.::biCaRa ibNu hAsaN::.

Tuesday, October 07, 2008

Awlawiyyat

Kadang2, kita terlalu mengutamakan perbahasan perkara2 cabang yg berlaku kekhilafan antara ulama, sedangkan kita melupakan/meninggalkan ingatan kita terhadap pkr2 yg lbh awla…

Aku teringat masa penjajahan British di India+Pakistan(sblm wujud negara Pakistan yg merdeka) dulu, Muslim di sana sibuk membahaskan ttg soal kedudukan dan keadaan jari telunjuk masa tahiyyat. Perbahasan ni bukan kecil2an, malah menyebabkan pergaduhan dan perpecahan, sedangkan pada masa itu perpaduan cukup2 diperlukan utk memerangi kuffar yg menindas org2 Islam.

Begitu juga skrg ni, ramai yg sibuk membicarakan sampai berpecah2 ttg qunut dlm solat subuh, berwirid beramai2 slps solat jemaah, tahlil dll… ramai lak yg ikut suka hati dia melabelkan dia ni dlm golongan ni, dia tu dlm golongan tu, siap ada berlaku perbuatan kafir mengkafir pulak.
Bg aku, dlm perkara khilaf ni terpulanglah kpd individu tu masing2, kalau dia bermazhab syafi’e nak berqunut semasa solat subuh, qunutlah, kalau dia bermazhab maliki, atau ingin mengikut pdgn isteri Rasulullah s.a.w., ummu salamah (yg mengatakan qunut subuh bida’ah) atau ibnu abbas(yg mengatakan tidak wujud qunut masa subuh), terpulanglah. Nak berwirid ramai2 kerana rasa tak reti nak wirid sorg2, atau rasa malas jika wirid sorg, atau taknak wirid ramai2 kerana mendakwa tiada hadith sahih yg sorih menjelaskan ttg wirid secara beramai2, terpulanglah kpd masing2.

Satu lagi yg aku tgk, kdg2 kita duk menumpukan/menyalahkan org yg sudah solat ttg solat mereka, kedudukan tgn masa fatihah tak kenalah, keadaan jari telunjuk masa tasyahhud tak betullah, tapi kita mengabaikan teguran kpd mereka yg masih blm solat.

Aku melihat, byk perkara yg perlukan penilaian semula dari sudut awlawiyyatnya

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home