.::biCaRa ibNu hAsaN::.

Sunday, September 03, 2006

MERDEKA

Selamat Hari Kebangsaan, selamat ulangtahun kemerdekaan. Tapi jangan bergembira hanya dgn kebebasan dari penjajahan fizikal, sedangkan anak2 muda harapan negara masih terbelenggu dgn budaya barat, bukan salah meraikan ulangtahun kemerdekaan, tapi biarlah kena pd tempat... Adakah hedonisme itu melambangkan kemerdekaan? Adakah aku termasuk dlm kalangan mereka yg bersalah, kerana tiada usaha mengislahkan keadaan? Ntahla labu...

2 minggu 4 buku #1

Itulah cita2 aku, nak habiskan 4 buku dalam 2 minggu, sementelah 4 buku dan 2 minggu itu adalah had bilangan buku dan had masa peminjaman kat library usm, yg mana aku menjadi ahlinya.
Kat bawah ni 4 tajuk buku yg aku baca kali ini, beserta sedikit ulasan:

1) Jihad - Assyahid Dr Abdullah Azzam

Buku ini ditulis oleh seorang bekas pensyarah universiti yang meninggalkan kerjayanya demi turun mengetuai jihad di Afghanistan melawan kuasa besar Soviet Union (Dalam peperangan tersebut, Soviet Union yg pd masa itu dikenali sbg satu daripada 2 kuasa besar dunia menerima kekalahan memalukan). Buku ini memuatkan tentang kewajipan berjihad beserta dalil2nya, serta sedikit pengalaman penulis ketika dalam peperangan.

2) Tafsir Attibyan Surah Al Hujurat - T.G. Hj Abd Hadi Awang

Surah Al Hujurat mengandungi 18 ayat yg di dalamnya mengandungi banyak nasihat, teladan dan petunjuk bagi kita. Di dalam buku ini dikisahkan teguran Allah di dalam surah Al Hujurat kepada beberapa orang sahabat, dorongan mendamaikan saudara2 Muslim, nasihat agar berhati2 dlm menerima khabar berita, tentang hal iman dan islam serta beberapa perkara lain yang sesuai dijadikan panduan utk umat sepanjang zaman.

3) Edisi Pagi - A.Samad Ismail

Buku setebal 356 muka surat ini merupakan satu daripada 37 buku dari 37 pengarang ternama Tanah Melayu/Malaya/Malaysia dalam Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad ke-20. A.Samad Ismail tokoh wartawan yang pernah menerima anugerah Magsaysay, telah memulakan kerjayanya sebagai pemberita dan penterjemah di Utusan Melayu bermula pada tahun 1940-an dengan A.Rahim Kajai sbg pengarangnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai pengarah urusan Kumpulan Akhbar The New Straits Times pada tahun 1974. Di dalam buku ini terkandung 20 cerpen A.Samad Ismail yang pernah tersiar di media2 massa dari tahun 1944 hingga tahun 1991. Banyak maksud2 tersirat, sindiran dan kiasan yang terdapat dlm cerpen2nya ini (ada sesetengahnya aku pun tak sedap nak baca). Antara cerpen yang menarik ialah Ingin Jadi Pujangga, Ah Khaw Masuk 'Syurga', Menunggu Teman Bebas dan Edisi Pagi.

4) Berjihad Menerusi Tulisan (Kumpulan Esei Agama) - Talib Samat

414 mukasurat yang termuat 60 buah rencana agama yang dihasilkan oleh Talib Samat sejak tahun 1980 hingga tahun 1987, yang tersiar dalam beberapa media massa. Rencana2 ini banyak mengupas permasalahan hidup umat Islam sama ada aspek ritual, sosioekonomi, politik, sikap dan pemikiran umat Islam dalam mendepani cabaran semasa. Penulis merupakan pensyarah kesusasteraan moden di UPSI. Antara rencana yang menarik: Ancaman Pengaruh Komunisme Terhadap Dunia Islam, Berjihad Menerusi Tulisan, Panduan dan Petunjuk kepada Pejuang2 Islam, Islam Sentiasa Tercabar dan Kekurangan Sastera Remaja Berunsur Islam.

Saturday, September 02, 2006

test

testing... testing... testing la dulu mokcik weh... ingat nak tulis ttg Merdeka, tapi tak mari idea la pulok, esok lusa la