.
Selain itu dipaparkan juga seorg bilal (yg scr tersiratnya dianggap mewakili golongan beragama) yg seolah2 redha dgn jirannya yg melakukan pelacuran. Masa dulu2 pun, dlm banyak drama yg pernah aku tgk, banyak dipaparkan ttg mereka2 yg mewakili golongan beragama yg mempunyai sikap buruk seperti hipokrit, ekstrem dlm beragama, menyesatkan orang, panas baran, berkahwin ramai dan mengabaikan isteri, dan lain2.
Selain itu, adegan yg memaparkan watak beragama Islam bertaubat di masjid, yg beragama Buddha bertaubat di tokong, dan yg Hindu bertaubat kat kuil dengan dipaparkan kata2 yg berbunyi lbh krg (setakat aku ingat): "Terdapat banyak lampu, tetapi semuanya memancarkan cahaya yg sama". Ayat ini selari dgn ayat "Ada banyak agama, tapi semuanya menyembah Tuhan yg sama", dan selari dgn kata2 Gus Dur ex Pres.Indonesia yg jg menyokong pluralisme agama, yg bunyinya lbh krg: "Ada pohon, yg kalau jauh nampak macam 1, tapi kalau dari dekat sebenarnya terdapat banyak pohon, tapi sebenarnya ianya pohon yg sama".
Khatib juga menyebut ttg peliknya perlaksanaan undang2 negara kita yg dikatakan negara Islam, mereka yg membuat pertubuhan yg tak berdaftar bernama IFC, yg membuat perjumpaan haram, mereka yg terlibat langsung tak dikenakan apa2 tindakan, tapi mereka yg membantah perjumpaan itu dlm keadaan aman demi menghalan cubaan menjatuhkan Islam pula yg disabitkan kesalahan.
Banyak lg lah yg disebutkan dlm khutbah td, tapi tak larat aku nak tulis. Tadi slps Jumaat kat belakang masjid Sekretariat Dakwah Penang ada jual terjemahan 30 juzuk Quran dgn harga rm5, khas utk pembeli hadiahkan kpd non muslim supaya mereka lbh memahami Islam dan tak lg salah faham. Satu usaha yg cukup baik yg patut dipuji dan digalakkan. Tapi kalau kita renung kpd diri kita, kita mgkn kenal seorg dua non muslim, tapi setakat mana kita berusaha utk memperbaiki pdgn mrk ttg Islam. Kesian mereka, tidak kita berikan peluang utk mrk lbh mengenali Islam

Talking 'bout maut

Selasa, September 26th, 2006

Agak lama blog ini lengang, agak lama juga aku tak mengacau inbox members friendsters dgn "Ibnuhasan has updated his friendster blog". Kesibukan dan keuzuran membataskan masaku.
Ketika aku pulang ke K.Bharu hjg minggu lps, 2 org jiran aku baru sahaja meninggal. Seorgnya pakcik yg duduk depan rumah aku, berusia 70 thn lbh, dan seorang lg ialah jiran selang 3 rumah, gadis berusia 28 tahun.
Pakcik ini seperti jiran2ku yg lain juga, namun ada satu perkara yg istimewa ttg dirinya di taman tmpt aku tinggal itu, kerana dialah org yg banyak berjasa menjaga segala fasiliti serta memperbaiki surau kat taman itu. Maka selagi surau itu digunakan orang, harapnya ada bekalan pertolongan yg dihantar kpdnya dlm menghadapi alam slps kematian.
Jiran aku yg seorang lg, walaupun berusia 28 thn, namun kerana dari kecil menghidap penyakit jantung, maka dirinya kelihatan macam baru berada di tingkatan 1 atau 2. Tapi ketabahannya menghadapi penderitaan selama 28 tahun ini cukup mengkagumkan, begitu juga dgn kesabaran ibu bapanya dlm menjaganya. Aku baru diuji sedikit bulan ni, sudah terasa berat dan kuat mengeluh, betapa lemahnya diri ini…
Sepanjang 26 tahun aku berada di muka bumi, aku sudah beratus kali melihat mayat yg terkujur kaku. Bermula dari umurku 2 thn setengah, melihat ayah tidur di atas kerusi besi usang menunggu utk dimandikan, aku telah melihat pelbagai jenis mayat dan pelbagai jenis kematian. Kematian ini, samada kita hendak ataupun tidak, tetap akan datang. Masanya tidak dapat ditangguhkan lagi, kerana semuanya sudah tersurat sejak azali(ada juga ulama berpendapat ajal maut mgkn dapat berubah dgn doa, wallahu aalam).
Maka, jika kita sudah sedar yg kita pasti akan mati, dan masa mati kita sudah ditetapkan, bagaimana cara mati yg kita nak? Adakah mati dlm memperjuangkan Islam atau mati dlm melawan Allah? Adakah mati di dalam kelalaian lebih baik berbanding mati dizalimi kerana ingin mempertahankan akidah umat Islam?
Aku menulis artikel kali ni sebenarnya dlm keadaan dilema. Antara semangat mempertahankan agama dgn ketakutan akan risiko2, antara kebenaran dgn kesukaan aku akan perkara2 dunia. Terasa berat memikirkan penderitaan yg akan dialami nanti. Lemahnya iman aku ini… Terasa kagum aku melihat mereka di sekeliling aku yg sanggup mengabaikan dunia, sdgkan aku masih diselimuti penyakit al wahn, sukakan dunia dan takutkan mati. Namun aku masih berharap, yg aku akan dapat ubati penyakit ini, moga2 ajalku tiba masa aku tegak berdiri dlm menegakkan kalimah Allah…

DERITA UMMAH

Jumaat, September 29th, 2006
Petikan dari http://tamanilmu.com/————————————-

Tentera Yahudi menggganas lagi,Atas alasan bebaskan askar sendiri,Tetapi bukan askar yang dicari,Orang awam mangsa tragedi.
Gaza diceroboh mengikut nafsu,Ahli Parlimen dan Menteri dibelenggu,PBB, OIC hanya membisu,Diam biarkan keganasan berlalu.
Sasaran bom di Selatan Lubnan,Orang awam dan bangunan,Hizbullah menentang dikata keganasan,Israel mengganas dikata jaga keselamatan.
Ummah membisu seribu kata,Hanya memandang dengan mata,Pilu simpati, tindakan tiada,Wa Mu’tasimah!! hanya nostalgia.
Umat Melayu sibuk peduli,Bukan isu ummah sekali-kali,Isu picisan yang dihayati,Tahap berrfikir rendah sekali.
Darah mengalir nun di sana,Di sini ummah bergelak sahaja,Seolah-olah tiada apa-apa,Hati mati ukhuwwah tiada,Sedih melihat suasana semasa.
Umat tenggelam dalam dunia,Diinjak, ditindas oleh siperkasa,Ummah mengharap seorang pembela,Moga munculnya tidak lama.
Janji Allah tetap percaya.

TIPS KAHWIN KOS RENDAH

Tips kawin kos rendah
Jumaat, September 29th, 2006

Dalam keadaan batuk dan telinga bernanah ni, ambo nak bagi tips bg menjimatkan kos perkahwinan:
1. cari yg dah kerja, blh kongsi kos perbelanjaan.
2. cari yg mak dia nak sangat tgk anak dia kawin cepat, samada kerana sering digoda lelaki2 kat tgh jalan, atau bekerja di pedalaman. Then bgtaula mak dia: "saya memang nak kawin cepat dgn dia, biar dia dapat tukar kerja/posting dekat dgn tempat kerja saya, dgn alasan ikut suami, tapi kalau makcik letak hantaran tinggi2, lambat lagi la jawabnya…"
3. kenduri satu lauk utama jelah, samada ayam atau daging, tak payah buat dua2.
4. kurangkan jemput guna kad, gunakan kaedah2 murah seperti egroup, portal forum, laman web, friendster, email, jemputan lisan, tulis surat rasmi dll….
5. jgn kata "majlis kesyukuran" tapi katakan ianya majlis walimatul urus, so dapatla banyak duit dan hadiah. lagi best kalau gantung plastik duit kat khemah/meja nasi, siapkan sekali seorg penjaga kat plastik tu.
6. bunga telur plg2 kurang rm1 satu, so jgn bg bunga telur, bg gula2 2 biji yg dibungkus dgn manila kad (kos lbh krg 20 sen)7. tak payahla tempah2 baju, just pakai baju raya yg masih nampak baru masa kawin.8. buat kenduri pd hari persekolahan, pd waktu org kerja (contohnya hari selasa pkl 1 hingga 4 petang). Lg best kalau budak2 U dan budak2 sekolah tgh exam. confirm tak ramai yg dtg, so tak payahla sedia nasi dan lauk banyak2.
8 tips je la kot, selamat berjaya!!!

Palestin #3

Palestin #3
Sabtu, Ogos 5th, 2006

Apa peranan kita berkenaan isu Palestin?
1) Kesedaran dan ilmu, dapatkan fakta yg sahih ttg Palestin dan Israel
2) Prihatin kpd masjid2
3) Sebarluaskan maklumat yg sahih mll buku, t shirt, stiker, VCD, email, blogs, laman web, forum komuniti dll.
4) Beri sumbangan material kpd warga Palestin (pastikan salurannya betul).
5) Boikot barangan Israel dan US
"1 Riyal utk barang US spt beli 1 peluru yg menusuk saudara kita" - Al Qaradhawi, disokong oleh Sheikh Al Azhar.
Antara company yg bg DIRECT kpd Israel (yg bg sikit2 masih banyak lg):
Nokia (kalau blm beli, beli henset lain, kalau dah beli, jgn buang pula. biarlah ia jd henset Nokia terakhir kita), Johnson & Johnson, Starbucks, Gillette, Colgate & Palmolive.
800 juta sehari disumbangkan Muslim seluruh dunia kpd Philip Morris (rokok). 12% dari profit Philip Morris disumbangkan kpd Israel.
7 29…. adalah barkod barangan Israel.
(boleh rujuk www.alhadeer.org utk list brg2 US yg lengkap)
Ketika timbul isu penghinaan kps Rasululllah S.A.W baru2 ni, Denmark rugi berbilion ringgit apabila umat Islam seluruh dunia memboikot barangan Denmark. Akhirnya diorg yg pd mulanya ego, terpaksa meminta maaf.
6) Berdoa bg keselamatan dan kemenangan umat Islam. "Doa itu senjata" - hadith
Sebelum Baitul Maqdis dapat ditawan beliau, apabila ditanyakan org ttg hal keadaan beliau yg tak pernah tersenyum, Sultan Salahuddin al Ayyubu menjawab: "Masakan aku boleh tersenyum, sedangkan Baitul Maqdis berada di tangan mereka

