.::biCaRa ibNu hAsaN::.

Monday, October 16, 2006

Alangkah Serupanya Hari Ini Dan Semalam

Ummat yang telah mengalahkan Tartar semalam bolehmengalahkannya juga hari ini.

Surat daripada Muhammad al-Ma'mun al-Hudhaibi - Murshid Am Ikhwan Muslimin

Bala tentera Amerika yang besar jumlahnya telahberhimpun di rantau ini. Dalam masa yang sama, amaran,ancaman dan ugutan dilakukan oleh Presiden Amerika,Setiausaha Pertahanannya dan para pegawaipelaksananya. Mereka semua mengugut bangsa Arab dengansegala kecelakaan dan kemalangan yang bakal menimpa.
Segala senjata pemusnah besar-besaran Amerikadigunakan untuk memaksa bangsa Arab dan ummat Islamagar menyerah dan memberikan kesetiaan… agarbersedia untuk mengubah sistem dan keluar daripadaketetapan dan pegangan… agar meloloskan diridaripada identiti yang sebenar, berlepas diri daripadaakidah Islam, menyerahkan seluruh bumi Palestin kepadaregim Zionis dan membuka pintu seluas-luasnya bagiZionis merampas bumi di sekitar Palestin.
Keadaannya samalah dengan apa yang telah berlaku diAfghanistan. Bangsa Arab dan ummat Islam sepatutnyamengambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku.Mereka juga telah melihat sendiri dan mengikuti apayang telah berlaku. Kemusnahan, penumpahan darah,pemusnahan kampung dan bandar, serta pemusnahan ladangdan kaum keluarga.
Persediaan untuk menyerang Iraq samalah denganserangan yang telah dilancarkan terhadap Afghanistan,bersama-sama dengan kenyataan untuk membuatpembahagian dan penyusunan semula rantau ini agardapat menjaga kepentingan Amerika, termasuklahkepentingan regim Zionis di Israel. Serangan ini jugabertujuan agar semua orang menundukkan kepalamenunjukkan kepatuhan dan kesanggupan untuk menerimasegala kehinaan.
Segala perkara ini dan apa yang ingin dilakukan olehPresiden Amerika, George Bush, mengingatkan kitakepada apa yang telah berlaku kepada datuk nenek kitadahulu. Terutamanya ketika kedengaran suara-suara hariini di sana sini yang ada di antaranya yang mengatakanbahawa serangan dan permusuhan Amerika tidak mungkinboleh dihadapi atau ditolak lagi... atau yangmengatakan kita tidak boleh menyelamatkan diridaripada taufan Amerika yang pasti akan melanda dankita tidak mempunyai usaha untuk menangguhkannya atauhanya sekadar untuk mengurangkan kesan akibatburuknya... terutamanya dalam suasana dan persekitaranyang dikuasai oleh perpecahan, percanggahan pendapatdan pendirian serta terburainya ikatan persaudaraan,lemahnya ikatan dan faktor kepercayaan. Sebagaimanaterdapat di kalangan kita orang yang berpendapat danmelihat bahaya ancaman adalah datang daripada jirannyayang sebangsa dengannya sendiri. Dia tidak merasaselamat ketika berada di kalangan kaumnya sendiri,kerana mereka tidak mampu untuk memberikan keamanandan kestabilan. Segala pengalaman pahit masih lagiterbayang dalam pemikiran.
Apa yang ingin dilakukan oleh Presiden Amerika ituterhadap rantau kita, situasi dan keadaan kita,realiti tragedi yang kita alami, perpecahan yangmenimpa barisan kita, kelemahan dan kedhaifan yangmenguasai beberapa orang daripada kita, kebimbangandan tipudaya yang dialami oleh sekumpulan bangsa Arabdan ummat Islam yang berpendapat sumber kegelisahannyaadalah kejahatan dan permusuhan yang diatur olehkumpulan bangsa Arab dan ummat Islam lain terhadapnya,tanda-tanda kekecewaan dan putus asa yang kelihatanmenutupi beberapa wajah dalam banyak peristwa…semuanya itu mengingatkan kita kepada suasana dansituasi yang pernah dialami oleh ummat kita dahulu.Iaitu ketika Holako bersama dengan bala tenteranyayang besar melanggar dan menyerang bumi ummat Islam,membunuh dan menghalau ribuan daripada mereka. Holakojuga menyebabkan ketakutan dan kebingungan di seluruhbumi ummat Islam ketika itu.
Pada hari itu, beberapa orang pemerintah dan pemimpintelah membuka pintu dan sempadan bagi dimasuki olehtentera Tartar yang zalim itu. Para pemimpin danpemerintah itu merasakan bahawa mereka tidak mampuuntuk menghalang serangan tentera Tartar yang menggilabagaikan taufan. Mereka berpendapat, Holako dantentera Tartar adalah bahaya dan ancaman yang tidakboleh ditolak serta kemusnahan yang tidak bolehdiselamatkan lagi. Mereka juga berpendapat merekatidak mempunyai pilihan yang lain kecuali berdamaidengannya, atau bersikap hipokrit atau menyerah dirisahaja dan tunduk kepadanya dengan harapan agar Holakomasih memberikan peluang kepada mereka untukmeneruskan kehidupan, atau paling kurangpun ia menjadisebab untuk mendapat kasihan belasnya, atau untukmemperoleh keampunannya. Seolah-olah mereka tidakpercaya bahawa Holako dan bala tenteranya tidaksekali-kali akan kasihan terhadap bangsa Arab danummat Islam, yang hanya akan merampas hak mereka untukhidup, yang hanya akan menguasai negara mereka danmengecapi sumber kekayaan mereka dan seterusnyabergembira di atas mayat-mayat dan runtuhanrumah-rumah mereka.
Ketika itu, tiada seorangpun yang percaya dengan penuhyakin terhadap kudrat Ilahi untuk menghalang taufanbala tentera Tartar kecuali orang-orang yangbenar-benar beriman dan percaya serta yakin terhadappertolongan Allah yang telah memberikan janji yangbenar. Firman Allah SWT (Ali Imran: 173) yangbermaksud:
"Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang(pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafirmusyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangikamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya."Makaberita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata:"Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Iasebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segalaurusan kami)."
Mereka juga sedia untuk mengorbankan harta dan jiwaraga. Mereka percaya kepada kemampuan, kekuatan dankuasa ummat mereka jika barisannya dapat disatukan danpara pemimpin dapat berada di dalam satu barisandengan rakyat mereka, mempunyai keazaman yang satubagi menuju matlamat yang satu iaitu menolak kehinaandan berusaha memperoleh keredhaan tuhan sertabersungguh-sungguh untuk mendapat kemenangan danbalasan yang besar.
Realiti tragedi yang berlaku hari ini mengingatkankita kepada realiti tragedi yang telah menimpa ummatini dahulu.
Holako dan bala tenteranya yang ganas telah menyerangbahagian timur dunia Islam. Mereka menyerang Baghdaddan mengharungi sungai darah bangsa Arab dan ummatIslam. Mereka mengkhianati khalifah dan paramenterinya. Mereka membunuh banyak jiwa danmenyeberangi Sungai Tigris di atas timbunankitab-kitab yang pernah digunakan untuk mengimarahkanperpustakaan-perpustakaan di Baghdad. Kemudian merekamelanda pula bumi Syam. Tiada kawasan yang dilalui,melainkan mereka akan memusnah dan meruntuhkannya.Tiada kaum yang mereka temui, melainkan mereka akanmembunuhnya. Kemudian dalam perjalanan ke Mesir,mereka menuju ke Palestin, sebuah tempat yangmempunyai peranan tersendiri dalam sejarah.
Presiden Bush hari ini samalah dengan Holako semalam.Dia mengutuskan para utusan untuk memberikan ancamandan ugutan kepada para pemerintah ummat Islam dannegara mereka agar menyerah dan menerima segalaundang-undang dan peraturan untuk digunakan kepadadiri dan rakyat mereka. Ada di antara para pemimpinitu yang menerima dan tunduk kepada ugutan tersebut,maka akibatnya amat pahit dan jelek. Tetapi sebaliknyaada di antara mereka yang menolak dan bersiap sediadengan segala kelengkapan dengan menyusun semula rumahtangganya sendiri dengan memerangi rasuah dankezaliman, mengukuhkan persamaan, mendahului rakyatnyadalam mengorbankan harta, kekayaan dan batu-batupermatanya. Itu dilakukannya demi mengharapkankemenangan. Dia juga menyatukan barisan danmengukuhkan hubungan dengan rakyat. Oleh itu, diaselamat dan sejahtera dan merealisasikan kemenanganbagaikan mukjizat dengan bantuan Allah.
Antara kandungan surat Holako yang diutuskan kepadapemerintah Mesir, Sultan Qutz pada ketika itu ialahmenuntutnya agar menyerah kerana dia tidak mempunyaipilihan lain lagi. Holako menyifatkan pedang tenteraTartar di dalam surat itu bagaikan petir dan lembingmereka bagaikan pemusnah. Holako juga menyifatkantentera Tartar sebagai golongan yang tidak ada kasihanbelas terhadap sesiapa yang mengadu dan hati merekatidak akan menjadi lembut kepada sesiapa yangmenangis.
Lalu Sultan Qutz yang beriman dan percaya kepadapertolongan tuhannya dan yakin kepada kekuatan imanrakyatnya, mengumpulkan para pemimpin, ulama dancedikiawan. Ada di antara para pemimpin itu yangberpendapat bahawa mereka mesti berlembut dengan parautusan Holako, menunjukkan ketundukan dan mengambarkanpersetujuan untuk membayar ufti. Lalu Sultan Qutzberkata kepada mereka yang lemah itu:
"Sesungguhnya pedang yang dimiliki oleh seorang yangpengecut daripada mengharungi peperangan adalah lebihlayak untuk dipatahkan."
Kemudian beliau mengisytiharkan bahawa beliau menolakkehinaan, bahkan berazam mahu menghapuskan kejahatandan meneguhkan kemuliaan serta kebanggaan danmembangkitkan semangat rakyat untuk melaksanakanamanah mempertahankan tanah air. Di samping itu beliaujuga bertujuan membalas dendam terhadap ratusan ribunyawa ummat Islam tidak berdosa yang telah dirampashak kehidupan mereka oleh Holako di bumi dan negaramereka sendiri.
Sultan Qutz tidak mencuaikan kewajipannya. Beliautidak gentar untuk menghadapi seorang yang gemarmenjilat darah mangsa-mangsanya. Beliau juga tidakmundur berhadapan dengan ugutan. Beliau juga tidakdigerunkan oleh barisan dan kumpulan musuh yang besar.Dalam masa yang sama, beliau tidak mengenepikanrakyatnya yang menjadi sumber kekuasaannya, penentukeputusan dan sumber pengorbanan. Anak-anaknya pulaadalah terdiri daripada para tentera yang penuhpercaya dan beriman serta mampu menghalang musuh.
