.::biCaRa ibNu hAsaN::.

Sunday, November 19, 2006

Quote

bbrp pkr utk difikirkan.....

Kata saidina Umar alkhattab R.A.:
"kita adalah kaum yang dimuliakan dengan sebab Islam. jika kita mencari kemuliaan selain daripada Islam, kita akan dihinakan oleh Islam".

Firman Allah, mafhumnya:
"dan janganlah kamu berasa hina, dan janganlah kamu berasa sedih kerana kamulah orang2 yg berkedudukan tertinggi, jika kamu benar2 org beriman".

kata syeikh ahmad al fatani:
"bermula helah itu bersangatan daripada kuat (strategi dan perancangan lebih perlu diutamakan daripada kekuatan fizikal semata2).
org yg berakal itu beramal dgn apa yg dia tahu dan bertanya apa yg dia tak tahu.
1 drp tanda kematangan ialah amalkan hidup ikut apa yg kita pelajari
kekuatan yg sedikit tapi kalau elok pentadbirannya akan jadi besar

Dustrur Uthmani

di bawah adalah wasiat Sultan uthman bin urtughil (pengasas khilafah uthmaniyyah) kpd anaknya orkhan, yg mana wasiat ini menjadi dustur uthmani, yg dipegang oleh pemerintah2 khilafah uthmani di zaman kegemilangannya. apabila dustur ini diabaikan, maka khilafah menjadi semakin lemah setiap tahun. moga2 kita semua, terutama yg memimpin organisasi, dpt ambil manfaat dari wasiat ini....

"Wahai anakku, jgn kamu sibukkan diri dgn pkr yg tak disuruh ALLAH. jika menghadapi kesulitan dlm masalah hukum, bermusyawarahlah dgn ulama'. wahai anakku, hormatilah org yg taat pdmu, dan berbuat baiklah kpd tenteramu dan jgn diperdayakan syaitan dgn byknya tentera dan hartamu.jgn kau jauhi ahli syariah. kau tahu tujuan kita adalah utk mencari redha Allah, dan sesungguhnya jihad meliputi semua cahaya agama kita di seluruh cakerawala, hingga redha Allah akan turun kpd kita. anakku, kita bukan golongan yg berperang krn nafsu utk berkuasa. hidup kita utk Islam dan utk Islam kita mati.

ketahuilah anakku, sesungguhnya penyebaran Islam dan menyeru kpd hidayah, melindungi kehormatan muslimin, dan harta mrk adalah amanah yg ada di atas lehermu, yg akan Allah tanya nanti.

wahai anakku, aku amat bangga jika kau jd seorg yg adil thdp rakyatmu, berjihad di jalan Allah, dan menyebarkan agama Islam.

ketahuilah anakku, satu2nya jalan kita adalah jalan Allah. tujuan kita adalah menyebarkan agama Allah, bknnya mencari kedudukan dan dunia.
anak2 dan teman2ku, tegakkanlah agama Islam yg tinggi dgn menegakkan jihad. pegang eratlah panji Islam di ketinggian dan kesempurnaan. Allah telah berikan tugas kpd aku yg lemah ini utk menakluki negeri2. pergilah dgn kalimat tauhid ke negeri yg plg jauh dgn jihad kalian di jalan Allah. barangsiapa lari dari kebenaran dan keadilan, maka dia takkan dapat syafaat Rasulullah s.a.w. kelak.
wahai anakku, xde manusia yg tak dijemput maut. kini aku tlh mendekati maut sesuai dgn perintah Allah. aku serahkan negara ini pdmu, maka berlaku adillah.....

