.::biCaRa ibNu hAsaN::.

Tuesday, October 07, 2008

nyanyuk

uban mengingatkan aku…
Sabtu, November 18th, 2006

Dlm sebulan ni dah 10 helai uban aku bebudak ni temui. Ceh, rasa macam muda bergaya lg, mcmmana blh ada sebegitu banyak uban. Tapi alhamdulillah, walaupun uban banyak, aku tak pelupa/nyanyuk mcm ms aku kecik2 dulu…
Harapnya masa aku tua nanti takdelah aku kena penyakit nyanyuk, aku takut nanti aku menyusahkan ramai org kalau dah nyanyuk. Tapi kalau melihat perkembangan dlm negara kita, rasanya mcm ramai je yg kena penyakit nyanyuk, tak kira tua tak kira muda. Dia yg menjadikan negara kita negara polis kemudian apabila dia dah tak berkuasa dia salahkan pemimpin slpsnya, dia yg buat OSA(akta rahsia rasmi), tangkap org ikut suka2 hati, then dia salahkan pemimpin slpsnya yg tak bg kebebasan bersuara, masa zaman dia berapa ramai yg dilindunginya daripada tuduhan rasuah, then dia salahkan pemimpin slpsnya ttg peningkatan kadar rasuah. Dah la tu, dulu dia jugakla yg bersungguh melindungi Iron Lady Malaysia daripada tuduhan rasuah yg dah hampir2 sangat nak dibawa ke mahkamah, then skrg dia pula memerangi Iron Lady yg dia sayangi tu berbekalkan isu AP. Dia utarakan ungkapan ‘Melayu Mudah Lupa’ tapi malangnya dia sendiri yg mudah lupa akan segalanya.
Ada pulak pemimpin muda kita ni kata, BPR tak blh nak dakwa ahli2 politik yg dituduh rasuah dlm parti sbb itu urusan parti, dan parti ni berdaftar dgn sah. Aku taklah reti sangat bab2 ni, tapi setahu aku banyak je syarikat2 yg sah berdaftar yg mana pegawai2nya kena tuduh rasuah, samada rasuah itu berkaitan urusan luar syarikat, ataupun ttg urusan dalaman syarikat. Adakah BPR bersalah jika mendakwa pegawai2 yg terlibat dgn rasuah berkaitan urusan dalaman syarikat? Adakah BPR sepatutnya menyerahkan urusan penghakiman kpd Tribunal Siasatan/Lembaga Tatatertib/Lembaga Pengarah syarikat tersebut semata2?
Ada pulak seorg pemimpin kita skrg mengutuk bekas pemimpin negara yg dahulunya bosnya, sdgkan dulu, tak blh org cuit sedikit bosnya tentu dia melenting. Dulu dialah tukang ampu, skrg dia jd tukang kutuk pulak. Macam2 ada.
Tak larat dah nak tulis banyak2 kisah org2 nyanyuk dan pelupa ni…

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home