.::biCaRa ibNu hAsaN::.

Tuesday, October 07, 2008

Doa Seorang Isteri

doa seorg isteri
Jumaat, April 28th, 2006

Doa seorg akak yg aku hormati, kpd cik abgnya yg aku segani…

DOA SEORANG ISTERI

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental & fisikal
Kau kurniakanlah aku dgn sifat keredhaan
Kau peliharalah lidah ku dari kata2 nista
Kau kuatkanlah semangat ku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ni adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan & keyakinan utk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ni adalah suami yg akan membimbing tgn ku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih & redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ni adalah bidadara utk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk & tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ni adalah yg terbaik utk ku di Dunia MuPeliharalah tingkah laku serta kata2 ku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ni jodoh yg d rahmati oleh MuBerilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah & ragamnya

Tapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ni d takdirkan bukan utk diri ku seorang
Kau tunjukkanlah aku jln yg terbaik utk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dgn keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu utk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku utk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ku
Kau juga yg Maha Mengampuni segala kesilapan & ketelanjuran ku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jln yg Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dlm tanggungjawab ku sbg isteri
Kau hukumlah aku d dunia tapi bukan d akhirat Mu
Sekiranya aku engkar & derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjuk Mu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah
Kuatkan hati & semangat ku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yg di senangi suami
Bukakanlah hati ku utk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya pada Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dgn dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dgn keindahan dunia mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Ya Tuhan ku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yg di rahmati
Isteri yg di kasihi
Isteri yg solehah
Isteri yg sentiasa di hati
Amin,amin Ya Rabbal Allamin..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home