.::biCaRa ibNu hAsaN::.

Tuesday, October 07, 2008

Antara berkah dan hidayah..

antara berkah dan hidayah

teringat aku kat kata2 ustaz ellias (ex pengarah pusat islam usm) masa kuliah subuh 17 ramadhan kat masjid al malik khalik(masjid usm) baru2 ni:

"kita menganugerahkan pelbagai hadiah kepada mereka yg melagukan al Quran dengan sedap, kita bagi rm 10 000, bg tiket umrah, dan lain2 lagi. tapi apa yg kita bagi kepada mereka yang mengamalkan al Quran secara sepenuhnya? Qari yg baca sedap dapat hadiah macam2, tapi Syed Qutb yang nak laksanakan alQuran dipenjara dan dihukum gantung…"

Ringkasnya, ramai antara kita yang membaca Quran utk mendapat berkat, tak ramai yang ingin mencari hidayah daripadanya. baca yasin kerana berkat, baca al Quran hari2 pun kerana berkat, tanpa ada sedikit usaha untuk meneliti makna yg terkandung dlm ayat2 tersebut. tanpa kita sedari, kita membaca Quran sambil mengutuk diri sendiri.

Dlm ayat ke2 albaqarah Allah berfirman, mafhumnya:
(kitab itu(alQuran) tiada keraguan padanya, ia menjadi hidayah bagi orang2 yang bertaqwa)
dan dlm 1 lg ayat Quran(lupa ayat surah apa):
(bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Quran, yang menjadi hidayah kepada manusia…)
Moga kita menjadi insan2 yang bertaqwa, yang dapat menjadikan Quran sbg sumber hidayah, insyaAllah…

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home