.::biCaRa ibNu hAsaN::.

Monday, October 27, 2008

Satu Lg Peringatan

satu lg peringatan.. Al fatihah
Khamis, Januari 25th, 2007

Rasulullah ada bersabda: "Lazimkanlah dirimu mengingati penghapus kelazatan, iaitu mati".
Melihat dan mendengar sesuatu khabar kematian memang boleh menyedarkan kembali kita yg terleka, bahawa kubur sedang memanggil kita (boleh menyedarkan seandainya hati kita tidak terlalu keras, kalau dah keras diri sendiri nak mati pun duk ingat dunia lagi). Kerana itu kita digalakkan utk sentiasa mengunjungi perkuburan, bagi memberi sedikit rasa keinsafan, walaupun di kawasan perkuburan itu tak ada satu pun kubur saudara mara terdekat kita.
Mati ini tak mengira usia. tua atau muda, yg sakit atau sihat, kalau dah sampai ajalnya, maka tiada siapa yg dapat menghalangnya. Aku telah melihat mayat manusia sejak aku berumur 2 setengah tahun lagi. Aku melihat sekujur tubuh sedang berehat di atas kerusi buruk berwarna warni di rumahku. "Ayah sedang tidur", mgkin itulah kata hatiku pd waktu itu. Pagi itu aku rasa gembira sbb ramai org datang termasuk sepupu2 aku, tanpa menyedari hari itu aku akan berpisah dgn ayah.

Semasa di USM pun banyak kali juga aku sempat bersama2 solat jenazah di masjid USM dgn jemaah yg lain, samada jenazah staf, students atau penduduk qaryah masjid. Ini termasuklah jenazah sahabat aku sedesasiswa, sahabat seexco dalam MPD Indah Kembara(MPDIK), juga satu course dgn aku, Mohd Adham @ Badang yg meninggal ogos 2004 yg lalu. Teringat lg kata2nya dulu, semasa kami dlm dewan kuliah (lecturer duk mengajar kat depan, kami sembang kat belakang, baguih duk ada): "aku belajar ni saja nak dptkan sijil je. lps grad aku nak teruskan bisnes aku dan tolong keluarga aku". Namun Allah lebih sayangkannya…
Kelmarin, aku mendapat tahu ttg satu lagi khabar yg mengejutkan. Selepas call ke sana sini, kini makin pasti bahawa seorg lg rakan seMPDIK aku, Nazuin Suria Fadzil @ Awin, telah meninggal dunia kerana penyakit Tibi. Moga2 rohnya dicucuri rahmat dari Allah.
Daripada 24 org exco, 2 org telah meninggal dunia, masing2 dlm umur yg masih muda. Bila pula masa 22 org yg lain, bila pula sampainya masa aku, hanya Allah yang lbh mengetahui. Moga2 apabila tiba saat itu aku berada dlm keadaan yg terbaik utk meninggalkan dunia ini. Bimbang juga aku kerana aku rasa kdg2 aku ni macam lagha je.

Bulan lps beberapa kali aku rasa sakit kat dada sblh kiri aku, bimbang juga kerana ayah dan abang sulungku kedua2nya meninggal dunia kerana sakit jantung mengejut, dan ibuku juga pernah koma seminggu semasa aku exam 1st year 1st sem kerana sakit jantung. kalaulah aku mati mengejut nanti, cukup ke tak amalan aku agaknya?? Wallahu aalam. Cuma kepada sahabat2 yg membaca penulisanku ini, maafkanlah segala kesalahan aku, moga aku mati dlm keadaan tak tersangkut kesalahan dgn sesiapa…

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home