Sultan Qutz bergantung kepada para ulama yang bagaikanbintang itu untuk menggerak dan menanam hakikat imanserta menggerakkan sifat memberi, berkorban danberusaha. Para ulama itu diketuai oleh al-'Izz binAbdul Salam yang telah memberikan fatwa kepada sultandan rakyat bahawa jihad adalah wajib dan menolakkehinaan juga adalah wajib. Sultan Qutz juga telahmenubuhkan satu jabatan yang besar bagi melakukanseruan ke arah jihad pada jalan Allah dan menghalangserangan tentera yang zalim itu. Beliau mengumpulkanpara ulama dan khatib masjid untuk bergerak di seluruhnegara Mesir. Mereka semua digerakkan oleh cajkeimanan dan jihad untuk menyemarakkan semangat jihaddi dalam hati rakyat jelata, hingga menjadikan seluruhbumi Mesir sebagai sel berdenyut yang sentiasabergerak dan bersedia untuk mengharungi peperangan.
Sultan Qutz juga telah mengutuskan surat-surat kepadapara pemerintah di Syam agar menyatukan barisan danmengumpulkan seluruh kekuatan bagi menghadapi musuhbersama. Beliau juga menegaskan bahawa sekarang bukanmasanya untuk berusaha menjatuhkan mana-mana pemimpinatau menentang pemerintahannya atau mengugutnya agarmelucutkan dirinya daripada singgahsana pemerintahan.
Sultan Qutz juga melakukan reformasi dalaman denganmelebar luaskan keadilan dan mencabutkan segala akarumbi kerosakan serta kezaliman. Beliau berkata kepadasesiapa yang cenderung untuk berdamai dengan musuhatau haloba kepada harta:
"Pendirian paling keji adalah pendirian kamu. DemiAllah, pendirian ini kamu ambil hanya kerana kamutakut dan kecut kepada pedang-pedang tentera Tartaryang akan memotong kepala dan tengkuk kamu yangdigemukkan oleh harta yang kamu ambil daripada rakyat.Tidakkah kamu tahu wahai pemimpin yang jahat bahawaapabila sesuatu kaum itu diperangi di dalam negaramereka sendiri maka mereka akan mendapat kehinaan?"
Sebelum melangkah ke medan perang, beliau berkatakepada para pemimpin:
"Wahai pemimpin ummat Islam! Kenapakah kamu sanggupmemakan harta daripada baitul mal, sedangkan kamubencikan jihad? Alangkah serupanya kamu dengangolongan munafiqin pada zaman Rasulullah (SAW)! DemiAllah, aku dan orang-orang yang bersamaku akanmemerangi musuh Allah. Sesiapa yang memilih untukberjihad dari kalangan kamu, maka ikutilah aku.Sesiapa yang tidak mahu, pulanglah ke rumah.Pemergiannya tidak akan ditangisi dan dikesali, danAllah maha tahu apa yang ada di dalam dirinya."
Seruan beliau disambut dengan tangisan. Tentera Mesirbertakbir dalam pertempuran, lalu bumi menggegarkantapak-tapak kaki pihak musuh yang zalim dan melampaubatas, lalu mereka berjaya mengalahkan musuh danmendapat kemuliaan. Sultan Qutz rebah melakukan sujudyang panjang kepada Allah. Kemudian beliau mengangkatkepala dengan air mata bercucuran keluar. Beliauberucap kepada tenteranya:
"Wahai tenteraku! Awaslah kamu daripada perasaantakbur terhadap kejayaan yang kamu peroleh. Tetapibersyukurlah kepada Allah dan tunduklah kepadakekuatan dan kebesaranNya. Siapa tahu, mungkin doayang diucapkan oleh saudara-saudara kamu di atasmimbar pada hari yang mulia ini, iaitu hari Jumaat dandi bulan Ramadhan yang mulia ini, ketika kamumenyerang musuh-musuh kamu, lebih tajam daripadapedang dan panah yang kamu gunakan untuk menikam danmemanah musuh kamu. Ketahuilah bahawa jihad kamu masihbelum berakhir, tetapi kamu baru saja memulakannya,sehinggalah kamu dapat menunaikan hak Islam denganmenghalau musuh-musuhnya daripada seluruh tanah airkamu. "
"…dan pada ketika itu, orang-orang yang berimanbergembira, dengan kemenangan yang diberikan Allah.Dia memberikan kemenangan kepada sesiapa yangdikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagiMaha Mengasihani." (al-Rum: 4-5)
Alangkah Serupanya Hari Ini Dengan Semalam
Apa yang berlaku hari ini… telah berlaku semalam…Tentera Amerika datang berbondong-bondong danmelakukan kerosakan serta pembunuhan. Mereka jugamelakukan kepungan untuk meneruskan pemusnahan danpembunuhan. Contoh yang telah berlaku di Afghanistanlebih daripada amat mendukacitakan. Sebagaimana iahampir akan berlaku hari ini di Iraq, iaitu saturealiti yang amat memedih dan mencukacitakan. NiatAmerika mahu melakukan perkara yang sama terhadapnegara selain Iraq sudah amat jelas kelihatan.Perpecahan dan langkah mundur yang disertai denganlaungan perdamaian telah kita dengar dengan memberikanamaran tentang kekuatan musuh dan kemustahilan untukmenghalang kezaliman mereka, meskipun musuh telahmengisytiharkan bahawa tidak ada sesiapa yang akanterselamat daripada penangannya nanti. Musuh jugamenegaskan bahawa sasaran seterusnya ialah tanah air,negara, sumber kekayaan, para pemimpin dan rakyatnegara lain di samping mereka mensasarkan akidah danidentiti ummat Islam. Musuh juga mengatakan merekaakan menyusun semula rumah tangga kita sendiri dalambentuk yang akan menjamin ketundukan dan kehinaanseluruh bangsa Arab dan ummat Islam. Musuh jugamengisytiharkan bahawa mereka berusaha untuk meluasdan melebarkan kuasa regim Zionis di atas mayat danruntuhan bangsa Arab dan ummat Islam. Ini dilakukanmeskipun ummat Islam memiliki kekuatan, kekuasaan dankeimanan yang mendalam bahawa mereka mampu untukmenolak kezaliman, serta boleh menegaskan kebebasan,kedaulatan, kemegahan dan kemuliaan mereka. Dengansyarat para pemerintah mereka berlaku adil dalampentadbiran, merubah hala tuju dan kecenderungan,membaiki sendiri rumahtangga mereka, menyusun semulaberdasarkan istiqamah kepada syariat Allah dan sunnahRasulNya, mengukuh dan mengaktifkan keterlibatanperanan rakyat yang akan membawa kepada kemajuanketika segala hak rakyat dikembalikan kepada mereka.
Rakyat hari ini merasakan bahawa mereka lemah dantidak mampu untuk menghadapi serangan luar dan lemahuntuk membantah ugutan dan amaran Amerika. Mereka jugamerasa bahawa jalan sudah tertutup dan menghalangmereka daripada bangkit melaksanakan peranan merekayang betul. Tiada sebab yang melahirkan perasaan lemahdan kecewa ini melainkan ketika mereka berada jauhdaripada manhaj Allah serta hanya mencari penyelesaiandaripada mereka yang merampas bumi ummat Islam dansentiasa melebarkan kekuasaannya. Musuh itu pula hanyamahu merealisasikan jaminan kepentingannya dankepentingan Zionis meskipun akan mengorbankankewujudan dan tanah air kita.
Sesungguhnya beriltizam dengan manhaj Allah adalahjalan yang benar dan satu-satunya cara untuk menyusunsemula rumahtangga kita kerana hanya dengan caratersebut keadilan dapat ditegakkan, kezaliman dapatdihapuskan, kebebasan dapat disebarluaskan, rasuahdapat diperangi, ketelusan dapat diperkukuhkan, hartadan kekayaan negara dapat dipelihara, perananinstitusi-institusi dapat dipertingkatkan dan pendapatorang lain dapat dihormati.Ia bermakna rakyat berpindah daripada daerah yangterpencil dan terkepung kepada daerah aktiviti dankebersamaan… daripada kekangan, penyeksaan danpemusnahan kemanusiaannya kepada kemuliaan, kedaulatanundang-undang dan pengukuhan persaudaraan.
Kemenangan ummat ini dalam pertarungannya menentangserangan Amerika adalah dijamin dengan izin Allahselagimana ummat ini berpegang teguh dengan Islamnya.Ia adalah satu-satunya jalan iaitu dengan parapemerintahnya mengukuhkan hubungan dengan rakyat untukmendapat kepercayaan mereka. Di samping itu, parapemimpin juga hendaklah berusaha mencari jalan yangboleh menghilangkan segala perselisihan yang berlakudi kalangan mereka sehingga hanya wujud perasaantenang, saling mempercayai dan hubungan yang erat.
Niat hendaklah ikhlas… hati hendaklah murni…hendaklah kepentingan ummat sahaja menjadi agendautama… hendaklah kredibiliti dan keseriusan menjadiasas bagi segala tindakan dan polisi yang diambil…hendaklah prihatin bahawa kita memulakan langkah diatas landasan yang betul.
Hal ehwal politik hendaklah diperbaiki… yangmemberikan peluang seluas-luasnya kepada penglibatanrakyat dan kebebasan mereka untuk memilih. Autokrasidalam membuat keputusan hendaklah dihapuskan. Zamanmeminggir dan memencilkan rakyat hendaklah ditamatkan.Inilah langkah pertama yang seharusnya diambil diseluruh negara kita ketika kita menuju dengan penuhikhlas menempuh pertempuran yang dipaksakan kepadakita. Ini perlu dilakukan agar Iraq tidak terlepasdaripada kita, agar Palestin tidak diabaikan danakhirnya pada esok hari, seluruh negara ummat Islamterlepas daripada kita.
Seluruh pemimpin dituntut agar mengadakan pembaikandalam hubungan mereka dengan tuhan mereka, iaitudengan memulakannya dengan diri mereka sendiri. Merekahendaklah melangkah dengan penuh keazaman, kecekalan,kebenaran, keikhlasan dan ketelusan. Mereka hendaklahmenjiwai perasaan rakyat. Mereka hendaklahmempersiapkan agar jalan terbuka untuk rakyat percayakepada mereka dan seterusnya berlangsunglah kemenangandan keselamatan buat semua.
Semua bangsa Arab dan ummat Islam telah bangkit dankeluar ke jalan-jalan melakukan demontsrasi yang besardi setiap negara. Jutaan ummat telahberbondong-bondong keluar di semua ibu negara denganmelahirkan kutukan dan bantahan mereka terhadappermusuhan Amerika dan keperluan untuk menghadapinya.Di Mesir sahaja, demonstrasi besar-besaran telahberlangsung di jalan-jalan bandar Kaherah bagimenegaskan bahawa Mesir yang pernah menolak daripadamenyerah kepada tentera Tartar mampu untukmelaksanakan peranan bersejarahnya sekali lagi dalammenghadapi serangan Amerika… dan bahawa bangsa Arabdan ummat Islam yang pernah memperoleh kemenangansemalam mampu untuk mencapai kemenangan sekali lagidengan pertolongan tuhannya ketika mereka mencernakanfirman Allah SWT yang bermaksud (al-Baqarah: 216):

