.::biCaRa ibNu hAsaN::.

Tuesday, October 07, 2008

dari Khutbah Jumaat

Dari Khutbah Jumaat
Jumaat, Oktober 6th, 2006

Tadi kat masjid berhampiran sekolah aku khutbah jumaat yg disampaikan agak menarik. Menarik dari segi penyampaian, tapi sadis apabila difikirkan pengajarannya. Betapa kalau tak berhati2, negara kita mgkn akan menuju masalah kerosakan akhlak, malah kerosakan akidah yg semakin besar dlm sedikit masa lagi.
Malas aku nak hurai isi khutbah yg pjg lebar td pjg2. Cuma seperti apa yg khatib yg juga bapa kpd pelajar aku ni cakap, aku pun hairan mcmmana menteri2 yg bijaksana blh menolak pandangan bbrp org mufti ttg haramnya kongsi raya. Kalau dulu berkongsi raya dgn Tahun Baru Cina sudah menjadi satu kesalahan besar walaupun ia adalah perayaan budaya bukan agama, kerana keraian selepas sebulan melawan nafsu di bulan Ramadhan tidak sepatutnya disamatarafkan dgn perayaan ciptaan manusia. Inikan pula berkongsi raya dgn perayaan agama seperti Deepavali. Namun menteri2 ini menyangkakan mrk lbh pakar berbanding mufti2 ini dlm bab agama, maka perayaan DeepaRaya tetap digalakkan oleh mereka. Ini secara sedar atau tidak, telah menggembirakan golongan yg pro kpd pluralisme agama, yg mengatakan semua agama itu sama.
Khatib juga menyebutkan ttg masalah iklan dan filem dlm TV yg melanggari syariat, malah banyak yg berbaur lucah. Malah Ustaz ni mengatakan hampir setiap hari pasti ada adegan bercium di dlm tv (yg ni aku tak pasti, aku jarang tgk tv. Dlm 4,5 thn ni payah sikit aku nak terjumpa TV, kecuali apabila pulang ke K.Bharu).
Disentuh jg pelbagai adegan yg melanggari syariat, samada krn adegan lucahnya atau kerana adegan yg memaparkan ttg Islam secara tidak sepatutnya dlm filem2 malaysia seperti Gubra, Sepet dan Remp-it (tiga2 aku blm tgk, tapi apa yg disebutkan oleh khatib ni hampir sama dgn apa yg disebutkan oleh pengulas filem dan surat pembaca di dlm akhbar). Di dlm Gubra (ke sepet?) dipaparkan ttg pdgn bahawa pelacuran itu bukanlah sehina mana. Ini sesuai dgn pdgn mereka (yg antara pendokongnya Marina Mahathir) yg memperjuangkan hak golongan pelacur, supaya mereka tidak dipanggil pelacur tapi pekerja seks, yg layak mendapat kwsp, Socso dan pelbagai faedah lain spt pekerja2 biasa.
Selain itu dipaparkan juga seorg bilal (yg scr tersiratnya dianggap mewakili golongan beragama) yg seolah2 redha dgn jirannya yg melakukan pelacuran. Masa dulu2 pun, dlm banyak drama yg pernah aku tgk, banyak dipaparkan ttg mereka2 yg mewakili golongan beragama yg mempunyai sikap buruk seperti hipokrit, ekstrem dlm beragama, menyesatkan orang, panas baran, berkahwin ramai dan mengabaikan isteri, dan lain2.
Selain itu, adegan yg memaparkan watak beragama Islam bertaubat di masjid, yg beragama Buddha bertaubat di tokong, dan yg Hindu bertaubat kat kuil dengan dipaparkan kata2 yg berbunyi lbh krg (setakat aku ingat): "Terdapat banyak lampu, tetapi semuanya memancarkan cahaya yg sama". Ayat ini selari dgn ayat "Ada banyak agama, tapi semuanya menyembah Tuhan yg sama", dan selari dgn kata2 Gus Dur ex Pres.Indonesia yg jg menyokong pluralisme agama, yg bunyinya lbh krg: "Ada pohon, yg kalau jauh nampak macam 1, tapi kalau dari dekat sebenarnya terdapat banyak pohon, tapi sebenarnya ianya pohon yg sama".
Khatib juga menyebut ttg peliknya perlaksanaan undang2 negara kita yg dikatakan negara Islam, mereka yg membuat pertubuhan yg tak berdaftar bernama IFC, yg membuat perjumpaan haram, mereka yg terlibat langsung tak dikenakan apa2 tindakan, tapi mereka yg membantah perjumpaan itu dlm keadaan aman demi menghalan cubaan menjatuhkan Islam pula yg disabitkan kesalahan.
Banyak lg lah yg disebutkan dlm khutbah td, tapi tak larat aku nak tulis. Tadi slps Jumaat kat belakang masjid Sekretariat Dakwah Penang ada jual terjemahan 30 juzuk Quran dgn harga rm5, khas utk pembeli hadiahkan kpd non muslim supaya mereka lbh memahami Islam dan tak lg salah faham. Satu usaha yg cukup baik yg patut dipuji dan digalakkan. Tapi kalau kita renung kpd diri kita, kita mgkn kenal seorg dua non muslim, tapi setakat mana kita berusaha utk memperbaiki pdgn mrk ttg Islam. Kesian mereka, tidak kita berikan peluang utk mrk lbh mengenali Islam

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home