.::biCaRa ibNu hAsaN::.

Tuesday, October 07, 2008

Talking 'bout maut

Selasa, September 26th, 2006

Agak lama blog ini lengang, agak lama juga aku tak mengacau inbox members friendsters dgn "Ibnuhasan has updated his friendster blog". Kesibukan dan keuzuran membataskan masaku.
Ketika aku pulang ke K.Bharu hjg minggu lps, 2 org jiran aku baru sahaja meninggal. Seorgnya pakcik yg duduk depan rumah aku, berusia 70 thn lbh, dan seorang lg ialah jiran selang 3 rumah, gadis berusia 28 tahun.
Pakcik ini seperti jiran2ku yg lain juga, namun ada satu perkara yg istimewa ttg dirinya di taman tmpt aku tinggal itu, kerana dialah org yg banyak berjasa menjaga segala fasiliti serta memperbaiki surau kat taman itu. Maka selagi surau itu digunakan orang, harapnya ada bekalan pertolongan yg dihantar kpdnya dlm menghadapi alam slps kematian.
Jiran aku yg seorang lg, walaupun berusia 28 thn, namun kerana dari kecil menghidap penyakit jantung, maka dirinya kelihatan macam baru berada di tingkatan 1 atau 2. Tapi ketabahannya menghadapi penderitaan selama 28 tahun ini cukup mengkagumkan, begitu juga dgn kesabaran ibu bapanya dlm menjaganya. Aku baru diuji sedikit bulan ni, sudah terasa berat dan kuat mengeluh, betapa lemahnya diri ini…
Sepanjang 26 tahun aku berada di muka bumi, aku sudah beratus kali melihat mayat yg terkujur kaku. Bermula dari umurku 2 thn setengah, melihat ayah tidur di atas kerusi besi usang menunggu utk dimandikan, aku telah melihat pelbagai jenis mayat dan pelbagai jenis kematian. Kematian ini, samada kita hendak ataupun tidak, tetap akan datang. Masanya tidak dapat ditangguhkan lagi, kerana semuanya sudah tersurat sejak azali(ada juga ulama berpendapat ajal maut mgkn dapat berubah dgn doa, wallahu aalam).
Maka, jika kita sudah sedar yg kita pasti akan mati, dan masa mati kita sudah ditetapkan, bagaimana cara mati yg kita nak? Adakah mati dlm memperjuangkan Islam atau mati dlm melawan Allah? Adakah mati di dalam kelalaian lebih baik berbanding mati dizalimi kerana ingin mempertahankan akidah umat Islam?
Aku menulis artikel kali ni sebenarnya dlm keadaan dilema. Antara semangat mempertahankan agama dgn ketakutan akan risiko2, antara kebenaran dgn kesukaan aku akan perkara2 dunia. Terasa berat memikirkan penderitaan yg akan dialami nanti. Lemahnya iman aku ini… Terasa kagum aku melihat mereka di sekeliling aku yg sanggup mengabaikan dunia, sdgkan aku masih diselimuti penyakit al wahn, sukakan dunia dan takutkan mati. Namun aku masih berharap, yg aku akan dapat ubati penyakit ini, moga2 ajalku tiba masa aku tegak berdiri dlm menegakkan kalimah Allah…

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home