APA SELEPAS RAMADHAN

Ditulis pada 15/10/06 utk Buletin Alumni Maahad

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia daripada Allah S.W.T. kita dapat sama-sama menunaikan kewajipan kita berpuasa Ramadhan, menyempurnakan zakat fitrah, serta dapat membangunkan ibadat-ibadat sunat sepanjang bulan Ramadhan yang baru berlalu. Tapi adakah amalan kebaikan dan pengajaran yang kita perolehi daripadanya, terhenti setakat Ramadhan semata? Cukup indah kata-kata peringatan yang dituturkan oleh Prof. Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Pengerusi Konferens Ulama Sedunia:
"كن ربانيا ولا تكن رمضانيا"
(Jadilah orang yang Rabbani setiap masa, dan jangan kamu jadi orang yang mengabdikan diri pada Ramadhan).

Ramadhan, dengan ibadah-ibadahnya yang wajib dan sunat seperti puasa, zakat, sedekah, tarawih, tadarrus, iktikaf, qiamullail dan lain-lain dapat memberi banyak pengajaran kepada kita, seandainya kita melakukannya dengan penghayatan. Alangkah indahnya andai kita dapat jadikan Ramadhan medan tarbiyah jiwa, agar jiwa kita terpandu dalam menghadapi bulan-bulan yang seterusnya.

Ramadhan mengajar kita agar selalu berwaspada dengan hawa nafsu, di mana puasa merupakan usaha yang dapat mendidik rohani dalam mengalahkan hawa nafsu yang menginginkan kesenangan yang diharamkan oleh puasa. Zakat dan sedekah mendidik jiwa mengalahkan nafsu dengan mengutamakan perbelanjaan wang kita kepada perkara yang lebih awla atau utama, dan dalam solat tarawih dan solat-solat malam yang lain kita berusaha menggerakkan fizikal kita dalam melawan nafsu malas. Maka seusai Ramadhan, betapa ruginya kita andai kita kembali tewas kepada hawa nafsu kita, perkara-perkara haram kita kembali lakukan, harta kita langsung tiada yang kita sisakan untuk saudara-saudara seagama yang memerlukan, dan kita terus meninggalkan ibadah-ibadah sunat seperti solat malam dan tilawah al-Quran. Ruginya andai hawa nafsu kembali menang, selepas kecundang selama sebulan.