Palestin #2

Palestin #2 (wujudnya Israel)
Sabtu, Ogos 5th, 2006

(berdasarkan ceramah Prof Madya Dr Roslan Hashim, pensyarah pusat pengajian Sc Fizik USM merangkap wakil JIM international di Masjid USM bulan Julai lepas, serta sedikit penambahan dari aku)

kata Dr Yusuf al Qaradhawi, pengerusi Majlis Ulama Sedunia: Membantu rakyat Palestin di waktu ini adalah WAJIB dan bukannya derma yg mendapat pahala sunat.
Sesiapa yg ingin memberi sumbangan, blh sumbangkan kpd tabung Misi Kemanusiaan Palestin, yg mana ia akan disalurkan terus kpd Al Quds Association yg diuruskan sendiri oleh Dr Yusuf Qaradhawi di Lubnan
Maybank: 5571-5780-2444
Sedikit lg fakta(sambungan kpd Palestin #1):
Israel telah melanggar 500 resolusi PBB.
Pada tahun 1897 berlangsungnya 1st zionist congress di Basle, Switzerland. Terhasil cadangan untuk mewujudkan negara zionis. Antara impian zionis yahudi ini adalah untuk meruntuhkan masjidil Aqsa dan membina haykal/kuil Sulaiman (tapak Masjidil Aqsa dikatakan tapak kuil yg dibina Solomen (Nabi Sulaiman).
Bermula 1917, dgn bantuan pihak British, Yahudi secara beramai2 bergerak ke Palestin.
1948, negara Israel berjaya diwujudkan di atas 77% tanah Palestin, slps termeterainya Perjanjian Balfour, dgn restu PBB. Mll perjanjian ini, Palestin perlu diberikan kuasa autonomi di situ, tapi sampai sekarang jgnkan kuasa autonomi, nak baiki rumah sendiri pun tak dibenarkan. Setakat hari ini lbh 5 juta rakyat Palestin telah diusir.
Antara langkah2 yg diambil Yahudi dlm membina haykal Sulaiman:
- 1967: Serang Masjidil Aqsa, maka tembok Buraq di Baitul Maqdis dikuasai mereka.
- Mereka telah menggali terowong di bawah Masjidil Aqsa (gambarnya tak dpt ditunjukkan di sini)
- 1969: membakar Masjidil Aqsa.
- 1989(15 oktober): meletakkan batu asas haykal.
- 1990 (18 ogos): mengeluarkan kenyataan rasmi ttg pembinaan Haykal.
- 2001 (Mac): Batu asas kedua diletakkan.
* Batu asas Haykal yg dibina di bawah masjid al aqsa skrg telah pun menjadi seluas masjid USM.
- Kumpulan2 Haykal dipersiapkan, terdiri drp 18 kumpulan berdaftar dan lbh 20 kuumpulan tak berdaftar.
- Membunuh rakyat Palestin (termasuk kanak2 yg dikhuatiri bakal menjadi pejuang Islam)
- hapuskan pokok zaitun dll di Palestin.
- Mengyahudikan al Quds dgn cara mengyahudikan rakyat, menghalau keluar rakyat Palestin, serta menghalang rakyat Palestin masuk. Saki baki rakyat Palestin terkepung. sekarang ada 400 ribu rakyat Israel dan 70 ribu rakyat Palestin di kawasan tersebut, sedangkan dulu terdapat ratusan ribu Palestinian dan cuma puluhan ribu Jews.
- Hadkan hanya mereka yg berumur 45 thn ke atas blh memasuki masjid. Kawalan ketat ini tidak terkecuali pd waktu Ramadhan.
- Bina tembok pemisah (Apartheid Wall) melingkungi bandar Qalqiyah bg mengongkong Palestinian yg degil tak nak keluar. Urusan pembelian dan persekolahan perlu dibuat dgn melalui gate yg dijaga Israel.
Namun, di waktu Islam makin tertekan di Palestin, Allah berikan kemenangan kpd pejuang2 Islam sebenar di Palestin:
- Hamas menang hampir 60% kerusi. Ex Presiden US Jim Carter mengatakan yg p/raya Palestin ini berjalan dgn telus dan bebas. Peratusan mengundi pula cukup tinggi, membayangkan mandat yg diberikan rakyat kpd HAMAS, walaupun HAMAS ditekan Israel.
Kenapa HAMAS taknak iktiraf Israel:
- pengiktirafan bermakna menghalalkan segala jenayah yg dilakukan Israel (sila rujuk facts dlm ‘PALESTIN #1′). Juga ia bermakna membenarkan penjajahan yg dilakukan Israel atas tanah Palestin.
Apabila HAMAS menang:
- US tarik balik bantuan 1 bilion dolar setahun.
- Israel hentikan penyaluran USD 50 juta hasil cukai rakyat Palestin.
- US tuntut kembali USD 50 juta yg disalurkan sblm ini (telah dibayar oleh HAMAS).
- bantuan yg disalurkan mll bank2 tempatan disekat.
- Liga Arab tak jemput HAMAS ke persidangan di Sudan.
- Sidang NAM kat KL jemput PLO yg tewas dan bukan HAMAS.
- tekanan2 yg dikenakan menyebabkan Palestin defisit RM600 juta lebih

Ibnu Hasan Looks At Football

Ibnu Hasan looks at football
Rabu, Julai 12th, 2006

Nak sebut sikit2 ttg fakta dan motivasi dlm bola… lps ni malas dah nak sentuh ttg bola, banyak lg perkara lain yg kita perlu fikirkan. Kali ni nak try taip guna english sekali, lama dah tinggal English, grammar pun jd berterabur habis…
- South Korea in WC ‘02 and Greece in Euro ’04 showed that teamwork, discipline and unity could make them succeed, although they didn’t have star players (at least for that time) in their team… [korea was WC ’02 semifinalist, while Greece was the Euro ’04 champion]
- In Euro 2000, when Italy prepared to celebrate victory 1-0 over France, Slyvain Wiltord (in WC ’06 just play as France substitute striker) scored a goal 17 seconds before full time. France then won the match 2-1 after additional time.
- AC Milan was ahead 3-0 in European Champion’s League Final (and I almost leave Pelita Restaurant that time) before Liverpool scored 3 successive goals in 2nd half (I think the scorers are Gerrard, Riise and Smicer). Liverpool then won the cup after penalty shootout.
- After several times played the role as 2nd goalkeeper (Oliver Kahn was the 1st choice keeper), Jens Lehmann finally has opportunity to play as 1st choice German goalkeeper in WC ’06 [they both are now 36 y-old]. Unfortunately Poyet (France) still didn’t make it although his good performance with Lyon [Poyet and Barthez are now 34 y-o] .
- After doing a mistake which allowed German(if I’m not mistaken) to score, France defender Lilian Thuram with strong determination had succeed to score 2 goals, and France won the WC ’98 semifinal 2-1 [Thuram before the mistake was seldomly move forward near opponent’s post].
- Before 1958 WC, many Brazilian said that it was too early for 17 y-o Nascimentos de Santos(forgot how to spell it correctly) a.k.a. Pele to be in the Brazil WC squad. But he proved that they were wrong. Pele scored hatrick in semifinal and 2 goals in final (beat Sweden 5-2) to lead Brazil won the Jules Rimet Cup.
- 5 minutes from stoppage time, Spain still leading South Korea 2-0 in WC ‘90(if i’m not mistaken, didn’t remember whether WC ‘90 or ‘94, still young that time), but with strong will Korea manage to score 2 goals to get a draw..

Dialog

Dialog ‘Salah Tanggapan Terhadap Islam
’Rabu, Julai 12th, 2006

18 jun lepas Kelab Sahabat Penyayang Malaysia (SAHABAT) dgn kerjasama Persatuan Alumni Maahad Muhammadi Negeri Kelantan (AMAL) telah mengadakan prgm dialog bersama Lim Joi Soon, bekas penganut Buddha dan kristian protestant yang memeluk Islam pd thn 1997.
Kat sini aku nak letak bbrp perkara yg sering dipersoalkan oleh org bukan Islam juga sebahagian org Islam, jawapannya boleh cari sendirilah, panjang aku nak letakkan kat sini, lagipun aku pun bukan reti sangat nak jawab. Kalau nak tahu juga boleh emailkan soalan kat Lim Joi Soon ni di address email – abdlim@gmail.com". Aku juga pernah baca jawapan bg sebahagian persoalan ni dlm buku bertajuk 40 Most Asked Questions About Islam oleh Dr Zakir Abd Karim Na’ik (anak murid Ahmad Deedat yg jg mahir berdebat dgn paderi2 Kristian), bolehlah cari buku tu. Kat bawah ni persoalan2 tersebut:

WANITA:
- poligami dibenarkan, poliandri tidak dibenarkan
- hijab
- pusaka, lelaki dapat 2 kali ganda
- saksi, seorg lelaki sama macam 2 wanita
- pemimpin, boleh atau tidak
- talak, kenapa wanita tak boleh bg talak
- imam, boleh atau tidak
- saf solat, kenapa di belakang
- 2:228, 4:34, 56:22

UMUM:
- Masuk Islam brmakna masuk Melayu
- Islam susah, banyak halal haram
- Tuhan Islam kejam, ada yg lahir sbg Muslim terus, ada yg tak
- agama dan sains tak serasi
- semua agama sama saja, semua nak kebaikan
- doa tak terjawab
- Ah Meng baik vs Abu jahat, yg mana masuk syurga

KEGANASAN:
- peristiwa 9/11
- Islam teroris
- fundamentalis
- Islam tersebar dgn mata pedang
- Suicide bomber

PERSOALAN ORG HINDU:
- sembah kaabah
- lingam dlm kaabah
- makan sayur2an
- sembelih cara Islam kejam
- sembah berhala utk tumpuan
- hindu agama tertua

PERSOALAN ORG CINA:
- kenapa khinzir haram
- kenapa dicipta khinzir
- adakah Allah mampu cipta Allah
- adakah manusia sempurna? Kenapa perlu khatan

SOALAN MISIONARI KRISTIAN:
- Jesus lahir secara mukjizat, Muhammad lahir secara biasa
- Jesus dtg akhir zaman sbg nabi terakhir
- Jesus kalimatullah
- Muhammad disebut 5 kali dlm Quran, Isa 25 kali
- Quran tiru bible
- perkataan ‘kami’ bg Tuhan menandakan banyak
- Quran ditulis oleh syaitan
- mampukah Allah buat segala2nya – buat batu yg tak mampu diangkat oleh Allah

PERCANGGAHAN DLM QURAN:
- Arak (2:219, 4:43, 5:90)
- 1 hari = 1000 atau 50 ribu tahun (22:47, 32:5, 70:4)
- manusia dicipta dari air, mani atau tanah (25:54, 76:2, 6:2)
- Allah cipta bumi dlm 6 atau 8 hari

Palestin

SECEBIS BERKENAAN PALESTIN DAN ISRAEL KEPARAT:

Dari September 2000 (bukan dari tahun 1948 ni) hingga sekarang, terdapat sekurang2nya 3781 org dewasa Palestin dan 722 kanak2 Palestin dibunuh Israel, manakala lebih 29 ribu cedera.
Terdapat 165 resolusi yg dikeluarkan PBB mengecam Israel, namun tiada sebarang tindakan tegas diambil.
AS bg 15 juta dolar sehari kpd Israel.
Baru2 ni heboh seorg askar Israel ditawan, tapi kurang dihebohkan ttg hampir 10 ribu rakyat Palestin dipenjarakan Israel.
Israel telah meruntuhkan sebanyak 4122 buah rumah rakyat Palestin, tapi tiada satupun rumah rakyat Israel diruntuhkan.
Apabila HAMAS memenangi pilihanraya secara adil dan menguasai Palestin, Menteri Luar Palestin tidak diterima oleh sebahagian negara Arab, tapi PM Israel dan S/U luar AS diterima sbg tetamu negara. Ada sebuah negara Arab yg mana Menteri Luar Palestin sudah sampai ke negara tersebut, tapi dibalas oleh Menteri luarnya dgn ucapan: "tiada masa nak berjumpa".
Selepas kemenangan HAMAS, tabung negara Palestin telah dibawa lari oleh PLO.
Kerajaan Hamas dinafikan hak untuk buka akaun bank di negara2 luar bg dapatkan sumber kewangan utk memerintah.
Ada negara Arab yg mengarahkan bank2 supaya tidak memberi kerjasama kat kerajaan Palestin.
Pada bulan Mei yg lalu, telah diadakan persidangan ulama2 antarabangsa di Qatar yg dipengerusikan oleh Dr Yusuf Qaradhawi. Maka satu dari resolusinya ialah supaya umat Islam memulaukan semua bank2 yg tidak memberi kerjasama kepada kerajaan Palestin.
Hanya terdapat 3 juta org Yahudi berbanding warga Arab yg berjumlah 100 juta org, namun …. (sambung sendiri, nak pergi solat asar)

Ribery Damai Dalam Islam

Ribery damai dalam Islam (dari harakahdaily.net)
Rabu, Julai 12th, 2006

Saya menyertai jutaan penduduk dunia menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia bola sepak malam tadi (awal pagi 10 Julai waktu Malaysia). Salah satu aksi sentiasa menjadi igauan saya ialah ketika Zidane ‘menanduk’ dada seorang pemain Itali. Mengapa, mengapa dan mengapa Zidane?
Saya turut menerima e-mel daripada rakan-rakan mengenai kejohanan itu. Artikel ini saya rasakan menarik untuk dikongsi bersama.

