.::biCaRa ibNu hAsaN::.

Tuesday, October 07, 2008

SYUKUR

Suatu hari seorg lecturer dgn machonya memanggil student2nya ke kereta mercedes barunya… dia pun buka bonet kereta, maka terlihatlah akan student2nya akan timbunan buku yg byk, ada yg tebal, ada yg nipis… maka lecturer yg bertitle Dr tu pun bg la buku dia tu sesuka hati(sbb buku tu mmg milik dia) kat semua student2nya, ada yg dpt buku tebal, ada yg dapat buku nipis.
Maka student2 yg dapat buku yg tebal pun berkata dgn bangga: "huahhaha, Dr mmg sayang kat aku", atau kata2 yg sewaktu dgnnya. Manakala bbrp student2 yg dpt buku yg nipis lak kata:"ish2, apa salah aku, hingga Dr membeza2kan aku dgn yg lain?", atau yg hampir waktu dgnnya.

Lps settlelah pembahagian buku2 tersebut, berwasiatlah si lecturer td, dgn titahnya: "minggu depan ada test, student2 akan dpt soalan2 yg berbeza, kerana soalan yg akan ditanya adalah berdasarkan isi dlm buku masing2". Maka terkejutlah mereka yg dpt buku yg tebal, sambil mencelakoikan Dr itu dlm hati, sedang mereka yg dapat buku tebal tersenyum gembira, "nasib baik, tak perlulah aku baca banyak sangat".

Inilah analogi yg boleh kita buat, bagi nikmat yg kita dapat. Kisah ini selari dgn apa yg Allah bgtahu dlm surah alfajr, mafhumnya:

(Maka adapun insan itu apabila diuji dengan kurniaan nikmat yang banyak, maka dia berkata "Tuhanku memuliakan aku". Dan apabila diuji dan dikurangkan rezekinya, maka dia berkata "Tuhanku menghinakan aku".

Kadang2 kita terleka dgn nikmat yg banyak, tanpa kita sedari bahawa semakin banyak nikmat yang diberi, semakin banyak soalan yg Allah akan soal di akhirat kelak. Semoga kita tak dilalaikan oleh pelbagai nikmat yg dikurniakan kepada kita. Semoga nikmat yg diberi dapat disyukuri sebaiknya, melalui rasa syukur yg terpahat dlm hati, rasa syukur yg terungkap dgn lisan, dan menggambarkan kesyukuran dgn amalan2 kebaikan serta meninggalkan apa yg terlarang, insyaAllah…

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home