.::biCaRa ibNu hAsaN::.

Tuesday, October 07, 2008

Siapa yg kau malukan?

siapa yg kau malukan???Rabu, Disember 28th, 2005

Hjg minggu lps, aku ada handle satu prgm reunion shbt2 aku bekas aktivis pmiusm… mmg kalut betul, dlm 10 hari, dgn ajk hanya berempat, nak buat satu prgm yg menyatukan kembali shbt2 yg berada di merata2 di seluruh negara… kehadiran seperti dijangka takdelah ramai sangat, tak sampai seratus pun, tapi alhamdulillah sbg permulaan ia sudah pun mencukupi…
tapi bukan itu yg aku nak cakapkan kat sini, tapi kata2 dari dua org shbt yg tak menghadiri perjumpaan tersebut:

"akak malu la nak pergi reunion ni. akak bukan lagi bertudung bulat macam dulu. nanti org lain tgk semacam je. tapi akak masih lagi berjuang sebenarnya"

"ana taknak pergilah, nanti apa kata adik2 tengok ana berpakaian bukan macam dulu lagi…"
heh, ada bbrp pkr bermain di minda aku saat mendengar kata2 mereka berdua ni:

1. tak kisah samada kita bertudung bulat ke, bertudung wardina ke, bertudung mawi sekalipun, asalkan ia sudah cukup untuk menutup aurat kita.. tak semestinya jika kita tak bertudung bulat, kita tak menutup aurat sepenuhnya. on contrary, mereka yg bertudung bulat, tapi tak jaga baik2 masa berjalan, naik motor, beriadah dll juga mgkin tak dikira menutup aurat sepenuhnya…

2. kalau tak bertudung bulat tapi memakai tudung yg cukup utk menutupi aurat sepenuhnya, kenapa harus malu walaupun ia berbeza dgn penampilan kita selama ni? asalkan tak melanggar syariat ok je.. tapi kalau mmg ia dah langgar syariat, bukan hanya patut malu utk pi reunion, malu dgn adik2, tapi patutnya lbh malu dgn Rabbul Izzati yg berada di samping kita setiap masa.

3. baguslah kalau kita istiqomah dlm berjuang. tapi harapnya kita juga istiqomah dlm menjaga syariat.

4. kehidupan di kampus mgkn tak sama dgn kehidupan kita di luar. kdg2 di luar kita tak dpt ‘jaga’ sptmana kita ‘jaga’ di dlm kampus, smaada dari segi pakaian, pergaulan dll. maka kita kena pandai2 cari alternatif dan kena banyak berfikir dlm mencari jalan menjaga agar tak langgar syariat. di luar kampus, kdg2 kita tak blh stick dgn hukum ‘azimah(hukum asal), ada masa kena guna juga rukhsah(keringanan), terutama bila bermuamalah dgn yg krg faham….

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home