Ramadhan juga menumbuhkan sifat kebersamaan, saling berempati dan saling bersimpati antara satu sama lain. Ketika berpuasa, semua umat Islam di dunia, tanpa mengira bahasa dan bangsa, tak kira darjat dan keturunan, miskin atau kaya, akan meninggalkan makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dalam menahan kelaparan dan kehausan, puasa akan mendidik insan agar dapat merasai penderitaan jiwa insan-insan lain, memiliki rasa belas kepada yang kurang bernasib baik serta mentarbiyah nafsu agar tidak individualistik. Zakat pula sepatutnya melahirkan insan-insan yang mengambil berat soal saudara-saudara seagama mereka, dapat merasai kegembiraan dalam membantu saudara-saudara seagama yang memerlukan serta dapat melahirkan jiwa yang bersyukur. Maka amat malang seandainya selepas berakhirnya Ramadhan, kita terlupa terus akan nasib umat Islam, akan nasib jiran-jiran kita, masyarakat sekeliling dan umat Islam sedunia, sedangkan Baginda Rasulullah S.A.W. ada bersabda:
"من اصبح لم يحتم بامر المسلمين فليس منهم"
(Sesiapa yang tidak berpagi-pagi mengambil berat tentang urusan umat Islam maka dia tiadalah termasuk dalam kalangan mereka).

Tidak semua insan bernasib baik seperti kita. Mungkin ada mereka yang di sekeliling kita yang terpaksa menagih-nagih, atau beraya dalam kesedihan di kala kita bergembira dalam serba kecukupan. Janganlah hendaknya kita termasuk golongan orang yang disebut dalam hadith Qudsi sebagai tidak beriman, kerana tidak mempedulikan jiran yang tidak dapat tidur dek kerana kelaparan, sedangkan kita tidur semalaman dalam kekenyangan.

Di kala kita berenak-enak di rumah, ingatlah juga kepada saudara-saudara kita yang sedang mengusung senjata bagi menegakkan Islam di seluruh dunia, yang malamnya dihabiskan di gua-gua dan tempat-tempat persembunyian, saudara-saudara kita yang hidup diselubungi ketakutan akibat peperangan, serta mereka yang ditimpa musibah dan malapetaka. Maka sumbangkanlah apa yang termampu daripada diri kita, sekurang-kurangnya berbentuk ingatan doa dan munajat untuk mereka, kerana doa itu perisai bagi orang mukmin, serta sumbangan harta untuk membantu kehidupan dan perjuangan mereka. Malah Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata bahawa memberi sumbangan kepada mereka ini lebih utama berbanding memberi sumbangan untuk mendirikan masjid di tempat yang dah mempunyai banyak masjid, atau memberi sumbangan dalam kerja-kerja memperbesar dan memperindahkan masjid dalam keadaan ianya tidak sangat dibutuhkan.

Ramadhan juga akan dapat menjadikan hamba Allah itu insan yang bertaqwa dan bersyukur seperti yang tersebut di dalam ayat ke-183 dan 185 surah al Baqarah. Insan yang bertaqwa dan bersyukur akan mengamalkan Islam sepenuhnya dalam diri, dan memelihara diri dari perilaku tercela. Namun perlu juga diingati kata-kata seorang pendakwah yang merupakan bekas penganut Kristian Ortodoks, Meryam Jameelah:
“Tidak mungkin seseorang itu dapat mengamalkan Islam sepenuhnya jika tidak berada dalam bi’ah Islamiah yang solehah”.
Maka tidak boleh tidak, mereka yang bertaqwa dan bersyukur ini perlulah terlebih dahulu berusaha sedaya upaya dalam menghasilkan bi’ah Islamiah yang solehah tersebut. Apatah lagi dalam negara kita yang berleluasanya pelbagai kemungkaran dan kefasidan, seperti gejala kemurtadan, pemesongan pemahaman agama, liberalisasi dan pluralisme agama, budaya hedonisme melampau dan sebagainya. Maka sudah menjadi tanggungjawab kita untuk sama-sama berganding bahu dalam berjihad melakukan perubahan mengikut kemampuan yang ada, serta berdakwah mengikut kesesuaian, samada menggunakan kuasa, lisan atau dakwah bilhal.

Terlalu banyak perkara dalam madrasah Ramadhan yang yang boleh menjadikan kita insan yang lebih baik tapi cukup menyedihkan jika penghayatan dan pengamalan kita hanya terhad untuk Ramadhan sahaja. Andai kita mengabdikan diri untuk Ramadhan, sesungguhnya Ramadhan telah berlalu pergi, andainya kita mengabdikan diri kepada Allah, maka Allah akan sentiasa bersama kita. Allah itulah Tuhan kita di bulan Ramadhan, Allah itu jugalah Tuhan kita di bulan-bulan yang lain.

Sunday, October 15, 2006

Dato' Ustaz Hj Fadzil Noor

Dato’ Ustaz Hj Fadzil Noor
(1937 – 2002)

Oleh : Shaari Sungib


Latar BelakangFadzil@Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah.

Ayahnya Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Abdul Rahman meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil.

Moyangnya Tuan Guru Hj Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi adalah seorang ulama’ terkenal di Kedah yang berasal dari Patani.

Ustaz Fadzil Noor mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga (1946-1949).

Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Maktab Mahmud Alor Setar (1949-1958) dan peringkat tinggi (1958-1962).

Setelah tamat pengajiannya di Maktab Mahmud, Ustaz Fadzil Noor menjadi guru di Sekolah Menengah Badlishah, Kulim, Kedah. Kemudian beliau bertugas sebagai pegawai di Jabatan Zakat Negeri Kedah.

Pada tahun 1962, Ustaz Fadzil Noor melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir. Pada tahun 1967 beliau berjaya menamatkan pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah.

Sekembalinya dari Mesir, Ustaz Fadzil Noor menjadi tenaga pengajar di Maktab Mahmud (1967-1973) dan pada tahun 1973 menerima tawaran sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Penglibatan Awal

Bakat kepimpinan Ustaz Fadzil Noor terserlah bila beliau bergerak cergas dalam persatuan pelajar dan terkenal sebagai pemidato yang pintar dan dihormati di Maktab Mahmud.

Ketika di Mesir Ustaz Fadzil Noor memimpin Kesatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagai ketua penerangan, setiausaha dan akhirnya sebagai timbalan presiden.

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978).

Ustaz Fadzil Noor juga pernah menjadi setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Kedah.

Semasa memimpin ABIM, Ustaz Fadzil Noor turut terlibat dalam demonstrasi membela rakyat miskin di Baling, Kedah pada tahun 1974.

Ketika Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA di Kamunting dari tahun 1974 hingga 1976, Ustaz Fadzil Noor menjadi Pemangku Presiden ABIM.

Penglibatan dalam PAS

Ustaz Fadzil Noor mula terlibat dengan PAS pada tahun 1959 ketika masih menuntut di Maktab Mahmud. Beliau membantu calon-calon PAS dalam pilihanraya tahun tersebut.
Ustaz Fadzil Noor juga dalam kempen tersebut sering mengikuti ceramah-ceramah Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Prof. Zulkifli Muhammad.

Ustaz Fadzil Noor seterusnya dilantik menjadi YDP PAS Kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan Negeri PAS Kedah.

Jawatan tertinggi yang disandang oleh Ustaz Fadzil Noor adalah:
Naib Yang Dipertua (1979-1983)
Timbalan Yang Dipertua (1983-1989)
Presiden PAS (1989-2002)
Ustaz Fadzil Noor mula menjadi Yang Dipertua pada 31 Mac 1989. Nama jawatan Yang Dipertua PAS ditukar menjadi Presiden PAS pada masa beliau.