Wednesday, November 15, 2006

HADIS SEBAGAI SUMBER RUJUKAN ISLAM
Oleh Prof. Dato’ Dzulkifli bin Abdul RazakNaib Canselor USM(Disesuaikan dari teks ucapan di Majlis Perasmian Seminar Antarabangsa Warisan Al-Hadith pada 8 Julai 2004, di Dewan Budaya USM)

Hadith adalah sumber rujukan utama yang kedua dalam Islam selepas al-Quran. Hadith yang diperlukan dalam memahami isi kandungan al-Quran, menjadikan hadith sebagai sumber rujukan dalam Islam yang tidak dapat dinafikan lagi. Oleh itu usaha-usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk memastikan kepentingan hadith dalam Islam sebagai sumber rujukan tidak tergugat oleh mana-mana faktor. Seminar yang sebegini akan membantu memberi kesedaran kepada masyarakat kepada kepentingan hadith. Peranan hadith perlu dilihat dalam skop yang lebih luas, dan hadith-hadith nabi ini perlu dikaji dan difahami dalam konteks yang lebih menyeluruh. Ini bertepatan dengan tema seminar ini dalam melahirkan generasi memahami dan menghayati al-hadith. Rasulullah s.a.w. telah dibangkitkan oleh Allah untuk memimpin umat manusia di dunia ini ke jalan yang selamat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Baginda s.a.w adalah rahmat dari Allah S.W.T. yang tidak ternilai harganya kepada alam semseta ini, sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran dalam surah al-Anbiya’, ayat 107, yang maksudnya, “Dan tidaklah Kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam” (al-Anbiya’: 107)Sebagai seorang rasul yang diutuskan, darjat ketinggiannya mengatasi pemimpin-pemimpin yang lain. Baginda bersifat ma’sum iaitu terpelihara dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Oleh kerana itu, arah dan tujuan yang dibawanya untuk seluruh umat manusia ini adalah benar dan terjamin. Baginda memimpin umatnya ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. iaitu agama Islam. Kini Baginda s.a.w. sudah tidak ada lagi di dunia ini, tetapi umatnya tetap dijamin tidak akan sesat selama mana mereka berpengang dengan pusaka tinggalannya iaitu al-Quran dan Hadith. Melalui dua sumber utama ini, umat Islam sentiasa terpimpin dalam menghadapi kehidupan di dunia yang penuh dengan cabaran ini. Sebagai seorang muslim, kita tidak sepatutnya membesar-besarkan dan menyanjung individu yang lain melebihi Rasulullah s.a.w., sekalipun seorang yang dianggap tokoh, kerana mereka tertakluk kepada kekurangan-kekurangan dan kesilapan-kesilapan yang diakibatkan oleh kelemahan diri masing-masing. Pemujaan tokoh dan pendewaan terhadap seseorang tidak seharusnya wujud dalam masyarakat Islam, kerana kecenderungan mengagung-agungkan seseorang tokoh, kadang-kadang boleh membawa kita kepada penyelewengan dalam ajaran Islam.Dalam menyampaikan ajaran dan perintah-perintah daripada Allah, Rasulullah s.a.w. telah memperlihatkan contoh-contoh teladan untuk diikuti oleh umatnya. Maksud firman Allah S.W.T. dalam al-Quran, surah al-Ahzab, ayat 21,“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” Menjadi tanggung jawab umat Islam sekarang untuk mengkaji hadith-hadith baginda Rasulullah s.a.w. yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Khazanah ilmu perlu ditambah dan difahami berdasarkan ajaran baginda bersesuaian dengan kehendak semasa. Disamping al-Quran, pengajian hadith juga perlu dijadikan sebagai rujukan dan penggerak kepada penemuan-penemuan baru pada era globalisasi ini. Sejarah membuktikan kepada kita bahawa sarjana-sarjana Islam terdahulu dapat menguasai pelbagai bidang ilmu kerana kesungguhan mereka dalam memikul beban dan tanggung jawab yang difardhukan Allah S.W.T. dalam pengkajian dan penerokaan ilmu pengetahuan. Penemuan dan penciptaan baru dalam apa jua bidang bagi umat Islam bukanlah sesuatu yang sekadar boleh dibanggakan, namun apa yang lebih penting ialah ianya suatu tanggung jawab untuk mengimarahkan kehidupan manusia di muka bumi. Diharapkan dari seminar ini, yang merangkumi pelbagai tema, pelbagai penemuan baru dapat dikenal pasti dan membuka ruang untuk pengkajian yang lebih menyeluruh dalam bidang hadith. Diharapkan juga dari pembentangan-pembentangan yang akan berlangsung, dapat menambahkan kefahaman kita terhadap hadith serta membaiki mana-mana salah faham kita tentang hadith. Salah faham tentang peranan hadith sebagai sumber rujukan dalam ajaran Islam sebenarnya adalah fahaman yang salah dan boleh membahayakan masyarakat Islam. Fahaman yang sebegini lahir akibat dari kecetekan pengetahuan pihak-pihak tertentu tentang hadith. Mereka hanya menggunakan pertimbangan akal mereka semata-mata tanpa melihat dengan lebih terperinci dalil-dalil yang berkaitan. Dengan itu diharapkan seminar sebegini yang menghimpunkan golongan cendikiawan dalam bidang hadith dapat menjadi mekanisma terbaik dalam membetulkan salah fahaman ini.