Pemain Sayap Perancis, Franck Ribery
PARIS: Pemain kebangsaan Perancis, Franck Ribery tidak menyangka tindakannya menadah tangan memohon kepada Tuhan, seperti lazim dilakukan oleh orang Muslim, sebelum sepak mula perlawanan sulungnya, kelmarin mencuri tumpuan umum bahawa dia sudah memeluk Islam. Bagi Ribery, 23, dia melihat kepercayaan barunya itu adalah hal peribadi dan tidak suka memperkatakannya di khalayak ramai, kerana bimbang disalah tafsir penyokong Perancis.
Pemain tengah dan sayap Olympique Marseill itu juga enggan memberitahu wartawan, kisah dia memeluk Islam , biarpun isterinya berasal dari Maghribi memaikan peranan penting mengapa dia memeluk Islam. Sesetengah media mendapat tahu semua itu berlaku selepas dia bermain untuk kelab Galatasary di Turki selama setahun dan membantu kelab itu muncul juara Piala Turki pada 2005. Ribery jarang bercakap mengenai keyakinan terhadap keimanan sebagai seorang Muslim dan mendesak supaya paparazzi tidak menggangunya.
"Islam adalah sumber kekuatan saya sama ada diluar atau di dalam padang permainan," katanya. "Saya menghadapi kesukaran dalam membina karier, justeru saya mahu mencari kedamaian dalam jiwa dan akhirnya saya menemui Islam."
Berita mengenai Ribery memeluk Islam pertama kali didedahkan oleh Majalah Lï ‘Express awal tahun ini, biarpun majalah mingguan itu tidak menyebut namanya dan hanya menyatakan seorang pemain skuad kebangsaan Perancis sering dilihat pergi ke masjid, di selatan Marseille. Menuru satu kajian, ratusan penduduk Perancis memeluk Islam setiap tahun di negara itu, namun mereka merahsiakannya kerana takut ditindas di rumah dan tempat kerja disebabkan pandangan streotaip mengaitkan Islam dengan keganasan.
Kapten Zinedine Zidane atau ‘Zainuddin Yazid Zidane’ juga seorang Muslim. Begitu juga bekas jurulatih Perancis dan Jepun, Philippe Troussier memeluk Islam apabila mengahwini Dominique di ibu negara Maghribi.
Bekas penyerang Liverpool dan Manchester City, Anelka yang digugurkan dari senarai skuad Perancis, menggunakan nama ‘Bilal’ apabila memeluk Islam. Dia kini berhijrah menyertai kelab Liga Turki, Fenerbahce.
Perancis kini didiami antara enam hingga tujuh juta penduduk Islam, golongan minoriti terbesar di Eropah. Steve Bradore dr Organisasi Shehada yang mengendalikan urusan berkaitan pemelukan Islam berkata masyarakat Muslim Perancis sepatutnya berbangga dengan Ribery.
"Dia adalah contoh yg membanggakan kami berdasarkan persembahan unik dan kesederhanaannya" katanya kepada Islam Online.net .
Ribery dikatakan calon pengganti Zidane kerana pemain yang tiga kali dinobatkan Pemain Terbaik Fifa Sepanjang Zaman, bakal menarik diri selepas Piala Dunia 2006.
Dia memulakan karier bersama kelab tempatan, US Boulogne dan kemudian berpindah ke Ales, Brest dan FC Metz. Perpindahanya ke Marseille membolehkan Ribery menjadi pemain terbaik Perancis bagi bulan November 2005 sebelum dipilih menyertai skuad kebangsaan ke Jerman.
Islam Bukan Halangan
Franck Ribery bukan pemain Islam tunggal beraksi di Piala Dunia 2006 selain pemain Arab Saudi, Iran dan Tunisia. Rakan sepasukannya dalam skuad Perancis, Zinedine Yazid Zidane juga beragama Islam. Dia yang berketurunan Algeria membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 dan Euro 2000. Kehebatan corak permainan Zidane diiktiraf menerusi pemilihannya sebagai Pemain Terbaik Dunia sebanyak tiga kali.
Sweden pula mempunyai dua pemain Muslim dalam pasukannya Zlatan Ibrahimovic dan Rami Shaaban. Zlatan lahir dalam keluarga imigran Bosnia-Herzegovina yg berpindak ke Malmo, Sweden, manakala Rami pula campuran keturunan Mesir dan etnik Finland.
Belanda turut memiliki dua pemain beragama Islam, Robin van Persie dan Khalid Boulahrouz. Persie, menjaring gol menerusi sepakan percuma ketika menentang Ivory Coast, Jumaat lalu memeluk Islam selepas berkahwin dengan teman wanitanya yang berketurunan campuran Belanda-Maghribi, Bouchra.
Khalid pula diturunkan sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan Belanda sebelum ini ketika menentang Serbia dan Montenegro serta Ivory Coast. Pemain pertahan ini juga berketurunan Belanda-Maghribi.
Ivory Coast pula menyenaraikan dua pemain adik-beradik beragama Islam, Kolo Toure dan Yaya Toure. Kolo bermain di posisi pertahanan manakala Yaya tengah. Yaya kini bermain utk kelab Greece, Olympiakos dan prestasinya mencuri perhatian beberapa kelab gergasi termasuk Manchester United, Chelsea dan AC Milan. Namun dia tidak menerima semua tawaran itu kerana mempunyai impian bermain bersama abangnya, Kolo di Arsenal.

Kisah Artis Hampeh

pk sblm cakap
Selasa, Jun 20th, 2006

3,4 hari lps aku sambil2 aku tgk bola aku ada jg tgk satu diskusi dlm tv yg mana ahli panelnya ketiga2nya artis… tajuk diskusi ialah "benarkah artis Malaysia tidak bermoral?"…
Kalau ditanyakan kat aku sekalipun,aku tak suka sesuatu itu terlalu digeneralisekan, seolah2 jika seorg dari golongan tu buat salah, semua sekali dianggap salah. Namun, aku tetap tidak bersetuju dgn ayat yg keluar dari 2 dari ahli panel tersebut. Si artis lelaki dgn ayatnya yg lbh krg bunyinya(dah lupa ayat yg tepat):

"yg nampak alim, pakai kopiah pun ada jg yg jahat dan buat pkr2 buruk. yg saya tahu, apa yg saya buat, itu antara saya dgn Allah saja. Org lain tak berhak nak nilai"

seorg daripada artis perempuan yg jd panelis(dia ni tak terkenal sangat pun, cuma terkenal dgn keseksiannya saja) tu pula berkata lbh krg bunyinya:

"mereka yg bertudung litup pun ramai juga yg di depan je nampak baik, tapi di belakang berperangai buruk. Yg penting hati, kita jgn tengok pd pakaian, tapi tgk dalaman. apa guna pakaian bukan main tapi hati busuk"….

Tapi ternyata pemanggil2 di talian telefon semuanya tak setuju dengan pandangan mereka berdua. Lain kali kalau ada kesempatan mungkin dapat aku ulas ttg ni...

Kursus Bahasa Kelate

ni kawe ambik dari junior kawe, untuk sapo2 hok raso nok jadi warga kelate lepah nih…

Vocabulary :

Bokbong - spesis musang
Ttuyup - pepatung
Pok Kor - spesis mengkarung
Ike Kkhonge - ikan cencaru
Gelenyar,Gletah -mengenyam, getik
Absorber = saksoba
Supik Gelenyar/supik rhokrhak - plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal)
mokte = rambutan
kuk/kok = sekeh
njja = tendang
x cakno = x hirau
nyaknyo = kesian
bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G’ means sabdu))
debe = berani gilerr
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
rhukah = panjat
Ghohok = susah, payah
hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)
cuwoh = curah
getek/etek = juga
tepoh = langgartubik = keluar
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don’t worry, be happy!!!
IDAK KO = cuma
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.(biase nyer dlm urusan perniagaan)DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)
belengas = melekit
klikpah klikpah = terpinga pinga
lipotey = x tetap duduk
nneting = melantun

Kelantan + English?? = "Kelantalish"
Contoh:
POZEK (deposit),
RIZAT (1.result
NNEJA (manager),
BOKK (book)
rhoba (rubber)pemadam

Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:
manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER
putih SSUEH
hite LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG
nnakut/penakut apah
cerhoh/cerah jheriloh
jatuh celabok
kuca hanya (suara mengidung sedikit)

Ada
beberapa "bunga bahasa" dalam loghat kelantan yang unik.. Antaranya:
YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"
DEH? = memohon restu atau persetujuan…lebih kurang "OK?",
GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."
PAH? = lebih kurang "GAK"
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes"
DOCK? = lebih kurang "bu
( kan)?", "betul tak?" atau "isn’t it?"
LAMOKEY = nanti kan

Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat Kelantan di anggap TABOO dalam loghat yang lain, atau sekurang-kurangnya tak manis didengar pengertiannya di dalam loghat tempat lain…Yang popular digunakan antaranya:
CEBOCK : kita maksudkan ‘cedok’, selalunya untuk cecair, mencedok air. Banyak tempat sebelah pantai barat membawa maksud "basuh b***k"(istinja).
PPATAK : kita maksudkan ‘paling bawah’. Mencarut bagi mereka…
JEBUR : kita maksudkan ‘botol’ (kurang popular sebenarnya, tapi org tua-tua masih guna perkataan ni…) Kalau silap dengar, lain maksudnya.
KOTER : kita maksudkan "kelapa tua yang kering tak berair" (ingat slogan CAWAT KOTE?) di kebanyakan tempat, ianya mencarut juga!!
TTINO : kita maksudkan ‘perempuan’ t! api bila sebut BETINA, ramai yang marah.(begitu juga JATE…)
AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK…) Yang fresh & manis tu dipanggil NIRA.
NNATE : kadangkala "simbol" kemesraan antarakawan… cuba direct translate jadi BINATANG… Boleh bergaduh nanti…
SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud "tidak kena mengena", bagi org KL,ia bermaksud "kaum kerabat" contradict betul!!!sprt gak perkataan bujang(buje)membawa erti janda kl di kelantan.
SIAL = sembuh

Biasanya perkataan yang berakhir dengan`an’,'am’,'ang’ diganti dengan `e’. cth :

Jangan=jange
Lengan =lenge
ayam = aye
Geran = gere,
Pisang = pise
Malam = male
BUT NEVER NEVER & NEVER apply this formula on words like
pelam(mangga) & pelan.(nanti jd lain lak.)

Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi.
Sekadar contoh, Tanpa ’sabdu’ orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!
Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA(useless).Atau keliru diantara KECEK(tipu) dengan KKECEK (bercakap) dan juga banyak di ringkaskan pecakapan sprt :make kkeda (makan di kedai) maye ssejid (sembahyang di masjid)tido lluar(tidur di luar)
so itula tutorial kite ttg bhs kelantan…(kl nk himpun bnyk lg)
ISTEK (estate), SUWIH (switch), MERKET (market), dll…

Doa Seorang Isteri

doa seorg isteri
Jumaat, April 28th, 2006

Doa seorg akak yg aku hormati, kpd cik abgnya yg aku segani…

DOA SEORANG ISTERI

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental & fisikal
Kau kurniakanlah aku dgn sifat keredhaan
Kau peliharalah lidah ku dari kata2 nista
Kau kuatkanlah semangat ku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ni adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan & keyakinan utk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ni adalah suami yg akan membimbing tgn ku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih & redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ni adalah bidadara utk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk & tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ni adalah yg terbaik utk ku di Dunia MuPeliharalah tingkah laku serta kata2 ku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ni jodoh yg d rahmati oleh MuBerilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah & ragamnya

Tapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ni d takdirkan bukan utk diri ku seorang
Kau tunjukkanlah aku jln yg terbaik utk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dgn keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu utk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku utk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ku
Kau juga yg Maha Mengampuni segala kesilapan & ketelanjuran ku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jln yg Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dlm tanggungjawab ku sbg isteri
Kau hukumlah aku d dunia tapi bukan d akhirat Mu
Sekiranya aku engkar & derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjuk Mu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah
Kuatkan hati & semangat ku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yg di senangi suami
Bukakanlah hati ku utk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya pada Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dgn dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dgn keindahan dunia mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Ya Tuhan ku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yg di rahmati
Isteri yg di kasihi
Isteri yg solehah
Isteri yg sentiasa di hati
Amin,amin Ya Rabbal Allamin..

Tajwid Hidup

Puisi penuh analogi ini sekali lagi diambil dari nukilan Nasa Natrah, yg dimuatkan dlm buletin Alumni Maahad baru2 ni. Suatu puisi muhasabah, bg kita insan yg sering terlupa, terlupakan kiblat kehidupan, lupa akan matlamat dan tujuan, sblm segalanya terlambat

TAJWID HIDUP
Membuka kitab masa
Pada rehal usia
Lembar-lembar lalu
Muka-muka hadapan
Kuikut baris rentaknya.
Mencerap makna tersisip
Dalam lafaz bacaan prinsip
Dengung dan qalqalahnya
Seiring matlamat kehidupan.
Kadang pernah terwaqaf
Pada harakat langkah yang salah
Lalu undur kembali
Mengulang canggung kalimah
Dan, tersasul lagi.
Dalam rangkak usaha
Bertajwidkan iltizam
Mentajdidkan impian
Apakah nanti terinjak
Juzuk-juzuk seterusnya
Mentadaruskan keinsanan
Kadang kulupa
Sebuah mukadimah
Mentafsirkan kehambaan
Teralpa jua
Di mana nanti khatamnya

Tazkirah 2

copy-paste dari file MT AMAL
Selasa, Februari 21st, 2006

Apabila kita telah disenaraikan dalam saf perjuangan, Maka tabiat generasi ini mestilah berbeza dari tabiat generasi umum,Sahsiah mestilah ditingkatkan,Fikrah mestilah semakin jelas,Daya fikir mestilah semakin matang,Ucapan dan kata-kata biarlah berharga,Pandangan mestikah bernas,Kesungguhan bekerja dan merancang mestilah semakin tinggi,Tabiat buruk mestilah dibuang jauh-jauh,Perkara mabda’ atau aham dan sampingan hendaklah tahu dibezakan,Sumbangan mestilah bertambah danMuhasabah diri sendiri janganlah dialpakan,
Semoga dengan disiplin diri ini mampu memberi manfaat BUKANsahaja pada kelangsungan perjuangan tapi demi kebaikan diri sendiri

Tazkirah

Membaca dan merenung kandungan al-Qur'an
"Dan Kami turunkan al - Qur'an sesuatu yang menjadi penawar dan rahmatkepada orang-orang yang beriman" (QS al-Isra:82).
Ada dua perkara yang dianjurkan oleh Ibnul Qayyim bagi mengatasikemalasan yang muncul dari kekerasan hati. Pertama, alihkan hatirnudari dunia, lalu tempatkan ia di akhirat. Kedua, hadapkan seluruhhatimu pada penger¬tian-pengertian al-Qur'an, me¬mikirkan dan memahamiapa yang dimaksudkan dan mengapa ia diturunkan serta amati semuaayat-ayat Nya. Jika suatu ayat diturunkan untuk mengubat hati, makadengan izin Allah hati itu pun akan sembuh.Merasakan keagungan AllahMengamati dan memikirkan nas-nas al¬Qur'an dan juga ayat-ayat(tanda-tanda kekuasaan) lainnya merupakan sarana yang palingbermanfaat untuk mengubati jiwa yang dilanda lemah iman. Antaraungkapan indah dari lbnul Qayyim Rahimahumullah ketika mensifatkankeagungan Allah: "Dia yang mengatur urusan semua hamba, memerintah,melarang, mencipta, melimpahkan rezeki, mematikan, menghidupkan,memuliakan, menghinakan, menjadikan malam dan siang, menggantikan haridemi hari di antara manusia, membalikkan ke¬kuasaan danmenggantikannya de¬ngan kekuasaan yang lain, urusan dan kekuasaan-Nyaberlaku di bumi serta diantara keduanya, di lautan dan di daratan.Ilmu Nya meliputi segala sesuatu dan mampu menghitung segala sesuatu.Pendengaran Nya mencakupi berbagai suara dan tak ada yang menyerupaiNya. Bahkan Dia dapat mendengar suara hiruk pikuk yang salingbertindih dengan berbagai perbezaan bahasa, pendengaran¬Nya tak akandiganggu oleh pendengaran yang lain, tidak menjadi kacau bilau keranabanyak masalah. Tidak pernah jemu meskipun terus-menerus diajukansecara bertubi-tubi dengan permintaan orang¬orang yang mempunyaikeperluan. Pengli¬hatan-Nya meliputi segala sesuatu yang tampak,sehingga Dia mampu melihat langkah-langkah kaki semut hitam ditengah-¬tengah padang pasir yang luas terbentang di tengah malam gelapgulita. Yang ghaib dapat disaksikan dan yang tersembunyi nampak jelasbagi-Nya. Firman Allah:"Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada Nya.Setiap waktu Dia dalam kesibukan. " (QS ar-Rahman: 29).Mendalami ilmu syar'iMaksudnya ialah ilmu yang mampu menimbulkan rasa takut kepada Allahdan menambah beratnya timbangan iman. Dengan mengetahui ilmu-ilmusyari'at, seseorang akan mengetahui apa yang terjadi sesudah mati,kehidupan di alam kubur, ketakutan dahsyat di padang mahsyar, nikmatyang dikecapi di syurga, azab pedih di neraka, hikmah syari'at,masalah halal dan haram, perjalanan hidup para anbiya' dan pelbagaiperkara yang tak terhitung manfaatnya.Allah SWT berfirman:`Katakanlah, adakah sama orang-orang yangmengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" (QS az-Zumar:9).---Mencari persekitaran dan lingkungan yang solehKeadaan seseorang banyak ditentukan oleh persekitarannya. Lingkunganyang baik akan meningkatkan keimanan. Di sanalah seseorang akanmendapat teguran dan bimbingan tatkala melakukan kesalahan. Di sanapula dirasakan suasana berlumba dalam melakukan ketaatan, zikrullah,turunnya rahmat dan datangnya ketenteraman hati. Demikianlah mekanismeyang hidup pada zaman para salafushalih. Mereka gemar dan sentiasabersemangat ketika bertemu dengan saudaranya mengadakanpertemuan-pertemuan untuk majlis zikrullah , sehingga iman merekaterus bertambah. Muadz bin Jabbal RA pernah berkata kepada seoranglaki-laki: "Duduklah bersama kami untuk beriman sejenak (untukmemperbaharui iman)"Memperbanyakkan amal solehAmal soleh mampu memberikan pengaruh yang amat ketara terhadap hatidan jiwa manusia. Apabila kita melakukan kebaikan dan apa sahaja amalsoleh pasti jiwa merasa kedamaiannya. Namun terdapat beberapa perkarayang perlu diperhatikan untuk melakukan amal soleh. Antaranya adalah:Pertama, berusahalah sesegera mungkin melaksanakannya. Allah SWTberfirman: "Bersegeralah kamu kepada ampunan Rabbmu dan kepada syurgayang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untukorang-¬orang yang bertaqwa. ": (QS Ali Imran: 33).Kedua, berusaha melakukan amal soleh secara berterusan. Dalam sebuahhadis Qudsi, Rasulullah SAW berkata tentang Rabbnya: "Hamba-Kusentiasa bertagarrub kepada Ku dengan mengerjakan amalan nafilah(sunat sehingga Aku mencintainya. " Kalimat "ma yazalu" yangdinyatakan dalam hadis di atas menunjukkan pengertian secaraberterusan.Ketiga, menjaga berterusannya amalan tersebut hingga tidak menimbulkanrasa bosan. Di antaranya caranya adalah bersikap variatif dalammelaksanakan ibadah, menjaga keseimbangan dan tidak terlaluberlebihan. Rasulullah SAW ber¬sabda: "Sesungguhnya dien itu adalahmudah, dan tidaklah dien itu dikeraskan oleh seseorang melainkanjusteru ia akan dikalahkan, maka berbuatlah yang lurus dan sederhana."Keempat, mengulang amalan yang tertinggal dan yang terlupa. Sikap inipenting bagi memastikan kita sentiasa mengikat diri dengan amal soleh.Rasulullah SAW bersabda: `Barangsiapa yang tertidur hingga ketinggalanbacaan wiridnya dan sebahagian malam atau sebahagian bacaan wirid,lalu ia membacanya lagi antara solat subuh dan solat Zohor, makaditetapkan baginya seakan-akan dia membacanya pada malam itu. "(HR,an-Nasa i).Kelima, menumbuhkan perasaan pengharapan agar segala amal yangdilakukan diterima, dan khuatir amalannya ditolak oleh allah SWT.Pengharapan ini tentulah disertai dengan usaha dalam amal¬-amal soleh.Tumbuhkan rasa takut su'ul khatimah (kesudahan yang buruk)Takut kepada su'ul khatimah akan mendorong seorang muslim untuk taatdan memperbaharui iman di dalam dada. Pernah terjadi pada zamanRasulullah SAW seorang laki-laki dari pasukan kaum muslimin yangmelakukan serangan demikian hebat. Namun, tatkala masalah tersebutdiberitahu kepada Rasulullah, beliau bersabda: "Dia benar-benarmenjadi penghuni neraka..... Mengapa pula ya, Rasulullah?". jawapannyaditemui kemudian. Ternyata ketika berada di medan peperangan tersebut,ia menderita luka parah dan menanti ajal yang tak kunjung tiba.Akhirnya, kesabarannya hilang dan orang tersebut mengambil pedanguntuk membunuh dirinya sendiri.Banyak mengingati MatiMengingati mati juga akan membenteng seseorang dari derhaka kepadaAllah manakala hati yang keras boleh berubah menjadi lunak. Tidaklahseseorang itu mengingati mati tatkala dia dilanda kehidupann yangsempit melainkan akan membuatnya menjadi lapang. Di antara cara yangpaling penting untuk mengingatkan mati adalah dengan sering menziarahikubur. Rasulullah SAW pernah bersabda :"Dulu aku melarangmu menziarahi kubur, ketahuilah, sekarang ziarahilahkubur kerana itu boleh melunakkan hati, membuat mata menangis,mengingatkan hari akhirat dan janganlah kamu mengucapkan kata-katayang kotor." (HR. Hakim)Kepatuhan dan Berlepas DiriErtinya saling tolong-menolong dan patuh terhadap sesama mukmin sertamemusuhi dan berlepas diri dari orang-¬orang kafir. Hati yangbergantung dan terpaut pada musush-musuh Allah, akan menjadi lemah.Keimanannya akan menurun dan mencair. Sebaliknya, bila kepatuhandimurnikan dan hanya kepada Allah SWT maka ia akan menghidupkankeimanan dan semangat dalam hati.Memuhasabah jiwa tatkala datang kelemahanMenurut Ibnu al- Qayyim, hati itu memiliki dua sikap: menerima danmenolak. Manfaatkanlah dua situasi itu, sama ada ketika ia cenderungmenerima dan menolak. Ketika hati cenderung menerima, perbanyakkanlahamal soleh dan ibadah sunnah. Laksanakanlah ibadah sebanyak mungkinpada waktu siang dan malam. Dan pada ketika hati sedang menolak(futur), ikatlah hati dengan melakukan amal-amal wajib.Berinteraksilah dengan hati dalam keadaan lemah-lembut sehingga sampaisaatnya ia cenderung untuk menerima kembali.Rasulullah SAW pernah ditanya oleh seorang sahabat: "Wahai Rasulullah,apa pendapat anda bila aku merasakan lemah dalam melakukan suatu amal?" Rasul menjawab: "Peliharalah keburukanmu dari manusia kerana ituadalah sedekah bagi dirimu."Menelaah kisah teladan salafussoleh.Sikap dan keteladanan salafussoleh termasuk para ulama dan mujahidinhingga zaman kini akan menumbuhkan rasa hina dalam diri hinggamenyuntikkan semangat baru dalam jiwa seseorang untuk menjadikan parasalafussoleh sebagai qudwah.