Ditahan Polis

Dalam perjuangan menegakkan kebenaran, Ustaz Fadzil Noor pernah ditahan dua kali oleh pihak polis.

Pada penghujung tahun 1970an, ketika sedang berucap dalam majlis ceramah di Kg Seberang Takir, Terengganu, tiba-tiba pihak polis mengumumkan bahawa ceramah tersebut adalah perhimpunan haram.

Turut hadir dalam ceramah itu adalah Ustaz Abdul Hadi Awang, Mustafa Ali dan Ustaz Fadhullah Shuaib.

Tanpa menghiraukan amaran tersebut, Ustaz Fadzil Noor meneruskan ceramahnya dengan memberi peringatan kepada pihak polis tentang sebuah hadith Nabi s.a.w.
Sepasukan polis terus menyerbu dan menahan Ustaz Fadzil Noor beserta para penceramah lain.

Mereka terus dibawa ke balai di bandar Kuala Terengganu malam itu juga. Bermalamlah Ustaz Fadzil Noor di lokap pada malam itu.

Lewat malam itu juga Pemuda PAS memobilisasi sokongan dan menjelang subuh kira-kira 15,000 orang ahli dan penyokong PAS telah berkumpul di luar kawasan balai polis Kuala Terengganu.

Mereka mendesak pemimpin-pemimpin mereka dibebaskan segera.

Perundingan antara beberapa orang wakil PAS dengan pihak polis diadakan. Hasilnya, Ustaz Fadzil Noor dan pemimpin-pemimpin yang ditahan dalam lokap tersebut dibebaskan tanpa sebarang tindakan.

Sekali lagi Ustaz Fadzil Noor ditahan oleh pihak polis adalah dalam ceramah di Jerlun, Kedah. Peristiwa ini berlaku ketika kes Muassasah Darul Ulum menjadi isu panas di antara PAS dengan UMNO di Kedah.

Ustaz Fadzil Noor ditahan semasa berceramah. Beliau ditahan bersama Hj. Shaari, YDP PAS Kawasan Jerlun dan dikenakan ikat jamin. Kesnya terus dibawa ke mahkamah.

Walau bagaimanapun kes ini digugurkan berikutan kematian Hj. Shaari.

Orang Kanan Tuan Guru Yusof Rawa

Dalam perjuangan bersama-sama PAS, terutamanya sejak era peralihan kepimpinan, Ustaz Fadzil Noor sentiasa berseiringan jalan dengan Tuan Guru Yusof Rawa.
Selepas pilihanraya tahun 1978 lagi, ketika Tuan Guru Yusof Rawa menjadi Naib Yang Dipertua pertama, Ustaz Fadzil Noor menjadi Naib Yang Dipertua kedua.

Semasa Tuan Guru Yusof Rawa berjaya memenangi jawatan Timbalan yang Dipertua parti dalam tahun 1981, Ustaz Fadzil Noor pula menduduki jawatan Naib Yang Dipertua pertama.

Apabila Majlis Syura Ulama’ diwujudkan melalui pindaan Perlembagaan PAS, Ustaz Fadzil Noor bersama-sama Tuan Guru Yusof Rawa mewakili Jawatankuasa PAS Pusat untuk duduk dalam Majlis Syura Ulama’.

Ketika Tuan Guru Yusof Rawa dipilih menjadi Mursyidul Am yang pertama, bebanan tugas Yang Dipertua telah dilaksanakan sebahagiannya oleh Ustaz Fadzil Noor.

Demikian juga semasa Tuan Guru Yusof Rawa uzur menjelang saat-saat akhir beliau memegang jawatan Yang Dipertua, maka Ustaz Fadzil Noor merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas teraju utama parti.

Ustaz Fadzil Noor merupakan orang yang paling kehadapan membantu Tuan Guru Yusof Rawa semasa PAS berhadapan dengan krisis peralihan kepimpinan dan tragedi Memali.

Ustaz Fadzil Noor juga menjadi pembantu utama semasa Tuan Guru Yusof Rawa merintas konsep kepimpinan ulama’ dan mengukuhkan asas-asas harakah Islamiyyah dalam PAS.

Ustaz Fadzil Noor adalah orang kanan Tuan Guru Yusof Rawa sepanjang perjuangan mereka bersama-sama dalam PAS.