Pagi Islam, Petang Kafir

mujahid304 menulis
"Assalamua'alaikum WBT...
Pernahkah anda terfikir tentang..... ......... ...BAGAIMANA UMAT ISLAM BOLEH MENJADI 'MURTAD'?"Pagi hari Islam..petangnya kafir.."Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAWberpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datangkepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnyaseperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabatbertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ""Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, padamasa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik."Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah? " Rasullullah SAWmenjawab, "Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia". Imam Ghazali pernahberkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaanseperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak?Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampaklangsung. Gerakan Hindu kita tak payah sebutlah. Belum habis cakap, dah adayang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. HenryFord (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan gerakanYahudi seawal tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew".Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak.Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu dansaham kepada puak Yahudi. Tiada kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapayang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.Yahudi punya kerja. baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyangkat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi. Bab Kristian,lebihterancang, lebih terperinci lagi.Semenjak kalah dalam perang salibterakhir, iaitu dalam pemerintahan Raja ke-6 yang terakhir. Sebelum diamati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London.Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telahmelakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam denganpedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islammenang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, merekatetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana hendak mati. Kitaberperang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita menukar strategi.Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya ke atas orang Islam."Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah Raja itu mati. 1942 kerajaan IslamAndalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan IslamPattani. Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah. Tak lama lepastu, tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam Acheh...semuanya satu demi satu. Bagaimana perkara ini boleh terjadi?Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL, GOAL, & GLORY.Pertama kitab mereka, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam.Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque tidak datang ke TanahMelayu dengan membawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukannyamakan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (bekaskuburnya di Bukit St. Paul-Banda Hilir), sebab nak sebarkan ajaranKristian. Bagaimanakah cara yang digunakannya untuk sebarkan Kristian diMelaka? Orang kita panggil, gerakan halus. Dia memanggil kesemua mubalighKristian yang ingin datang ke Asia dan mendedahkan kaedah "garam dan ragi".Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian.Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu, kalau kita letak ragi,esoknya masih lagi bentuk ubi kayu, tapi sebenarnya tapai.Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnyakehidupan kita bukan cara Islam lagi. Cara inilah yang Rasulullah SAW katamacam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macamsemut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengannama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikanseorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh GeorgePeters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yangnak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi ".Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaanmeninggalkan sistem kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknyaorang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya.justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikansebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap.Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian,bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamikdan etikal, bukan bersifat formalistik. Pendekatan begini telahmemperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadimenjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah darimasyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangatdan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan prosespenapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan REVOLUSI. Justeru itu, merekamengatakan bahawa "kita nanti akan memperolehi satu Kristian Muslim Melayutempatan yang mencerminkan Kristian Muslim Melayu sejati..." (contohnyamesyarakat Melayu Portugis di Melaka). Sebenarnya mereka ingin akan datangsuatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buatREVOLUSI untuk menjadi Kristian.Cara kebajikan pula...Hari ini siapa tak kenal kelab Rotary yang cuci buah pinggang, kelab Lion,Bulan Sabit Merah, Saint John's Ambulans. Mereka masuk dengan caramenghidupkan sekularisme. Sekularisme adalah satu cara mengasingkan agamadaripada kehidupan. Kerna itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripadakehidupan dunia.Cara lain mereka adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambiltindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali,dengan hati. Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semuadiselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan msg nikepada saudara kita yang lain yang tidak tahu-menahu tentang perkara ini.Malah kita mesti peka. Ini semua adalah tanggung jawab kita semua.Akhir sekali, mesej ini tiada kena-mengena dengan ceramah nak berkempenpolitik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam dirikita yang mengaku Islam. Inilah masanya kita bangkit pertahankan agamaIslam sebelum terlambat.Sahabat-sahabat yang dikasihi, tolong panjangkan(forward) mesej ini untukpengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara iniboleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kitayag telah di Islamkan atas tiket keturunan di mana dengan sebab ini kitatelah pun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlumelalui hidup sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasamencari- cari jalan yang betul. Di harap rahmat Allah dan doa-doa parawaliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya.Sementara itu, berhati- hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dansentiasa beringat kepada Allah.Memang ini apa yg kite nampak masa kini, tp kebanyakan kita buat tak kisah,tak sedar, pentingkan diri sendiri... Fikir-fikirkanlah. ..

