.::biCaRa ibNu hAsaN::.

Tuesday, October 07, 2008

Kisah Dari Chetok

Aku teringat ttg kisah yg mak aku ceritakan dulu, berkenaan seorg ulama yg tinggal di kampungku Chetok, Pasir Mas bernama Hj Hassan. Beliau merupakan anak murid kpd Tuk Kenali, antara ulama plg terkenal dlm sejarah Kelantan.

Mengikut cerita mak aku, Hj Hassan ni mmg org yg banyak ilmunya, dan banyak pula amalnya. Suatu hari, ada seorg insan yg berniat ingin mencuri di rumah beliau, tapi apabila sampai di halaman rumah, insan yg ntah apa ke namanya ni melihat secara tiba2 2 ekor harimau muncul dan beraksi seolah2 sdg menjaga rumah tersebut, menghentikan terus niat si pencuri ni. Pd petangnya, dgn rasa inquiri tanpa niat utk mencuri lg, dia pergi sekali lg ke rumah Hj Hassan, dan apabila puas mencari2, tiada dilihat sbrg bulu harimau di situ (org dulu2 kata, kalau ianya jin berupa harimau belaan, maka akan ada bulu2 harimau yg jatuh di situ, Wallahu aalam).
Melihatkan hal ini, si pencuri td dgn rasa insaf berjumpa hj hassan dan menceritakan segalanya. Yg peliknya, Hj Hassan itu sendiri tidah tahu menahu ttg kewujudan harimau tersebut.

Heh, itu cerita muqaddimah ttg Hj Hassan, yg aku nak ceritakan kali ni sbnrnya ttg peristiwa slps kematian beliau. Sehari slps kematian beliau, mak aku yg rapat dgn allahyarham, bermimpi melihatnya di tepi sungai yg cantik, tapi mukanya agak sedih. Dia berpaling kpd mak aku yg pd masa itu berumur 19 tahun dan bertanya, “Pak Wok ada mari ko?”. Slps tu, mak aku terus tersedar dari tidur.

Maka pagi keesokannya mak aku terus memberitahu isteri Hj Hassan ttg mimpi tersebut. Maka jenuhlah juga mereka mencari Pak Wok, baru akhirnya berjumpa. Setelah bertanyakan Pak Wok ttg apa yg blm selesai antaranya dan Hj Hassan, Pak Wok berkata: “Dulu Tue Aji ada hute beras, sapa skare tok baya lagi. Tapi lo ni kiro ambo halallah (dulu tuan haji ada membeli beras dgn saya secara berhutang, sampai sekarang dia tak bayar lagi. Tapi sekarang saya halalkan sajalah hutang tu)”

Malam tu, mak aku bermimpi lagi. Ketika dia memasuki rumah Tuan Haji tersebut, dia melihat ramai ulama2 dan org2 kampung sedang mengelilingi Tuan Haji. Apabila Tuan Haji melihat mak aku, dia tersenyum, seolah2 memberitahu yg mak aku dah jalankan tugas dgn baik (tugas cari Pak Wok laa..)

Apa yg nak ditekankan kat sini, pentingnya kita ambil berat ttg hutang2 kita, begitu juga ttg barang2 yg kita gunakan yg sbnrnya milik kawan2 atau harta awam. Hutang blh menyebabkan amalan kebaikan yg kita lakukan tergantung2. Maka berhati2lah dlm berhutang, kerana hutang wajib dibayar, sekalipun tidak dituntut oleh pemiutang, melainkan jika si pemiutang halalkan…

IN MEMORY OF HJ HASSAN BIN HJ ABD RAHMAN BIN HITAM (1902-1958)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home