Perjalanan Menuju Ilahi

perjalanan menuju Ilahi
Sabtu, Februari 25th, 2006

perjalanan masih jauh,
sedangkan beban amat berat,
titian amat halus,
pemerhati amat teliti…
sudah tiba masanya…
tiba masanya utk aku kerahkan lbh dari skrg…
sudah tiba masanya…
tiba masanya aku kembalikan jiwa yg dulu…
sudah tiba saat dan ketika,
di mana aku akan lbh rasa tenang dan bahagia.
setelah lama bertapa, kini kembali dgn lbh kuat…
tahanlah tekanan yg akan dtg wahai shbt2, kerana mgkn ia dtg bersamaku…
ntah, aku tak faham, balik basuh baju lg baik
Wallahu aalam

Wangian Untuk Tuan Presiden

WANGIAN UNTUK TUAN PRESIDEN(copy)
Ahad, Januari 1st, 2006

Sajak kat bawah ni aku copy dgn kebenaran Saudari Nasriah Abd Salam, Pelajar Law UIAM yg amat berbakat dlm sastera(ada harapan jd sasterawati pertama negara)… moga ada manfaatnya utk semua yg menghayati(aku tak sempat nak ulas, lain kali la aku ulas)

Enak sangatkah tuan?
menghisap darah kami
dengan tajam siungmu
kau salai daging kami
dengan resepi masakanmu
dan kau hidangkanpada anjing upahan
yang sudah kekenyangan

Mahu apa lagi tuan?
kepapaan kamikau kikis habisan
kami menerima sedekah
dengan laburan peluru
kami dipaksa berhutang
dengan dolar tajaanmu
dan disuruh mencagar
sebuah kematian

Belum puaskah tuan?
meneguk arak kedamaian
sedang tuan telah kemabukan
dengan candu perjuangan
sudah banyak tanah kami
tuan bajak dengan bedilan
tuan tanam dengan perjanjian
dan tajak dengan hilaian

Khabarkan dulu
kiranya tuan berhajat
berjejak ke tanah ini
biar senang kami jemput
dengan keranda yang reput
akan kami taburi mawar
biar hilang hanyir
dan kami asapi kemenyan
biar hilang busuk hancing
yang loya meruap
dari bangkai tuan!

A story about 3 friends (copy)

This is a story about three friends. Eric, Cathlyn, Carol. Eric was chased by all the girls in our high school. Cathlyn was one of those popular girls. Cheerleader, sexy, and stylish. Carol was just one of those plain and average girls.

Cathlyn and Carol were both totally crazy and wacko over Eric. Cathlyn didn’t have to do anything to attract Eric. For she was already attractive enough. Carol on the other hand, showered Eric which love and care. Carol wasn’t ugly at all. In fact, she looked sweet and pleasant. But she wasn’t a cheerleader, she didn’t were spaghetti-straps or tubes.

So like everyone expected, Eric chose Cathlyn. For Carol was just one ordinary and plain girl. While Cathlyn was labele d as the cool and attractive type Eric always insulted Carol. Telling her what a ‘Plain Jane’ she was. And how dumb she looked. Which obviously made Carol feel so hurt and useless. That’s life. Carol never gave up though. She wanted to prove something to Eric. She wanted to prove that looks aren’t everything. She studied hard, really hard. She became the top girl, and all the guys who once ignored her, chased her. But she never forgot Eric.

Everyday, she put a red rose in Eric’s locker. Always with the same words, ‘I care for you, and I always will’. Because she knew that Eric was facing a hard time. Eric began to realise. How dumb he had been. His beloved girlfriend, Cathlyn. Was flirting with other guys. He regretted for choosing the wrong girl Cathlyn broke up with Eric later. For she had found a wealthier guy.

Eric felt so cheated, stupid and dumb He went to look for Carol. He knelt on his knees, and said, "Carol, please forgive me. Do you want to be my girlfriend?" Carol rejected him, much to everyone’s surprise. She only uttered these words, "You’ve suffered a great loss, so I don’t want you to face another one." Eric felt disappointed. He didn’t understand a word that she said to him. But they became good friends. Did everything together. Eric began to change into someone better. Because Carol showered him with the love he never experienced before. His ex-girlfriends had never treated him that way. They just accepted him for his looks. But Carol accepted him for himself. She changed him. Carol continued putting a red rose into his locker everyday. With the same words. She never forgot.

One day, Carol didn’t turn up in school. She didn’t come for a week. At first, Eric thought that she was on a vacation with her family. Because she told him that she would be going Hawaii with them. But one day. He received a call from the General Hospital. Saying that Carol was about to die. She had been suffering from cancer. But Carol forbade them from telling him. Because she didn’t want Eric to worry about her. But now that she was about to die. She wanted to see Eric for the last time. Eric rushed to the hospital. When he saw how weak Carol was, tears began rushing down his cheeks. He whispered, "Why didn’t you tell me earlier? Why did you hide this from me?" She looked at him, and smiled weakly at him. "When I said that I didn’t want you to suffer from facing another loss, I meant this. I didn’t want to tell you because I didn’t want you to worry. I wanted to spend my last days with you cheerfully." Eric looked at her. "You can’t leave me!" he said. "What will I be without you?" "You’ll be who you are now. I will always be there by your side. Never forget that. Cherish those times. Live life happily. And one more thing." "Yes?" "I love you." And she died. Eric screamed. He still couldn’t accept Carol’s death. He had only spent a month with Carol. A month. But Carol changed his life in a way. A way that no one could ever explain. He regretted. But he knew that Carol would always be keeping an eye on him from Heaven.

Sometimes, we just don’t appreciate those people who really care for us. Until they leave us. Until we lose them. Then we regret. Outer beauty doesn’t matter; it’s the inner one that counts. It’s better to tell someone how much you love them. Rather than to not tell them and lose them without telling them. You’ll regret. Love is when we fight till the very last minute.

A nice poem from internet

What Happened?
What happened to those days when my faith was strong?When I wouldn’t dare think of doing anything wrong
when my Yaqeen in Allah would lead me throughThe good and bad.. the old and new
What happened to those days when my du’aa was sincere?when there was absolutely nothing on earth that I would fear
when I was certain that Allah was really nearand would run to Him and leave all that is dear
What happened to those days when I could read and recite well?when I bought al-Janna and this Dunya I would sell
when my heart was pure and all full of lightwhen my Qiyam was my only source of strength and might
What’s wrong my nafs .. Why did you fall?Don’t you know that Allah knows and hears your call?
A little test like this one shouldn’t beat you soIt shouldn’t pull you down to a level so low
Don’t you know that Allah chooses what is bestand that this is all a previously planned test
Don’t you know that He hears your soul .. He hears your cryHe sees you fall .. He sees you sigh
Allah is Great .. Allah is Al-HakeemHis ways are just no matter how dark it may seem
Hold on my Nafs to the fireball in your palmHold on to it and when it burns act calm
whenever it falls, bend down and restartlet those tears fall and wipe that heart
Remember my Nafs the beauty of the promised FirdawsYou know it’s your dream to build there a house
Get back on your feet and go back to those daysI know this is only a passing phase ……

Andai aku dijemput pulang...

Harapan kat bawah ni aku buat masa aku tingkatan 4 ke 5 dulu, kalau ikutkan panjang lg, tapi aku tak jumpa kertas harapan yg aku tulis dulu. Kalau mampu, tlglah tunaikan…

Andai aku dijemput Ilahi suatu hari nanti, apa yang aku harapkan:

Jgnlah ada berlakunya ratapan2 menyanggah takdir Ilahi
Tlglah halalkan makan minumku supaya amalanku aku tak tergantung nanti
Jgnlah diletakkan payung atas pusaraku, kerana ia takkan dpt berguna memayungi aku
Jgnlah dibuat pagar di seliling pusaraku, kerana ia akan memakan ruang pusara org lain.
Jgn dihalakan talkin hanya utkku, tp utk semua yg hadir sbg peringatan.
Jgnlah dihidangkan makanan di rumahku semasa hari kematianku
Bahagikanlah mgikut faraid segala apa yg aku ada, baru kmdnnya digunakan seadilnya
Jgnlah dibuat tahlil mengikut bilangan2 hari – 40 hari, 100 hari dan sbgnya, kerana ia bukan bersumber dari Islam
Gunakanlah ilmu, harta, budaya baik dan apa saja peninggalanku sebaiknya, supaya ia menjadi amal atau harta yg jariah kepadaku.
Jgnlah mengikuti jenazahku ke tempat persemadian melainkan dgn menutup aurat dgn baik.
Apabila menziarahi pusaraku, ingatlah tujuan utama menziarahi mana2 pusara adalah utk mengingati mati, sdgkan membaca ayat2 Quran blh dilakukan sbg sampingan, kerana ia blh dilakukan di mana2 sekalipun utk dihadiahkan kpd si mati.
Alangkah eloknya andai peluang menziarahi pusaraku itu tidak diambil peluang utk duduk bersenang2, malah penziarah2 tegak berdiri walau dlm kepanasan, sambil mengingati keadaan di pdg mahsyar yg surianya berjarak sejengkal di atas kepala.
Andai aku meninggalkan isteri, biarlah dia dijodohkan kembali dgn org yg lbh baik dariku, moga2 akan terbina keluarga pejuang Islam daripadanya
Andai aku meninggalkan zuriat, aku harapkan zuriatku dapat hadiahkan aku dgn doa dan amal2nya.
Jgnlah apa2 sahaja amalan burukku dibudayakan oleh sesiapa, supaya tiada saham dosa aku terima dari insan dunia.
Jgnlah ada ideologi buruk dariku yg tak mati beserta dgnku, yg turut menyumbangkan saham dosa buatku.
Pepatah ni terjumpa kat internet, ntah apa2, tapi bolehla kalau nak gunakan utk release tension, atau nak latih pemikiran kritis dan kreatif:-

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun
boleh diundur, terlajak kapal terbang tiada gear reverse.

Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

Alang-alang mandi biar guna syampoo.

Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.(Tulah… lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga… pulut pun habis.

Biar putih tulang jangan kuning gigi.(gosok jangan tak gosok)

Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk
atas pokok tu.

Biar mati bini jangan mati anak.(boleh kahwin lagi…)

Makan hati berulamkan jantung, paru-paru masak kicap, tali perut
goreng pedas, ginjal masak merah, tiup-follopio masak lemak cili api.

Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi
letih.

Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi
katakan sudi, kalau tak sudi….. boleh blah…. blah….

Harapkan pagar, pagar pun tak boleh diharap.

Kera dihutan disusukan anak di rumah mati kelaparan.(itu… mesti
ibu kera, sebab tu dia susukan anak dia)

Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau
macamtu lebih baik tak payah hujan.

Biar lambat asalkan perlahan.

Kalau tiada rotan, pelempang ajelah….

Habis madu sepah tu jangan dibuang merata-rata.

Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton.

Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada
kenduri kahwin.

Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tanganlah….

Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

Jinak-jinak siburung merpati, hendak dipegang tak dapat tembak ajelah….

Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

Rambut sama hitam, kutu lain-lain.(kat kepala masing-masing lah)

Patah tumbuh, hilang report-lah polis.

Susu punya lembu, Ducth-Lady dapat nama.

Ditelan mati mak diluah tak keluar-keluar.

Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik
jua.

Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang
ajelah beli jarum yang baru.

Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari…….

Bunga tahi ayam bukannya sekuntum….

Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satey
Kajang lagi best……

Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai,
buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai.

Awlawiyyat

Kadang2, kita terlalu mengutamakan perbahasan perkara2 cabang yg berlaku kekhilafan antara ulama, sedangkan kita melupakan/meninggalkan ingatan kita terhadap pkr2 yg lbh awla…

Aku teringat masa penjajahan British di India+Pakistan(sblm wujud negara Pakistan yg merdeka) dulu, Muslim di sana sibuk membahaskan ttg soal kedudukan dan keadaan jari telunjuk masa tahiyyat. Perbahasan ni bukan kecil2an, malah menyebabkan pergaduhan dan perpecahan, sedangkan pada masa itu perpaduan cukup2 diperlukan utk memerangi kuffar yg menindas org2 Islam.

Begitu juga skrg ni, ramai yg sibuk membicarakan sampai berpecah2 ttg qunut dlm solat subuh, berwirid beramai2 slps solat jemaah, tahlil dll… ramai lak yg ikut suka hati dia melabelkan dia ni dlm golongan ni, dia tu dlm golongan tu, siap ada berlaku perbuatan kafir mengkafir pulak.
Bg aku, dlm perkara khilaf ni terpulanglah kpd individu tu masing2, kalau dia bermazhab syafi’e nak berqunut semasa solat subuh, qunutlah, kalau dia bermazhab maliki, atau ingin mengikut pdgn isteri Rasulullah s.a.w., ummu salamah (yg mengatakan qunut subuh bida’ah) atau ibnu abbas(yg mengatakan tidak wujud qunut masa subuh), terpulanglah. Nak berwirid ramai2 kerana rasa tak reti nak wirid sorg2, atau rasa malas jika wirid sorg, atau taknak wirid ramai2 kerana mendakwa tiada hadith sahih yg sorih menjelaskan ttg wirid secara beramai2, terpulanglah kpd masing2.

Satu lagi yg aku tgk, kdg2 kita duk menumpukan/menyalahkan org yg sudah solat ttg solat mereka, kedudukan tgn masa fatihah tak kenalah, keadaan jari telunjuk masa tasyahhud tak betullah, tapi kita mengabaikan teguran kpd mereka yg masih blm solat.

Aku melihat, byk perkara yg perlukan penilaian semula dari sudut awlawiyyatnya

Kisah Dari Chetok

Aku teringat ttg kisah yg mak aku ceritakan dulu, berkenaan seorg ulama yg tinggal di kampungku Chetok, Pasir Mas bernama Hj Hassan. Beliau merupakan anak murid kpd Tuk Kenali, antara ulama plg terkenal dlm sejarah Kelantan.

Mengikut cerita mak aku, Hj Hassan ni mmg org yg banyak ilmunya, dan banyak pula amalnya. Suatu hari, ada seorg insan yg berniat ingin mencuri di rumah beliau, tapi apabila sampai di halaman rumah, insan yg ntah apa ke namanya ni melihat secara tiba2 2 ekor harimau muncul dan beraksi seolah2 sdg menjaga rumah tersebut, menghentikan terus niat si pencuri ni. Pd petangnya, dgn rasa inquiri tanpa niat utk mencuri lg, dia pergi sekali lg ke rumah Hj Hassan, dan apabila puas mencari2, tiada dilihat sbrg bulu harimau di situ (org dulu2 kata, kalau ianya jin berupa harimau belaan, maka akan ada bulu2 harimau yg jatuh di situ, Wallahu aalam).
Melihatkan hal ini, si pencuri td dgn rasa insaf berjumpa hj hassan dan menceritakan segalanya. Yg peliknya, Hj Hassan itu sendiri tidah tahu menahu ttg kewujudan harimau tersebut.

Heh, itu cerita muqaddimah ttg Hj Hassan, yg aku nak ceritakan kali ni sbnrnya ttg peristiwa slps kematian beliau. Sehari slps kematian beliau, mak aku yg rapat dgn allahyarham, bermimpi melihatnya di tepi sungai yg cantik, tapi mukanya agak sedih. Dia berpaling kpd mak aku yg pd masa itu berumur 19 tahun dan bertanya, “Pak Wok ada mari ko?”. Slps tu, mak aku terus tersedar dari tidur.

Maka pagi keesokannya mak aku terus memberitahu isteri Hj Hassan ttg mimpi tersebut. Maka jenuhlah juga mereka mencari Pak Wok, baru akhirnya berjumpa. Setelah bertanyakan Pak Wok ttg apa yg blm selesai antaranya dan Hj Hassan, Pak Wok berkata: “Dulu Tue Aji ada hute beras, sapa skare tok baya lagi. Tapi lo ni kiro ambo halallah (dulu tuan haji ada membeli beras dgn saya secara berhutang, sampai sekarang dia tak bayar lagi. Tapi sekarang saya halalkan sajalah hutang tu)”

Malam tu, mak aku bermimpi lagi. Ketika dia memasuki rumah Tuan Haji tersebut, dia melihat ramai ulama2 dan org2 kampung sedang mengelilingi Tuan Haji. Apabila Tuan Haji melihat mak aku, dia tersenyum, seolah2 memberitahu yg mak aku dah jalankan tugas dgn baik (tugas cari Pak Wok laa..)

Apa yg nak ditekankan kat sini, pentingnya kita ambil berat ttg hutang2 kita, begitu juga ttg barang2 yg kita gunakan yg sbnrnya milik kawan2 atau harta awam. Hutang blh menyebabkan amalan kebaikan yg kita lakukan tergantung2. Maka berhati2lah dlm berhutang, kerana hutang wajib dibayar, sekalipun tidak dituntut oleh pemiutang, melainkan jika si pemiutang halalkan…

IN MEMORY OF HJ HASSAN BIN HJ ABD RAHMAN BIN HITAM (1902-1958)

Siapa yg kau malukan?

siapa yg kau malukan???Rabu, Disember 28th, 2005

Hjg minggu lps, aku ada handle satu prgm reunion shbt2 aku bekas aktivis pmiusm… mmg kalut betul, dlm 10 hari, dgn ajk hanya berempat, nak buat satu prgm yg menyatukan kembali shbt2 yg berada di merata2 di seluruh negara… kehadiran seperti dijangka takdelah ramai sangat, tak sampai seratus pun, tapi alhamdulillah sbg permulaan ia sudah pun mencukupi…
tapi bukan itu yg aku nak cakapkan kat sini, tapi kata2 dari dua org shbt yg tak menghadiri perjumpaan tersebut:

"akak malu la nak pergi reunion ni. akak bukan lagi bertudung bulat macam dulu. nanti org lain tgk semacam je. tapi akak masih lagi berjuang sebenarnya"

"ana taknak pergilah, nanti apa kata adik2 tengok ana berpakaian bukan macam dulu lagi…"
heh, ada bbrp pkr bermain di minda aku saat mendengar kata2 mereka berdua ni:

1. tak kisah samada kita bertudung bulat ke, bertudung wardina ke, bertudung mawi sekalipun, asalkan ia sudah cukup untuk menutup aurat kita.. tak semestinya jika kita tak bertudung bulat, kita tak menutup aurat sepenuhnya. on contrary, mereka yg bertudung bulat, tapi tak jaga baik2 masa berjalan, naik motor, beriadah dll juga mgkin tak dikira menutup aurat sepenuhnya…

2. kalau tak bertudung bulat tapi memakai tudung yg cukup utk menutupi aurat sepenuhnya, kenapa harus malu walaupun ia berbeza dgn penampilan kita selama ni? asalkan tak melanggar syariat ok je.. tapi kalau mmg ia dah langgar syariat, bukan hanya patut malu utk pi reunion, malu dgn adik2, tapi patutnya lbh malu dgn Rabbul Izzati yg berada di samping kita setiap masa.

3. baguslah kalau kita istiqomah dlm berjuang. tapi harapnya kita juga istiqomah dlm menjaga syariat.

4. kehidupan di kampus mgkn tak sama dgn kehidupan kita di luar. kdg2 di luar kita tak dpt ‘jaga’ sptmana kita ‘jaga’ di dlm kampus, smaada dari segi pakaian, pergaulan dll. maka kita kena pandai2 cari alternatif dan kena banyak berfikir dlm mencari jalan menjaga agar tak langgar syariat. di luar kampus, kdg2 kita tak blh stick dgn hukum ‘azimah(hukum asal), ada masa kena guna juga rukhsah(keringanan), terutama bila bermuamalah dgn yg krg faham….