Menangani Fatwa Syuhada’ Memali
Semasa tercetusnya tragedi Memali, tugas menangani kes tersebut telah diserahkan oleh Tuan Guru Yusof Rawa kepada Ustaz Fadzil Noor. Beliau pada masa itu adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.Persoalan paling utama kepada Ustaz Fadzil Noor pada masa itu adalah bagaimana jenazah hendak diurus? Adakah mereka syuhada’?. Sekiranya mereka mati syahid, jenazah mereka tidak perlu dimandi, dikapan dan disolat-jenazahkan.Ustaz Fadzil Noor terus menemui Tuan Guru Haji Omar, seorang alim yang sangat disegani di Baling. Menurut Tuan Guru Haji Omar, Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sah mati syahid.Ustaz Fadzil Noor merujuk lagi kepada Tuan Guru Haji Yahya Joned, ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah dan menantunya Ustaz Azahari Abdul Razak, ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Kedua mereka adalah pimpinan ulama’ PAS Kedah.Mereka berdua menyokong pendapat Tuan Guru Haji Omar.Ustaz Fadzil Noor seterusnya cuba mendapatkan pengesahan daripada Majlis Fatwa Negeri Kedah tetapi dalam waktu yang suntuk Majlis Fatwa tidak dapat mengadakan mesyuarat.Dengan itu jenazah Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang rakan-rakannya dikebumikan sebagai para syuhada’.Dua minggu kemudian Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Kedah mengatakan mereka tidak mati syahid dan dianggap sebagai syibghul bughah.Seterusnya Majlis Fatwa Kebangsaan pula mengeluarkan fatwa bahawa Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sebagai bughah, atau penderhaka.Ustaz Fadzil Noor mengatakan jika pihak kerajaan menganggap mereka tidak syahid, kerajaan mesti bertindak menggali kubur, memandi, mengkafan dan menyembahyang-jenazahkan mereka!Untuk meredakan keadaan, Sultan Kedah telah perkenan menziarahi pusara Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya.Berikutan itu Ustaz Fadzil Noor mengulas:”Mana ada raja perkenan menziarah kubur orang derhaka? Macam Hang Jebat yang dianggap derhaka kepada Raja Melaka, tidak pernah ada raja-raja dari dulu hingga sekarang ziarah kubur Hang Jebat”Tindakan terhadap Ibrahim Libya adalah untuk mengelakkan pengaruhnya dan pengaruh PAS berkembang agar UMNO tidak tergugat di Baling.Tetapi tanpa Ibrahim Libya pun, akhirnya Baling jatuh ke tangan PAS pada pilihanraya 1999.Dalam debat Parlimen, isu Memali dibangkitkan oleh UMNO. Pihak yang mengatakan Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya tidak syahid mencabar supaya Ustaz Fadzil Noor menggali pusara syuhada itu, sama ada hancur atau tidak jenazah mereka.Ustaz Fadzil Noor lantas menjawab:”Kami percaya mereka syahid, kami tidak perlu menggali kuburnya. Yang Berhormat yang tidak percayalah yang patut menggalinya untuk melihat badan mereka hancur atau masih segar”
Memantapkan Konsep Kepimpinan Ulama’Kepimpinan Ulama’ diasaskan semasa kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa sebagai Yang Dipertua dengan Ustaz Fadzil Noor sebagai timbalannya.Di bawah kepimpinannya, Ustaz Fadzil Noor menekankan agar golongan ulama’ hendaklah sentiasa berusaha untuk melayakkan diri menjadi pemimpin dan PAS memberikan perhatian supaya institusi ulama’ mesti disokong dan didaulatkan.Ustaz Fadzil Noor berpandangan bahawa kepimpinan PAS akan lebih terbuka dan lebih banyak dipikul oleh golongan intelektual masa depan, namun konsep kepimpinan ulama’ akan terus menjadi teras.Dengan itu Ustaz Fadzil Noor tetap menekankan perihal pentingnya penghayatan kepimpinan ulama’.Sejak kepimpinan ulama’ diketengahkan, PAS berjaya menawan dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu. Kedua-dua negeri ini telah memberikan penghormatan kepada ulama’ untuk menjadi Menteri Besar.Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi Awang ke Parlimen juga merupakan satu penampilan tokoh ulama’ yang berwibawa dan amat dikagumi.
Kempen Menambah 500,000 AhliSetelah menjadi Presiden, Ustaz Fadzil Noor menyedari bahawa walaupun setelah 40 tahun usia PAS, jumlah keahliannya baru mencecah 300,000 orang.Pada tahun 1990, beliau melancarkan kempen menambahkan keahlian PAS kepada 500,000 orang dalam tempoh lima tahun. Sasaran ini adalah sebelum pilihanraya tahun 1995.Dalam satu Ucapan Dasarnya, Ustaz Fadzil Noor menyarankan supaya pemimpin-pemimpin di semua peringkat hendaklah memastikan agar ada cawangan PAS di setiap kampung, di setiap taman perumahan dan di setiap lorong.Ustaz Fadzil Noor menegaskan hendaklah ada sekurang-kurangnya seorang ahli PAS dalam setiap rumah.Ustaz Fadzil Noor membuktikan arahannya itu dilaksanakan di kawasannya sendiri di DUN Bukit Raya. Di Bukit Raya, cawangan-cawangan PAS jauh melebihi cawangan-cawangan UMNO.Pada Jun 1995, keanggotaan PAS telah mencecah 400,000. Walaupun jumlah tersebut tidak memenuhi sasarannya, namun purata penambahan 2,000 orang ahli sebulan telah dapat dicapai.Ledakan pertambahan ahli ini walau bagaimanapun berlaku setelah tercetusnya Reformasi ekoran pemecatan Anwar Ibrahim. Purata penambahan ahli PAS untuk beberapa bulan berikutnya adalah antara 10,000 hingga 15,000 orang sebulan.Pelaksanaan HududEnakmen Syariah II Kelantan yang termasuk di dalamnya hukum hudud telah dikemukakan oleh Kerajaan PAS Kelantan semasa kepimpinan Ustaz Fadzil Noor.Ustaz Fadzil Noor menjelaskan bahawa PAS telah mengumumkan hasratnya untuk melaksanakan syariat Islam termasuk hudud sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951. Para pemimpin PAS sejak itu tidak pernah berselindung mengenai cita-cita tersebut.Hasrat ini telah disebut dalam ceramah dan manifesto-manifesto pilihanraya PAS.Ustaz Fadzil Noor menjelaskan bahawa PAS dalam melaksanakan syariat Islam tidak pernah bersikap terburu-buru. Contohnya, kerajaan Kelantan telah mengambilkira pandangan awal Perdana Menteri yang pernah membuat kenyatan bahawa beliau bersedia memberi laluan kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud.Kerajaan Kelantan juga mengambil kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri yang menyebut kononnya UMNO tidak menentang hudud.Pandangan parti-parti bukan Melayu juga diberi perhatian.Ketua Dewan Ulama’ sebagai sifatnya Menteri Besar Kelantan telah membuka pintu pejabatnya untuk berdialog dengan ketua-ketua agama dan politik serta pemimpin-pemimpin masyarakat.Ustaz Fadzil Noor menegaskan bahawa kerajaan Kelantan telah mencatat sejarah apabila rang enakmen itu dibenarkan untuk dibahas dalam seminar terbuka oleh pelbagai pihak sebelum dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.Tetapi malangnya UMNO tidak kelihatan.Ustaz Fadzil Noor telah membidas perbuatan mereka dengan mengatakan bahawa Barisan Nasional yang mendakwa sebagai juara demokrasi sebenarnya belum berani untuk menghadapi rakyat seperti yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan.Ustaz Fadzil Noor turut menyelar tindakan UMNO menolak enakmen tersebut serta pakatan mereka untuk menggagalkan pelaksanaan syariat Islam di negeri Kelantan.