Tuesday, November 07, 2006

copy dari file mt AMAL

Membaca dan merenung kandungan al-Qur'an
"Dan Kami turunkan al - Qur'an sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat
kepada orang-orang yang beriman" (QS al-Isra:82).
Ada dua perkara yang dianjurkan oleh Ibnul Qayyim bagi mengatasi
kemalasan yang muncul dari kekerasan hati. Pertama, alihkan hatirnu
dari dunia, lalu tempatkan ia di akhirat. Kedua, hadapkan seluruh
hatimu pada penger¬tian-pengertian al-Qur'an, me¬mikirkan dan memahami
apa yang dimaksudkan dan mengapa ia diturunkan serta amati semua
ayat-ayat Nya. Jika suatu ayat diturunkan untuk mengubat hati, maka
dengan izin Allah hati itu pun akan sembuh.
Merasakan keagungan Allah
Mengamati dan memikirkan nas-nas al¬Qur'an dan juga ayat-ayat
(tanda-tanda kekuasaan) lainnya merupakan sarana yang paling
bermanfaat untuk mengubati jiwa yang dilanda lemah iman. Antara
ungkapan indah dari lbnul Qayyim Rahimahumullah ketika mensifatkan
keagungan Allah: "Dia yang mengatur urusan semua hamba, memerintah,
melarang, mencipta, melimpahkan rezeki, mematikan, menghidupkan,
memuliakan, menghinakan, menjadikan malam dan siang, menggantikan hari
demi hari di antara manusia, membalikkan ke¬kuasaan dan
menggantikannya de¬ngan kekuasaan yang lain, urusan dan kekuasaan-Nya
berlaku di bumi serta diantara keduanya, di lautan dan di daratan.
Ilmu Nya meliputi segala sesuatu dan mampu menghitung segala sesuatu.
Pendengaran Nya mencakupi berbagai suara dan tak ada yang menyerupai
Nya. Bahkan Dia dapat mendengar suara hiruk pikuk yang saling
bertindih dengan berbagai perbezaan bahasa, pendengaran¬Nya tak akan
diganggu oleh pendengaran yang lain, tidak menjadi kacau bilau kerana
banyak masalah. Tidak pernah jemu meskipun terus-menerus diajukan
secara bertubi-tubi dengan permintaan orang¬orang yang mempunyai
keperluan. Pengli¬hatan-Nya meliputi segala sesuatu yang tampak,
sehingga Dia mampu melihat langkah-langkah kaki semut hitam di
tengah-¬tengah padang pasir yang luas terbentang di tengah malam gelap
gulita. Yang ghaib dapat disaksikan dan yang tersembunyi nampak jelas
bagi-Nya. Firman Allah:
"Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada Nya.
Setiap waktu Dia dalam kesibukan. " (QS ar-Rahman: 29).
Mendalami ilmu syar'i
Maksudnya ialah ilmu yang mampu menimbulkan rasa takut kepada Allah
dan menambah beratnya timbangan iman. Dengan mengetahui ilmu-ilmu
syari'at, seseorang akan mengetahui apa yang terjadi sesudah mati,
kehidupan di alam kubur, ketakutan dahsyat di padang mahsyar, nikmat
yang dikecapi di syurga, azab pedih di neraka, hikmah syari'at,
masalah halal dan haram, perjalanan hidup para anbiya' dan pelbagai
perkara yang tak terhitung manfaatnya.
Allah SWT berfirman:`Katakanlah, adakah sama orang-orang yang
mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" (QS az-Zumar:9).
---Mencari persekitaran dan lingkungan yang soleh
Keadaan seseorang banyak ditentukan oleh persekitarannya. Lingkungan
yang baik akan meningkatkan keimanan. Di sanalah seseorang akan
mendapat teguran dan bimbingan tatkala melakukan kesalahan. Di sana
pula dirasakan suasana berlumba dalam melakukan ketaatan, zikrullah,
turunnya rahmat dan datangnya ketenteraman hati. Demikianlah mekanisme
yang hidup pada zaman para salafushalih. Mereka gemar dan sentiasa
bersemangat ketika bertemu dengan saudaranya mengadakan
pertemuan-pertemuan untuk majlis zikrullah , sehingga iman mereka
terus bertambah. Muadz bin Jabbal RA pernah berkata kepada seorang
laki-laki: "Duduklah bersama kami untuk beriman sejenak (untuk
memperbaharui iman)"
Memperbanyakkan amal soleh
Amal soleh mampu memberikan pengaruh yang amat ketara terhadap hati
dan jiwa manusia. Apabila kita melakukan kebaikan dan apa sahaja amal
soleh pasti jiwa merasa kedamaiannya. Namun terdapat beberapa perkara
yang perlu diperhatikan untuk melakukan amal soleh. Antaranya adalah:
Pertama, berusahalah sesegera mungkin melaksanakannya. Allah SWT
berfirman: "Bersegeralah kamu kepada ampunan Rabbmu dan kepada syurga
yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk
orang-¬orang yang bertaqwa. ": (QS Ali Imran: 33).
Kedua, berusaha melakukan amal soleh secara berterusan. Dalam sebuah
hadis Qudsi, Rasulullah SAW berkata tentang Rabbnya: "Hamba-Ku
sentiasa bertagarrub kepada Ku dengan mengerjakan amalan nafilah
(sunat sehingga Aku mencintainya. " Kalimat "ma yazalu" yang
dinyatakan dalam hadis di atas menunjukkan pengertian secara
berterusan.
Ketiga, menjaga berterusannya amalan tersebut hingga tidak menimbulkan
rasa bosan. Di antaranya caranya adalah bersikap variatif dalam
melaksanakan ibadah, menjaga keseimbangan dan tidak terlalu
berlebihan. Rasulullah SAW ber¬sabda: "Sesungguhnya dien itu adalah
mudah, dan tidaklah dien itu dikeraskan oleh seseorang melainkan
justeru ia akan dikalahkan, maka berbuatlah yang lurus dan sederhana.
"
Keempat, mengulang amalan yang tertinggal dan yang terlupa. Sikap ini
penting bagi memastikan kita sentiasa mengikat diri dengan amal soleh.
Rasulullah SAW bersabda: `Barangsiapa yang tertidur hingga ketinggalan
bacaan wiridnya dan sebahagian malam atau sebahagian bacaan wirid,
lalu ia membacanya lagi antara solat subuh dan solat Zohor, maka
ditetapkan baginya seakan-akan dia membacanya pada malam itu. "(HR,
an-Nasa i).
Kelima, menumbuhkan perasaan pengharapan agar segala amal yang
dilakukan diterima, dan khuatir amalannya ditolak oleh allah SWT.
Pengharapan ini tentulah disertai dengan usaha dalam amal¬-amal soleh.
Tumbuhkan rasa takut su'ul khatimah (kesudahan yang buruk)
Takut kepada su'ul khatimah akan mendorong seorang muslim untuk taat