SYUKUR

Suatu hari seorg lecturer dgn machonya memanggil student2nya ke kereta mercedes barunya… dia pun buka bonet kereta, maka terlihatlah akan student2nya akan timbunan buku yg byk, ada yg tebal, ada yg nipis… maka lecturer yg bertitle Dr tu pun bg la buku dia tu sesuka hati(sbb buku tu mmg milik dia) kat semua student2nya, ada yg dpt buku tebal, ada yg dapat buku nipis.
Maka student2 yg dapat buku yg tebal pun berkata dgn bangga: "huahhaha, Dr mmg sayang kat aku", atau kata2 yg sewaktu dgnnya. Manakala bbrp student2 yg dpt buku yg nipis lak kata:"ish2, apa salah aku, hingga Dr membeza2kan aku dgn yg lain?", atau yg hampir waktu dgnnya.

Lps settlelah pembahagian buku2 tersebut, berwasiatlah si lecturer td, dgn titahnya: "minggu depan ada test, student2 akan dpt soalan2 yg berbeza, kerana soalan yg akan ditanya adalah berdasarkan isi dlm buku masing2". Maka terkejutlah mereka yg dpt buku yg tebal, sambil mencelakoikan Dr itu dlm hati, sedang mereka yg dapat buku tebal tersenyum gembira, "nasib baik, tak perlulah aku baca banyak sangat".

Inilah analogi yg boleh kita buat, bagi nikmat yg kita dapat. Kisah ini selari dgn apa yg Allah bgtahu dlm surah alfajr, mafhumnya:

(Maka adapun insan itu apabila diuji dengan kurniaan nikmat yang banyak, maka dia berkata "Tuhanku memuliakan aku". Dan apabila diuji dan dikurangkan rezekinya, maka dia berkata "Tuhanku menghinakan aku".

Kadang2 kita terleka dgn nikmat yg banyak, tanpa kita sedari bahawa semakin banyak nikmat yang diberi, semakin banyak soalan yg Allah akan soal di akhirat kelak. Semoga kita tak dilalaikan oleh pelbagai nikmat yg dikurniakan kepada kita. Semoga nikmat yg diberi dapat disyukuri sebaiknya, melalui rasa syukur yg terpahat dlm hati, rasa syukur yg terungkap dgn lisan, dan menggambarkan kesyukuran dgn amalan2 kebaikan serta meninggalkan apa yg terlarang, insyaAllah…

Antara berkah dan hidayah..

antara berkah dan hidayah

teringat aku kat kata2 ustaz ellias (ex pengarah pusat islam usm) masa kuliah subuh 17 ramadhan kat masjid al malik khalik(masjid usm) baru2 ni:

"kita menganugerahkan pelbagai hadiah kepada mereka yg melagukan al Quran dengan sedap, kita bagi rm 10 000, bg tiket umrah, dan lain2 lagi. tapi apa yg kita bagi kepada mereka yang mengamalkan al Quran secara sepenuhnya? Qari yg baca sedap dapat hadiah macam2, tapi Syed Qutb yang nak laksanakan alQuran dipenjara dan dihukum gantung…"

Ringkasnya, ramai antara kita yang membaca Quran utk mendapat berkat, tak ramai yang ingin mencari hidayah daripadanya. baca yasin kerana berkat, baca al Quran hari2 pun kerana berkat, tanpa ada sedikit usaha untuk meneliti makna yg terkandung dlm ayat2 tersebut. tanpa kita sedari, kita membaca Quran sambil mengutuk diri sendiri.

Dlm ayat ke2 albaqarah Allah berfirman, mafhumnya:
(kitab itu(alQuran) tiada keraguan padanya, ia menjadi hidayah bagi orang2 yang bertaqwa)
dan dlm 1 lg ayat Quran(lupa ayat surah apa):
(bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Quran, yang menjadi hidayah kepada manusia…)
Moga kita menjadi insan2 yang bertaqwa, yang dapat menjadikan Quran sbg sumber hidayah, insyaAllah…

(copy-paste)kenapa aku diuji?

Kita selalu Bertanya…Dan Al-Quran Sudah Menjawabnya….

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?AL-QURAN MENJAWAB"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?AL-QURAN MENJAWAB"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
AL-QURAN MENJAWAB"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA?AL-QURAN MENJAWAB"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?AL-QURAN MENJAWAB"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?AL-QURAN MENJAWAB"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?AL-QURAN MENJAWAB"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…… "
Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?AL-QURAN MENJAWAB"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TIDAK DAPAT TAHAN!AL-QURAN MENJAWAB"… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
Surah Yusuf ayat 12

PULANGKAN

pulangkan

aku pun lupa kat mana aku dpt benda alah ni… nak release tension boleh la
Sila nyanyi ikut rentak Misha Omar-Pulangkan

Pulangkan..(Lagu PTPTN)

(Ex-Student)Sedikit bunga yang menggodaS
ekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvokau milikku

Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)
Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)
Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)
Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)
(Pegawai PTPTN)Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan kujejakimu ke mana jua
Hingga akhir masa sayang

sajak utk pmiusm

sajak utk PMIUSM
Isnin, September 26th, 2005

ni sajak yg dikirimkan oleh salah seorg muslimat ahli forum alumni pmiupm kat aku, utk aku masukkan dlm egroup pmiusm:

Sajak utk PMIUSM

Buka mata
Perjuangan bukan mainan
Bukan menuntut pimpinan
Bukan sebab kepentingan
Bukan kerna keglamoran
Perjuangan rentetan kesedaranKeinsafan, keimanan, keyakinanY
ang disaluti kepercayaan utuh Pada sinar ad-din yang menyuluh zaman
Jangan berjuang andai gentar akan kecundang
Jangan berjuang andai takut berdepan derita
Jangan berjuang andai gerun dilanda badai
Jangan berjuang andai tak bisa dicerca dan dihina
Jangan berjuang andai keikhlasan dalam perjuangan tidak kau perhalusi
Berjuanglah hanya kerana-Nya
Berjuanglah demi redha-Nya
Walau sebenar keikhlasan itu sukar dicungkil
Sekurangnya kita cekal menyemainya dan menyatukan kesungguhan
Dalam meniti dunia yang tinggi pagar rintangannya
Sahabatku moga kita tahu Makna disebalik sebuah perjuangan!!

Oleh: Nay @ Yalina Insan

HADITH SEBAGAI SUMBER RUJUKAN ISLAM

hadith sbg rujukan

Rabu, Ogos 31st, 2005
kat bawah ni ucapan dari NC USM, dlm satu seminar dulu. sememangnya Rasulullah telah meninggalkan 2 warisan besar kpd kita, kalam Allah dan sunnahnya. warisan yg dua ini andainya ditadabbur, maka kita dpt jadikannya panduan yg cukup lengkap, utk duniawi dan ukhrawi…

HADIS SEBAGAI SUMBER RUJUKAN ISLAMOleh Prof. Dato’ Dzulkifli bin Abdul RazakNaib Canselor USM
(Disesuaikan dari teks ucapan di Majlis Perasmian Seminar Antarabangsa Warisan Al-Hadith pada 8 Julai 2004, di Dewan Budaya USM)
Hadith adalah sumber rujukan utama yang kedua dalam Islam selepas al-Quran. Hadith yang diperlukan dalam memahami isi kandungan al-Quran, menjadikan hadith sebagai sumber rujukan dalam Islam yang tidak dapat dinafikan lagi. Oleh itu usaha-usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk memastikan kepentingan hadith dalam Islam sebagai sumber rujukan tidak tergugat oleh mana-mana faktor. Seminar yang sebegini akan membantu memberi kesedaran kepada masyarakat kepada kepentingan hadith.
Peranan hadith perlu dilihat dalam skop yang lebih luas, dan hadith-hadith nabi ini perlu dikaji dan difahami dalam konteks yang lebih menyeluruh. Ini bertepatan dengan tema seminar ini dalam melahirkan generasi memahami dan menghayati al-hadith.
Rasulullah s.a.w. telah dibangkitkan oleh Allah untuk memimpin umat manusia di dunia ini ke jalan yang selamat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Baginda s.a.w adalah rahmat dari Allah S.W.T. yang tidak ternilai harganya kepada alam semseta ini, sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran dalam surah al-Anbiya’, ayat 107, yang maksudnya, “Dan tidaklah Kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam” (al-Anbiya’: 107)
Sebagai seorang rasul yang diutuskan, darjat ketinggiannya mengatasi pemimpin-pemimpin yang lain. Baginda bersifat ma’sum iaitu terpelihara dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Oleh kerana itu, arah dan tujuan yang dibawanya untuk seluruh umat manusia ini adalah benar dan terjamin. Baginda memimpin umatnya ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. iaitu agama Islam. Kini Baginda s.a.w. sudah tidak ada lagi di dunia ini, tetapi umatnya tetap dijamin tidak akan sesat selama mana mereka berpengang dengan pusaka tinggalannya iaitu al-Quran dan Hadith. Melalui dua sumber utama ini, umat Islam sentiasa terpimpin dalam menghadapi kehidupan di dunia yang penuh dengan cabaran ini.
Sebagai seorang muslim, kita tidak sepatutnya membesar-besarkan dan menyanjung individu yang lain melebihi Rasulullah s.a.w., sekalipun seorang yang dianggap tokoh, kerana mereka tertakluk kepada kekurangan-kekurangan dan kesilapan-kesilapan yang diakibatkan oleh kelemahan diri masing-masing. Pemujaan tokoh dan pendewaan terhadap seseorang tidak seharusnya wujud dalam masyarakat Islam, kerana kecenderungan mengagung-agungkan seseorang tokoh, kadang-kadang boleh membawa kita kepada penyelewengan dalam ajaran Islam.
Dalam menyampaikan ajaran dan perintah-perintah daripada Allah, Rasulullah s.a.w. telah memperlihatkan contoh-contoh teladan untuk diikuti oleh umatnya. Maksud firman Allah S.W.T. dalam al-Quran, surah al-Ahzab, ayat 21,“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”
Menjadi tanggung jawab umat Islam sekarang untuk mengkaji hadith-hadith baginda Rasulullah s.a.w. yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Khazanah ilmu perlu ditambah dan difahami berdasarkan ajaran baginda bersesuaian dengan kehendak semasa. Disamping al-Quran, pengajian hadith juga perlu dijadikan sebagai rujukan dan penggerak kepada penemuan-penemuan baru pada era globalisasi ini. Sejarah membuktikan kepada kita bahawa sarjana-sarjana Islam terdahulu dapat menguasai pelbagai bidang ilmu kerana kesungguhan mereka dalam memikul beban dan tanggung jawab yang difardhukan Allah S.W.T. dalam pengkajian dan penerokaan ilmu pengetahuan. Penemuan dan penciptaan baru dalam apa jua bidang bagi umat Islam bukanlah sesuatu yang sekadar boleh dibanggakan, namun apa yang lebih penting ialah ianya suatu tanggung jawab untuk mengimarahkan kehidupan manusia di muka bumi.
Diharapkan dari seminar ini, yang merangkumi pelbagai tema, pelbagai penemuan baru dapat dikenal pasti dan membuka ruang untuk pengkajian yang lebih menyeluruh dalam bidang hadith. Diharapkan juga dari pembentangan-pembentangan yang akan berlangsung, dapat menambahkan kefahaman kita terhadap hadith serta membaiki mana-mana salah faham kita tentang hadith.
Salah faham tentang peranan hadith sebagai sumber rujukan dalam ajaran Islam sebenarnya adalah fahaman yang salah dan boleh membahayakan masyarakat Islam. Fahaman yang sebegini lahir akibat dari kecetekan pengetahuan pihak-pihak tertentu tentang hadith. Mereka hanya menggunakan pertimbangan akal mereka semata-mata tanpa melihat dengan lebih terperinci dalil-dalil yang berkaitan.
Dengan itu diharapkan seminar sebegini yang menghimpunkan golongan cendikiawan dalam bidang hadith dapat menjadi mekanisma terbaik dalam membetulkan salah fahaman ini.