Tahaluf Siyasi dan ReformasiUstaz Fadzil Noor meneruskan tradisi perjuangan mengekalkan perpaduan demi menjaga kemaslahatan Islam dan negara yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin awal PAS.
Usaha Dr. Burhanuddin Helmy mewujudkan pakatan dengan lebih 80 buah parti dan pertubuhan Melayu bagi mewujudkan PUTERA atau Pusat Tenaga Rakyat adalah satu contoh yang gilang gemilang.PUTERA dipengerusikan oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dengan Dr. Burhanuddin Al-Helmy sebagai penggerak utama di belakangnya.Melalui PUTERA, Dr. Burhanuddin Al-Helmy mewujudkan pula pakatan politik dengan Tan Cheng Lok yang menerajui AMCJA.Kemuncak perjuangan PUTERA-AMCJA yang dipengerusikan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah hartal atau boleh dikatakan pada hari ini sebagai civil disobedience.Hartal melibatkan 450,000 anggota dalam gabungan jaringan PUTERA-AMCJA.Apabila pakatan PUTERA-AMCJA dilihat membahayakan penjajah British, maka undang-undang Darurat pun dikuatkuasakan.Sepanjang tempoh Darurat, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah terhalang daripada menggerakkan sebarang pakatan politik. Sebaliknya Tan Cheng Lok mula berjinak-jinak dengan UMNO dan akhirnya pakatannya dengan pemimpin-pemimpin UMNO membolehkan MCA ditubuhkan.Pada tahun 1959, Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah mengadakan pakatan politik dengan pengasas UMNO sendiri iaitu Dato’ Onn Jaafar yang telah meninggalkan parti itu. PAS telah memberi kerusi kepada Dato’ Onn untuk bertanding sebagai calon Parti Negara di Terengganu dan beliau menang.Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah mengadakan pakatan politik dengan bekas ahli-ahli UMNO dalam pilihanraya 1959, di antaranya dengan Khatijah Sidek.Khatijah Sidek akhirnya menyertai PAS dan bertanding di atas tiket PAS dan memenangi kerusi Parlimen Dungun dalam pilihanraya tersebut.Demikian juga dengan Prof Zulkifli Muhammad di mana beliau merupakan pemimpin PAS pertama yang mencadangkan agar PAS menerima kaum Cina dan orang bukan Islam sebagai ahli bersekutu PAS.Ketika menggerakkan pakatan CCC, Ustaz Fadzil Noor telah meminta pasukan penyelidikan PAS mengkaji semula pandangan atau mana-mana penulisan Prof Zulkifli Muhammad berkenaan isu penyertaan kaum bukan Islam dalam PAS.Walaupun timbul beberapa krisis dalaman PAS dengan kemasukan PAS dalam kerajaan campuran dan Barisan Nasional pada zaman kepimpinan Dato’ Mohd Asri, Ustaz Fadzil Noor tetap berpendirian bahawa ianya adalah satu langkah bagi mewujudkan pakatan politik yang menjadi amalan politik PAS.Berbekalkan tradisi tahaluf siyasi seperti inilah yang mendorong Ustaz Fadzil Noor mewujudkan pakatan dengan Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh dalam Angkatan Perpaduan Ummah.Hasil daripada tahaluf siyasi ini, PAS berjaya memerintah Kelantan.Demikian juga apabila berlakunya Reformasi berikutan pemecatan Anwar Ibrahim. Tradisi yang diwarisi daripada pemimpin-pemimpin terdahulu dan pengalamannya sendiri, menjadikan Ustaz Fadzil Noor mengorak langkah bagi mewujudkan tahaluf siayasi dengan penyokong-penyokong Anwar Ibrahim.Bermula dengan GERAK, seterusnya Ustaz Fadzil Noor merintis penubuhan Barisan Alternatif yang merupakan satu tahaluf siyasi ke arah pembentukan Malaysia Baru.Langkah tersebut telah membawa hasil yang begitu besar kepada PAS dan perjuangan Islam pada pilihanraya 1999.PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dan berjaya mewujudkan kerajaan di Terengganu.Pendekatan tahaluf siyasi yang diterajui oleh Ustaz Fadzil Noor juga bersumber daripada warisan kepimpinan terbuka dan sederhana Tuan Guru Yusof Rawa.Di bawah teraju kepimpinannya, Tuan Guru Yusof Rawa telah membuka ruang bagi pemimpin-pemimpin pelapis PAS untuk mewujudkan pakatan-pakatan politik yang boleh memenangkan dakwah dan politik Islam.Kerjasama dan pakatan dengan pertubuhan dan aktivis kaum Cina hingga tertubuhnya CCC adalah satu dayacipta keterbukaan dan kesederhanaan kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa.Ustaz Fadzil Noor juga sering mengingatkan pemimpin dan ahli-ahli PAS bahawa PAS adalah berakarumbi daripada perjuangan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol.Tatkala menyebut Hizbul Muslimin, sekali gus Ustaz Fadzil Noor mengingatkan pemimpin dan ahli-ahli PAS bahawa tradisi kepimpinan ulama’ sebenarnya bersumber daripada perjuangan dan pengorbanan para ulama’ angkatan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.Keberanian dan sikap terbuka Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dalam merintis pelbagai tahaluf siyasi seperti PEPERMAS, MATA, LEPIR dan seumpamanya menjadi iktibar bagi perjuangan PAS yang diterajui oleh Ustaz Fadzil Noor.Jika ada kesinambungan dan kesepaduan di antara perjuangan yang dirintis oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Prof Zulkifli Muhammad dan Tuan Guru Yusof Rawa, maka Ustaz Fadzil Noor menterjemahkannya dalam realiti politik pada masanya.Demikian juga, jika usaha Dr. Burhanuddin Al-Helmy berjaya menggabungkan lebih 80 buah parti dan persatuan Melayu dalam PUTERA untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah, Ustaz Fadzil Noor pula telah berjaya mewujudkan gabungan lebih 80 buah parti politik dan NGO melalui GMI untuk mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang warisan penjajah, ISA!Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor, PAS terus bergerak menjadikan tahaluf siyasi sebagai satu amalan utama dalam pergerakan siyasahnya.Menentang Kezaliman ISAKezaliman ISA adalah suatu yang tidak asing lagi bagi Ustaz Fadzil Noor.Ini kerana semasa beliau menjadi Timbalan Presiden ABIM, beliau terpaksa memangku jawatan Presiden ABIM apabila Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA selama dua puluh bulan bermula dari tahun 1974.Sekali lagi setelah Anwar Ibrahim ditahan dan dibelasah oleh Ketua Polis Negara pada malam 20 September 1998, keesokan harinya rakan lamanya itu diumumkan telah ditahan di bawah ISA.Ustaz Fadzil Noor memahami benar bahawa ISA adalah senjata politik pemerintah. ISA digunakan untuk melindungi kepentingan politik pemerintah. ISA juga digunakan untuk menutup jenayah pemerintah.Meneruskan dasar PAS terhadap ISA daripada kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Noor terus melonjakkan PAS dalam sikap dan pendiriannya terhadap kezaliman ISA.Ustaz Fadzil Noor mempengerusikan mesyuarat menentang ISA ekoran penahanan Anwar Ibrahim dan beberapa penyokongnya bermula dari 20 September 1998.Mesyuarat itu diadakan di Markaz Tarbiah PAS, Taman Melewar dan dihadiri oleh wakil-wakil daripada PAS, PRM, DAP dan NGO daripada PUM, ABIM, JIM, SUARAM dan lain-lain.Mesyuarat yang diadakan pada 25 September itu memutuskan untuk mendesak kerajaan membebaskan segera semua tahanan ISA dan memansuhkan ISA.Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia atau GERAK.Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor, GERAK dilancarkan pada 27 September 1998 di Markaz Tarbiah, Taman Melewar.Puluhan ribu rakyat dan ratusan wartawan dari dalam dan luar negara hadir ke majlis pelancaran tersebut.Dalam Ucapan Dasar di Muktamar PAS ke-45 pada Mei 1999, Ustaz Fadzil Noor menegaskan:”Kejayaan PAS menggabungkan parti politik dan NGO dalam satu gerakan yang disebut Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia atau GERAK, cukup untuk membuktikan keupayaan kepimpinan PAS menerajui kebangkitan rakyat di negara ini”Ustaz Fadzil Noor berulang kali menegaskan, sama ada dalam ceramah mahupun dalam perbahasan di Parlimen, bahawa ISA bersama-sama undang-undang zalim yang lain seperti OSA, Akta Polis dan Akta Cetak adalah undang-undang yang mencabul hak asasi rakyat di negara ini.