dan memperbaharui iman di dalam dada. Pernah terjadi pada zaman
Rasulullah SAW seorang laki-laki dari pasukan kaum muslimin yang
melakukan serangan demikian hebat. Namun, tatkala masalah tersebut
diberitahu kepada Rasulullah, beliau bersabda: "Dia benar-benar
menjadi penghuni neraka..... Mengapa pula ya, Rasulullah?". jawapannya
ditemui kemudian. Ternyata ketika berada di medan peperangan tersebut,
ia menderita luka parah dan menanti ajal yang tak kunjung tiba.
Akhirnya, kesabarannya hilang dan orang tersebut mengambil pedang
untuk membunuh dirinya sendiri.
Banyak mengingati Mati
Mengingati mati juga akan membenteng seseorang dari derhaka kepada
Allah manakala hati yang keras boleh berubah menjadi lunak. Tidaklah
seseorang itu mengingati mati tatkala dia dilanda kehidupann yang
sempit melainkan akan membuatnya menjadi lapang. Di antara cara yang
paling penting untuk mengingatkan mati adalah dengan sering menziarahi
kubur. Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Dulu aku melarangmu menziarahi kubur, ketahuilah, sekarang ziarahilah
kubur kerana itu boleh melunakkan hati, membuat mata menangis,
mengingatkan hari akhirat dan janganlah kamu mengucapkan kata-kata
yang kotor." (HR. Hakim)
Kepatuhan dan Berlepas Diri
Ertinya saling tolong-menolong dan patuh terhadap sesama mukmin serta
memusuhi dan berlepas diri dari orang-¬orang kafir. Hati yang
bergantung dan terpaut pada musush-musuh Allah, akan menjadi lemah.
Keimanannya akan menurun dan mencair. Sebaliknya, bila kepatuhan
dimurnikan dan hanya kepada Allah SWT maka ia akan menghidupkan
keimanan dan semangat dalam hati.
Memuhasabah jiwa tatkala datang kelemahan
Menurut Ibnu al- Qayyim, hati itu memiliki dua sikap: menerima dan
menolak. Manfaatkanlah dua situasi itu, sama ada ketika ia cenderung
menerima dan menolak. Ketika hati cenderung menerima, perbanyakkanlah
amal soleh dan ibadah sunnah. Laksanakanlah ibadah sebanyak mungkin
pada waktu siang dan malam. Dan pada ketika hati sedang menolak
(futur), ikatlah hati dengan melakukan amal-amal wajib.
Berinteraksilah dengan hati dalam keadaan lemah-lembut sehingga sampai
saatnya ia cenderung untuk menerima kembali.
Rasulullah SAW pernah ditanya oleh seorang sahabat: "Wahai Rasulullah,
apa pendapat anda bila aku merasakan lemah dalam melakukan suatu amal?
" Rasul menjawab: "Peliharalah keburukanmu dari manusia kerana itu
adalah sedekah bagi dirimu."
Menelaah kisah teladan salafussoleh.
Sikap dan keteladanan salafussoleh termasuk para ulama dan mujahidin
hingga zaman kini akan menumbuhkan rasa hina dalam diri hingga
menyuntikkan semangat baru dalam jiwa seseorang untuk menjadikan para
salafussoleh sebagai qudwah.
2 Minggu 4 Buku #2
Kat bawah ni merupakan 4 buah buku yg aku pinjam dari Library USM baru2 ni:

1) Fiqh Keutamaan/Fiqh Awlawiyyat - Buku karangan Prof. Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi, Pengerusi Konferens Ulama Sedunia yg diterjemahkan oleh Ahmad Nuryadi Asmawi ini membincangkan ttg peringkat2 amal, bagi membezakan yg mana amalan/perkara yg lebih penting atau yg patut didahulukan, serta yg mana yg lebih membawa mudarat dan perlu lebih dahulu dijauhi. Ilmu Fiqh Awlawiyyat ini penting apabila kita perlu membuat pemilihan, apabila bertemu antara maslahah dan mafsadah. Kita juga dapat menentukan perkara yg mana yg patut kita buat terlebih dahulu di antara kewajipan2 yg banyak yg terpaksa kita buat. Karangan ini disertakan dengan hujah dan dalil2 yg cukup mantap daripada al Qaradhawi, ahli gerakan Ikhwanul Muslimin yg terkenal dgn ilmunya yg banyak, mencakupi bidang usuluddin, syariah, hadith dan lain2.

2) Dress For Success - John T Molloy. Buku yg dicetak lebih dari 3.5 juta buah di seluruh dunia ini adalah berkaitan dgn kajian yg dibuat oleh penulis, berdasarkan pengalamannya selama berkecimpung dalam industri rekaan fesyen dan pemakaian. Kajian adalah berkaitan dengan pemakaian mana yang terbaik bagi sesuatu situasi yang dihadapi, dan bagaimana nak menyesuaikan pakaian dgn pekerjaan, berat, tinggi dan faktor2 lain. Juga diterangkan kepada kita berdasarkan hasil kajian, ttg kaedah utk memilih warna dan jenis kain serta design. Penerangan juga disertakan dgn ilustrasi bagi memudahkan pembaca faham.

3) Tafsir Al Azhar, Juzu' 29 - Prof Dr Hamka (Hj Abd Malik Ab Karim Amrullah)
Tafsir Al Azhar ini merupakan satu daripada tafsir Quran yg paling terkenal di negara kita, selain Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Pimpinan Ar Rahman dan Tafsir Fi Zilalil Quran. Juzu' 29 ini terdapat 11 surah termasuk Surah Al Mulk, Al Muzzammil, Al Muddattsir dan Al Insan yg merupakan antara surah2 yg boleh dikatakan agak biasa disebutkan penceramah2 agama. Di dalam tafsir ini diletakkan maksud satu persatu ayat2 di dalam setiap surah, then disertakan dgn huraian oleh penulis.

4) Siri Kump.Cerpen Pilihan Abad ke-20: Antara 2 Dunia - Awang Had Salleh.
Kump.cerpen karangan Tan Sri Prof Emiritus Awang Had Salleh, Pro Canselor UPSI yg terkenal sbg tokoh akademik yg aktif mengarang cerpen, novel dan drama ini mengandungi 20 cerpen yg cukup menarik, antaranya:
i) "Antara 2 Dunia" yg mengisahkan dilema Ramli dalam memilih dunia bandar atau dunia kampung. Dia kembali ke kampung apabila tidak tahan menghadapi syaitan bandar, namun ternyata syaitan kampung juga tidak kurang hebatnya.
ii) "Bibir dan Air Mata" pula berkenaan kisah seorang suami yang kurang mendapat perhatian isteri, dan nasibnya mendapat simpati daripada adik ipar perempuannya. Daripada rasa simpati, ia bertukar kepada rasa cinta, mengharapkan balasan daripada abang iparnya sendiri.
iii) "3 Dunia" mengisahkan Ramlah, kanak2 berumur 6 tahun yang menjadi saksi kpd dunia ayahnya, orang kaya yg dihormati di kampungnya, juga saksi dunia kakaknya yang mencintai guru sendiri, serta saksi kepada ibu tirinya yang tak berpuas hati dengan suami.