Tuesday, August 05, 2008

barangan tempatan

Kalau aku melangkah ke dapur kantin sekolah aku, mmg terasa seronok aku lihat bahan2 masakan dan perkakas yg ada kat situ. Kebanyakannya made by bumiputera Islam. Kalau org lain minum Milo, kami minum Smylo, kalau org lain guna sos cili dan tomato Maggi, kami gunakan brand Atikah. Kicap pula berjenama Maju, sementara gas pula dilanggan dari syarikat bumiputera BHPetrogas. Bahan2 masakan pula banyak berjenama Adabi. Kalau pergi ke asrama pula akan dijumpai ubat2 gigi buatan Muslim. Sebenarnya banyak je alternatif bg kita kalau nak bertukar sekurang2nya sbhgn daripada barangan yg biasa kita gunakan, daripada yg non bumis, apatah lagi yg diimport dari luar, terutama barangan US dan Israel yg patut diboikot semampu mgkn, kpd barangan buatan Muslim. Malah barangan buatan Muslim bg aku kebanyakannya tiada beza pun dari segi kualiti berbanding yg non bumis atau yg diimport...

Qasidah Qaradhawi

Qasidah lama Yusuf al-Qaradhawi, Majalah al-Tarbiyyah al-Islamiyyah Baghdad:

Kata mereka:Kebahagiaan terletak pada sikap berdiam diripada malu dan kebekuanhidup bersama ahli keluarga, bukan hidup orang berhijrah dan terusirDengan berjalan di belakang kenderaandalam ketenangan dan langkah yang longlaidengan kamu katakan apa yang dikatakannyatanpa tentangan dan penolakan terhadapmuDengan mengikuti sekumpulan kambingkamu dipimpin, bukan memimpinDengan berteriak untuk setiap penguasa: Hidup kamu…..
Aku berkata:Hidup ini mesti bergerak, bukan diam dan bukannya bekuhidup adalah perjuanganAkan berjuangkah orang yang duduk berpeluk tubuh?Hidup adalah menikmati kelazatan susah, bukan bersedap-sedap dengan tidur nyenyak.Ia adalah membela hak, orang merdeka mana tidak membela haknya?Ia adalah anda merasakan kehinaan itu laksana meminum air nanah.Ia adalah hidup sebagai khalifah di bumi laksana seorang pemimpinboleh berkata ‘NO’ dan ‘YES’, apabila anda mahudengan pandangan yang tajam.”

Saturday, September 15, 2007

eid mubarak

ahlan wasahlan ya ramadhan

***testing

Sunday, November 19, 2006

Quote

bbrp pkr utk difikirkan.....

Kata saidina Umar alkhattab R.A.:
"kita adalah kaum yang dimuliakan dengan sebab Islam. jika kita mencari kemuliaan selain daripada Islam, kita akan dihinakan oleh Islam".

Firman Allah, mafhumnya:
"dan janganlah kamu berasa hina, dan janganlah kamu berasa sedih kerana kamulah orang2 yg berkedudukan tertinggi, jika kamu benar2 org beriman".

kata syeikh ahmad al fatani:
"bermula helah itu bersangatan daripada kuat (strategi dan perancangan lebih perlu diutamakan daripada kekuatan fizikal semata2).
org yg berakal itu beramal dgn apa yg dia tahu dan bertanya apa yg dia tak tahu.
1 drp tanda kematangan ialah amalkan hidup ikut apa yg kita pelajari
kekuatan yg sedikit tapi kalau elok pentadbirannya akan jadi besar

Dustrur Uthmani

di bawah adalah wasiat Sultan uthman bin urtughil (pengasas khilafah uthmaniyyah) kpd anaknya orkhan, yg mana wasiat ini menjadi dustur uthmani, yg dipegang oleh pemerintah2 khilafah uthmani di zaman kegemilangannya. apabila dustur ini diabaikan, maka khilafah menjadi semakin lemah setiap tahun. moga2 kita semua, terutama yg memimpin organisasi, dpt ambil manfaat dari wasiat ini....

"Wahai anakku, jgn kamu sibukkan diri dgn pkr yg tak disuruh ALLAH. jika menghadapi kesulitan dlm masalah hukum, bermusyawarahlah dgn ulama'. wahai anakku, hormatilah org yg taat pdmu, dan berbuat baiklah kpd tenteramu dan jgn diperdayakan syaitan dgn byknya tentera dan hartamu.jgn kau jauhi ahli syariah. kau tahu tujuan kita adalah utk mencari redha Allah, dan sesungguhnya jihad meliputi semua cahaya agama kita di seluruh cakerawala, hingga redha Allah akan turun kpd kita. anakku, kita bukan golongan yg berperang krn nafsu utk berkuasa. hidup kita utk Islam dan utk Islam kita mati.

ketahuilah anakku, sesungguhnya penyebaran Islam dan menyeru kpd hidayah, melindungi kehormatan muslimin, dan harta mrk adalah amanah yg ada di atas lehermu, yg akan Allah tanya nanti.

wahai anakku, aku amat bangga jika kau jd seorg yg adil thdp rakyatmu, berjihad di jalan Allah, dan menyebarkan agama Islam.

ketahuilah anakku, satu2nya jalan kita adalah jalan Allah. tujuan kita adalah menyebarkan agama Allah, bknnya mencari kedudukan dan dunia.
anak2 dan teman2ku, tegakkanlah agama Islam yg tinggi dgn menegakkan jihad. pegang eratlah panji Islam di ketinggian dan kesempurnaan. Allah telah berikan tugas kpd aku yg lemah ini utk menakluki negeri2. pergilah dgn kalimat tauhid ke negeri yg plg jauh dgn jihad kalian di jalan Allah. barangsiapa lari dari kebenaran dan keadilan, maka dia takkan dapat syafaat Rasulullah s.a.w. kelak.
wahai anakku, xde manusia yg tak dijemput maut. kini aku tlh mendekati maut sesuai dgn perintah Allah. aku serahkan negara ini pdmu, maka berlaku adillah.....

Wednesday, November 15, 2006

HADIS SEBAGAI SUMBER RUJUKAN ISLAM
Oleh Prof. Dato’ Dzulkifli bin Abdul RazakNaib Canselor USM(Disesuaikan dari teks ucapan di Majlis Perasmian Seminar Antarabangsa Warisan Al-Hadith pada 8 Julai 2004, di Dewan Budaya USM)

Hadith adalah sumber rujukan utama yang kedua dalam Islam selepas al-Quran. Hadith yang diperlukan dalam memahami isi kandungan al-Quran, menjadikan hadith sebagai sumber rujukan dalam Islam yang tidak dapat dinafikan lagi. Oleh itu usaha-usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk memastikan kepentingan hadith dalam Islam sebagai sumber rujukan tidak tergugat oleh mana-mana faktor. Seminar yang sebegini akan membantu memberi kesedaran kepada masyarakat kepada kepentingan hadith. Peranan hadith perlu dilihat dalam skop yang lebih luas, dan hadith-hadith nabi ini perlu dikaji dan difahami dalam konteks yang lebih menyeluruh. Ini bertepatan dengan tema seminar ini dalam melahirkan generasi memahami dan menghayati al-hadith. Rasulullah s.a.w. telah dibangkitkan oleh Allah untuk memimpin umat manusia di dunia ini ke jalan yang selamat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Baginda s.a.w adalah rahmat dari Allah S.W.T. yang tidak ternilai harganya kepada alam semseta ini, sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran dalam surah al-Anbiya’, ayat 107, yang maksudnya, “Dan tidaklah Kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam” (al-Anbiya’: 107)Sebagai seorang rasul yang diutuskan, darjat ketinggiannya mengatasi pemimpin-pemimpin yang lain. Baginda bersifat ma’sum iaitu terpelihara dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Oleh kerana itu, arah dan tujuan yang dibawanya untuk seluruh umat manusia ini adalah benar dan terjamin. Baginda memimpin umatnya ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. iaitu agama Islam. Kini Baginda s.a.w. sudah tidak ada lagi di dunia ini, tetapi umatnya tetap dijamin tidak akan sesat selama mana mereka berpengang dengan pusaka tinggalannya iaitu al-Quran dan Hadith. Melalui dua sumber utama ini, umat Islam sentiasa terpimpin dalam menghadapi kehidupan di dunia yang penuh dengan cabaran ini. Sebagai seorang muslim, kita tidak sepatutnya membesar-besarkan dan menyanjung individu yang lain melebihi Rasulullah s.a.w., sekalipun seorang yang dianggap tokoh, kerana mereka tertakluk kepada kekurangan-kekurangan dan kesilapan-kesilapan yang diakibatkan oleh kelemahan diri masing-masing. Pemujaan tokoh dan pendewaan terhadap seseorang tidak seharusnya wujud dalam masyarakat Islam, kerana kecenderungan mengagung-agungkan seseorang tokoh, kadang-kadang boleh membawa kita kepada penyelewengan dalam ajaran Islam.Dalam menyampaikan ajaran dan perintah-perintah daripada Allah, Rasulullah s.a.w. telah memperlihatkan contoh-contoh teladan untuk diikuti oleh umatnya. Maksud firman Allah S.W.T. dalam al-Quran, surah al-Ahzab, ayat 21,“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” Menjadi tanggung jawab umat Islam sekarang untuk mengkaji hadith-hadith baginda Rasulullah s.a.w. yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Khazanah ilmu perlu ditambah dan difahami berdasarkan ajaran baginda bersesuaian dengan kehendak semasa. Disamping al-Quran, pengajian hadith juga perlu dijadikan sebagai rujukan dan penggerak kepada penemuan-penemuan baru pada era globalisasi ini. Sejarah membuktikan kepada kita bahawa sarjana-sarjana Islam terdahulu dapat menguasai pelbagai bidang ilmu kerana kesungguhan mereka dalam memikul beban dan tanggung jawab yang difardhukan Allah S.W.T. dalam pengkajian dan penerokaan ilmu pengetahuan. Penemuan dan penciptaan baru dalam apa jua bidang bagi umat Islam bukanlah sesuatu yang sekadar boleh dibanggakan, namun apa yang lebih penting ialah ianya suatu tanggung jawab untuk mengimarahkan kehidupan manusia di muka bumi. Diharapkan dari seminar ini, yang merangkumi pelbagai tema, pelbagai penemuan baru dapat dikenal pasti dan membuka ruang untuk pengkajian yang lebih menyeluruh dalam bidang hadith. Diharapkan juga dari pembentangan-pembentangan yang akan berlangsung, dapat menambahkan kefahaman kita terhadap hadith serta membaiki mana-mana salah faham kita tentang hadith. Salah faham tentang peranan hadith sebagai sumber rujukan dalam ajaran Islam sebenarnya adalah fahaman yang salah dan boleh membahayakan masyarakat Islam. Fahaman yang sebegini lahir akibat dari kecetekan pengetahuan pihak-pihak tertentu tentang hadith. Mereka hanya menggunakan pertimbangan akal mereka semata-mata tanpa melihat dengan lebih terperinci dalil-dalil yang berkaitan. Dengan itu diharapkan seminar sebegini yang menghimpunkan golongan cendikiawan dalam bidang hadith dapat menjadi mekanisma terbaik dalam membetulkan salah fahaman ini.