Perhimpunan 100,000 RakyatPerhimpunan 100,000 Rakyat yang diadakan pada 5 November 2000 adalah satu perhimpunan aman anjuran aktivis yang menyokong BA daripada parti- parti politik, NGO dan Reformasi. PAS di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor telah memberi sokongan yang padu untuk menjayakan perhimpunan ini. Ini berlaku apabila Ustaz Fadzil Noor membenarkan setiausaha politiknya, Dr. Mohd Hatta Ramli, untuk terlibat sebagai salah seorang ahli jawatankuasa penganjur.Ustaz Fadzil Noor juga telah mengarahkan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharuddin Md Isa untuk mengeluarkan surat kepada setiap PAS Negeri untuk mengerahkan ahli-ahli PAS turun untuk menjayakan perhimpunan aman tersebut.Sokongan yang diberikan serta komitmen Ustaz Fadzil Noor sendiri untuk hadir ke perhimpunan tersebut telah menyebabkan pemimpin-pemimpin utama parti-parti politik bersetuju untuk turut serta.Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti KeADILan Nasional, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP dan Dr. Syed Husin Ali, Presiden PRM turun bersama-sama rakyat menyertai perhimpunan aman tersebut.Apabila laluan ke tempat perhimpunan disekat oleh polis, keempat-empat pemimpin utama parti-parti politik Barisan Alternatif itu turun daripada kenderaan masing-masing dan berjalan bersama-sama puluhan ribu rakyat di atas Lebuhraya KESAS.Solidariti keempat-empat pemimpin BA berjalan di barisan hadapan perarakan itu, benar-benar menyuntik semangat kepada rakyat tentang betapa mantapnya gandingan dan kerjasama BA.Pada hari itu, Ustaz Fadzil Noor dan para pemimpin BA menunjukkan contoh semangat yang kental apabila mereka berjalan sejauh hampir lima kilometer di atas Lebuhraya yang sudah tiada kenderaan boleh melaluinya lagi itu.Apabila tiba di tempat yang sudah tidak boleh lagi dilalui kerana sekatan polis, semua para pemimpin diundang untuk membuat ucapan. Pada hari itu, Ustaz Fadzil Noor berucap di atas tembok pemisah lebuhraya dengan dikelilingi oleh kira-kira 100,000 rakyat.Dalam ucapanya yang penuh semangat itu, Ustaz Fadzil Noor menyeru agar semua rakyat bersatu untuk berjuang mengembalikan hak mereka yang sudah dicabul dan dirampas oleh Dr. Mahathir dan kerajaan UMNO-BN.Apabila lebih seratus orang ditahan oleh polis kerana menyertai perhimpunan aman tersebut, Ustaz Fadzil Noor telah mengarahkan Dr. Mohd Hatta Ramli untuk mengendalikan urusan ikat jamin dan pembebasan mereka daripada lokap.Sokongan terhadap perhimpunan aman di Lebuhraya KESAS ini diteruskan oleh Ustaz Fadzil Noor dengan merintis penubuhan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).GMI ditubuhkan apabila pengerusi dan ahli-ahli serta penggerak utama Jawatankuasa Perhimpunan 100,000 Rakyat ditahan di bawah ISA pada 10 April 2001.Demonstrasi aman seperti ini adalah suatu yang tidak asing bagi Ustaz Fadzil Noor. Ini kerana masa mudanya lagi, iaitu pada tahun 1974, beliau telah pun terlibat dalam demonstrasi membela rakyat miskin di Baling.Bahkan, pada akhir-akhir hayatnya pun beliau masih menggagahkan diri untuk hadir bersama rakyat dalam perhimpunan-perhimpunan aman.Sebulan sebelum beliau meninggal dunia, Ustaz Fadzil Noor telah hadir dalam perhimpunan aman di depan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur membantah tindakan Amerika mahu menyerang Iraq .Dalam perhimpunan aman tersebut, pihak polis FRU telah mengganas menyerang orang ramai dengan tembakan gas pemedih mata dan semburan air berkimia.Ustaz Fadzil Noor terkena gas pemedih mata dengan teruk sekali. Sejak itu kesihatannya sangat terganggu.Menurut setiausaha politik dan doktor peribadinya, Dr. Mohd Hatta Ramli, sejak itu kesihatannya semakin merosot hinggalah beliau memerlukan pembedahan dan seterusnya menghembuskan nafas terakhir.Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun. Pencapaian Sebagai Ahli Politik Islam dan Sumbangan kepada Gerakan IslamPembabitan awal Ustaz Fadzil Noor dalam politik pilihanraya bermula pada tahun 1978. Beliau bertanding dalam pilihanraya untuk merebut kerusi Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah.Pada tahun 1980, dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Raya, sekali lagi beliau menjadi calon PAS untuk merebut kerusi tersebut. Beliau gagal dalam kedua-dua percubaan ini.Hanya dalam pilihanraya tahun 1982, Ustaz Fadzil Noor memenangi kerusi DUN Bukit Raya dan seterusnya mempertahankan kerusi tersebut selama empat penggal berturut-turut.Pada pilihanraya tahun 1999, Ustaz Fadzil Noor menang kerusi Parlimen Pendang dan juga kerusi DUN Anak Bukit.Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor PAS mengalami kejayaan paling besar sepanjang sejarah penglibatan dalam pilihanraya.Pada pilihanraya tahun 1999, PAS memenangi 27 kerusi Parlimen dan 98 kerusi DUN.Dengan kedudukan tersebut, Ustaz Fadzil Noor telah dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Beliau merupakan pemimpin kedua daripada PAS yang memegang peranan tersebut.Sejak peranan ketua pembangkang diwujudkan di Parlimen oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak pada tahun 1972, Dato’ Mohd Asri adalah orang pertama daripada PAS yang menjadi Ketua Pembangkang.Di peringkat politik dalam negeri, Ustaz Fadzil Noor telah berjaya mewujudkan beberapa pakatan politik atau tahaluf siyasi. Antaranya CCC, Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif.Beliau juga telah berjaya mewujudkan pakatan politik yang bertujuan khusus menentang kezaliman ISA melalui penubuhan GERAK dan GMI, Gerakan Mansuhkan ISA.Di peringkat serantau beliau memainkan peranan untuk mewujudkan permuafakatan di kalangan kumpulan-kumpulan Islam di Indonesia.Selepas tercetusnya Reformasi Indonesia dan jatuhnya Presiden Suharto, maka telah muncal banyak parti-parti yang berteraskan Islam di Negara tersebut.Ustaz Fadzil Noor mengambil inisiatif dan langkah diplomasi bertemu pemimpin parti-parti tersebut dan mengsyorkan agar mereka tidak membentuk terlalu banyak parti berteraskan Islam di sana.Ustaz Fadzil Noor juga telah berjaya menempatkan PAS sebarisan dengan gerakan-gerakan Islam dan parti-parti politik Islam di peringkat antarabangsa.Ustaz Fadzil Noor menegaskan:”PAS sebagai sebuah jamaah Muslimin dan wadah kepada perjuangan umat, adalah satu daripada mata rantai Gerakan Islam seluruh dunia. Ia bersama-sama dengan Ikhwan Muslimin di Mesir, Jamaati Islami di benua kecil India, Refah Party di Turki, FIS di Algeria, HAMAS di Palestin dan lain-lain harakah Islam di seluruh dunia, mendukung perjuangan Islam dan bangun bersama Islam serta merealisasikan corak hidup Islam”Di peringkat politik antarabangsa juga, Ustaz Fadzil Noor tegas dan lantang menentang kerakusan dan dasar-dasar kejam kuasa Amerika dan Barat.Dalam isu Palestin, Israel, Chechnya, Afghanistandan Iraq, PAS di bawah teraju Ustaz Fadzil Noor mengambil pendirian yang cukup lantang dan jelas.Tidak sedikit pemimpin dan ahli-ahli PAS semasa menyatakan pendirian dalam isu-isu antarabangsa melalui ceramah dan demonstrasi aman yang telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap.Pendiriannya yang jelas dan tegas terhadap isu-isu antarabangsa yang melibatkan umat Islam telah menyuntik semangat juang yang tinggi di kalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS.Dalam masa yang sama Ustaz Fadzil Noor juga amat teliti dengan isu-isu tempatan. Sebagai contoh, beliau amat cermat menangani isu hak istimewa orang Melayu di negara ini.Mengambil hujah daripada tindakan Khalifah Umar bin Al-Khattab semasa pemerintahannya, Ustaz Fadzil Noor menegaskan terdapat hak istimewa seumpama ini demi menjaga kepentingan penduduk asal tempatan khususnya yang tidak berada.Demikian juga ketika berlaku kes Mohamad Sabu menjelang pilihanraya 1995. Setelah mengadakan mesyuarat yang teliti, Ustaz Fadzil Noor mencadangkan satu tindakan disiplin diambil.Mohamad Sabu diminta meletakkan jawatan daripada parti dan keputusan ini diterima baik oleh Mohamad Sabu.Langkah ini dilakukan demi mengekalkan kewibawaan PAS dan mengelakkan tohmahan terhadapnya.Selepas kes itu selesai dan mahkamah mendapati Mohamad Sabu tidak bersalah, maka ternyata langkah yang diambil oleh Ustaz Fadzil Noor telah menguntungkan PAS dan perjuangan Islam.Ustaz Fadzil Noor juga meneruskan tradisi muslimat PAS diberikan amanah untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Penampilan muslimat dari pelbagai lapisan latar belakang dan kerjaya telah melonjakkan imej PAS sepanjang PAS diterajui oleh Ustaz Fadzil Noor.Ustaz Fadzil Noor juga amat berjaya di bidang dakwah dan pendidikan. Selaku Pesuruhjaya PAS Kedah pada tahun 1985 beliau telah membeli sebuah estet kecil seluas 35 ekar untuk dijadikan sebuah institusi pengajian tinggi Islam.Institusi ini dinamakan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah.Pada masa yang sama Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena yang didirikan oleh Ustaz Fadzil Noor adalah setanding kehebatannya pada zaman kegemilangan Maahad Al-Ehya Al-Sharif yang diasaskan oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.Muassasah Darul Ulum menampilkan pelbagai kemelut pergeresan di antara PAS dengan UMNO, kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri Kedah.Beberapa orang pemimpin Pemuda PAS ditahan di bawah ISA dalam ketegangan isu Muassasah Darul Ulum. Bahkan, Ustaz Fadzil Noor sendiri ditahan polis ketika berceramah di Jerlun mengenai isu Muassasah.Kembali ke RahmatullahUstaz Fadzil Noor kembali ke rahmatullah pada pagi 23 Jun 2002 setelah dua minggu mengalami koma selepas pembedahan yang dijalaninya.Dengan arahan kerajaan Pusat, jenazahnya diterbangkan dengan pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia ke Kedah.Jenazah dibawa ke Muassasah Darul Ulum, institusi ilmu yang diasas dan diperjuangkannya.Pada hari beliau dikebumikan pada malam 23 Jun 2002, hampir setengah juta orang berkumpul di situ.Dari Alor Setar hingga ke kawasan itu, hampir 30km orang ramai penuh sesak di sepanjang jalan menunggu jenazahnya lalu.Malah pada ketika terakhir jenazah hendak dikebumikan, tiada lagi kenderaan dapat bergerak sepanjang hampir 10km menuju ke Muassasah Darul Ulum.Tidak kurang 50,000 orang menunaikan solat jenazahnya pada malam itu. Ia dikira satu rekod terbesar dalam sejarah umat Islam di negara ini