.::biCaRa ibNu hAsaN::.

Monday, October 27, 2008

SPM 06 #2

SPM 06 #2
Selasa, Mac 20th, 2007

Tahun 1995 dahulu pernah muncul nama 3 org pelajar Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) di dada2 akhbar kerana mereka adalah antara 15 org pelajar SPM seluruh Malaysia yg mendapat 10 A1 (pada waktu itu belum dijalankan persijilan terbuka, para pelajar kebanyakannya mengambil 10 subjek sahaja). Setahun kemudian muncul lagi seorg pelajar MMP yg mendapat 10 A1 dalam SPM.
Tapi selepas itu, tiada lg berita ttg kecemerlangan pelajar dari sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK). Benarkah tiada lg pelajar cemerlang dari YIK selepas itu? Atau berita ttgnya sengaja tak disiarkan? Mgkn 9A1 1A2 yg diperolehi seorg kawanku di Maahad Muhammadi Lelaki (MML) pd SPM 97 bukan cukup baik, begitu juga dgn 5 org sahabat MML sebatch dgn aku pd SPM 98 yg mendapat 8A1.
Tapi aku rasa kejayaan mendapat 11A1 oleh pelajar MML 2,3 thn lps, juga 14A1 pd tahun lps boleh dikatakan amat cemerlang. Prestasi beberapa sekolah YIK juga memberangsangkan sejak beberapa tahun lps. Namun tiada sebarang berita langsung ttgnya.
Pd tahun ini, beberapa org pelajar MMP mendapat kejayaan cemerlang, seorg mendapat 17 1A, 1 2A, seorg mendapat 15 1A, 2 2A dan seorg mendapat 12 2A, 5 2A. Manakala daripada pelajar sekolah YIK lain, 3 org mencatat keputusan 15 A, seorg 14 A, dan 7 org mendapat 13 A. Keputusan sekolah MML, MMP dan Ahmadi Tanah Merah juga cukup cemerlang. Ada sebarang berita ttgnya? Aku tak pasti kalau aku terlepas pandang, tp setahu aku hanya nama Siti Fatimah (17 1A, 1 2A) sahaja yg terpampang di muka akhbar. Adakah laporannya sehebat nur amalina dulu? rasanya jauh berbeza. Kenapa? Adakah ini satu daripada langkah utk menenggelamkan kehebatan pelajar sekolah agama negeri dan sek agama rakyat? Wallahu aalam…

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home